Prosperity Burger

Wednesday, March 05, 2014



Assalamualaikum & Salam Sejahtera, 

Ni pokok Oregano yang En. HB tanam dan gantung di belakang rumah. Selalu jadi
 mangsa saya kalau buat Pizza atau Spaghetti. Tapi entri
 kali ni tiada kena-mengena dengan pokok Oregano ni. Entri kalini saya nak kongsi pasal Prosperity Burger yang baru saya buat Sabtu lepas yang rupanya tak berapa nak prosper tapi rasa memang prosper.


Kenapa rupa dia tak berapa nak prosper? Sebab daging dia besar dari roti :) . Mana taknya, saya beli daging oblong tu selepas roti siap. Bawa balik tengok alamak, dagingnya ter over size pulak.
. Pulak tu rotinya saya buat enam ketul tapi daging tu sebungkus ada lima ketul aje. Saya bayangkan sebungkus macam ada enam ketul hu hu. Jawabnya baki roti lagi satu tu si bujang kena paksa habiskan makan gitu aje. Moral of the story, lain kali kalau nak buat kena plan betul-betul. Jangan dok imagine tak sudah ha ha.


Sebenarnya mula-mula tengok entri Prosperity Burger ni kat blog Zila Forever .
Itu setahun yang lepas. Baru-baru ni tengok lagi kat blog Qasey Honey. Memang dah lama teringin nak buat sebab En. HB pun suka sangat dengan burger ni. Kebetulan meroti beberapa hari sebelum tu Di Sini, buat sekali roti untuk Prosperity Burger ni. Selepas beberapa hari roti masih lembut dan gebu.
   
Print Recipe 
Roti Burger - Resepi  Di Sini.
Setiap bun saya guna 60g doh dan bentukkan ikut acuan aluminium seperti Di Sini.


Sos Lada Hitam
Rujukan: Qasey Honey

Bahan:
2 sudu butter
1 1/2 sudu tepung gandum
sebiji bawang besar (potong dadu) – QH guna bawang holland
sebiji tomato (potong dadu) – QH tak letak, saya tak letak
seketul kiub ayam knors
2 cawan air
sedikit kicap pekat
2 sb sos lada hitam - saya tambah
sedikit sos cili/sos tomato – QH guna sos cili, saya letak dua-dua sos
garam dan gula secukup rasa - saya guna gula perang
1 sudu lada hitam (tumbuk halus) *boleh lebihkan amaun ikut selera
tepung jagung (standby) – QH letak 1 sudu kecil + sedikit air

Cara:
Cairkan butter dengan api kecil.
 Apabila cair masukkan tepung gandum dan kacau sehingga perang
Kemudian masukkan bawang dan kacau sehingga naik bau wangi.
Masukkan kiub ayam dan kacau.
 Masukkan air tadi dan kacau. Tambah sos cili(amaun ikut suka nak pedas atau tidak). Kacau hingga sebati.
Tambahkan kicap pekat sedikit demi sedikit. PERHATIAN jgn sampai hitam sgt, agak2 kecoklatan dah cukup.nanti tk cantik bile dihidang..apabila masak sos akan lebih likat dan hitam.
 Masukkan tomato yang telah dipotong dadu tadi dan kacau
Tambahkan sedikit gula dan garam secukup rasa
Masukkan lada hitam yang telah ditumbuk tadi sedikit demi sedikit. Kacau hingga menggelegak.
Jika sos kurang likat, masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air sedikit demi sedikit sehingga agak-agak likat.Apabila sejuk sos akan lebih likat.
11. Boleh dihidangkan semasa panas. Ermmm sedap.


Bahan Prosperity Burger
Roti burger secukupnya
Daging burger oblong Ramly (daging/ayam)
Sos lada hitam
Bawang Holland (dihiris bulat)
Daun salad

Cara penyediaannya:
 Masakkan daging burger di atas pan sehingga masak. Tidak perlu terlalu garing.
Roti burger di potong 2 dan bakarkan sekejap permukaan di atas pan.
Ambil bahagian bawah roti dan letakkan daun salad.
 Kemudian celupkan daging burger ke dalam sos lada hitam. Letakkan di atas lapisan bawah roti tadi.
Susun bawang di atasnya dan tutup dengan lapisan roti bahagian atas. (jika suka boleh tambah tomato).
Siap untuk dinikmati.

Habis ke lima-lima burger ni buat kami sekeluarga. Sangat puas hati!
  Selamat Mencuba!


1 comment:

Terimakasih atas komen yang segar

 
copywrite@2015 MyMintroomDESIGNER BLOGS