Wednesday, May 22, 2013

Peach Cake , kini kembali.....


 
Assalamualaikum & Salam Sejahtera, 

Bacakkkk....! Bertemu kembali setelah hampir 2 bulan berehat dari berblogging. Bukan rehat dari masak atau baking tau...malah sejak berehat ni makin banyak lak buat kek tapi kek yang kebanyakannya dah biasa dibuatlah. Rindunya kat teman semua. Apa khabar?  Semuga sihat hendaknya ya dan sentiasa berada di dalam keberkatanNya, In Sha Allah....

Ingatkan nak cuti panjang lagi hingga lepas raya...tapi rasanya dah rindu benar ngan blog ni. Lagi pun lagi lama dibiar lagi banyak sawangnya lagi penat lak nak mencucinya:). Lagipun anak sedara yang tinggal di Penang datang baru-baru ni bertanya kenapa  saya lama tak up-date blog.  Dia suka tengok blog ni rupanya. Katanya lagi, nanti dia dah kawin boleh rujuk resepi dari blog saya. Oooh, terharu rasanya. Tapi lepas tu hampir saya terus tak up-date sebab blog ni ada masalah tak boleh nak log in. Rupanya kena remove "cookies" puas jugak tanya makcik Google cara nak remove "cookies" tu akhirnya setelah 3x mencuba baru boleh. Nak komen blog kawan2 pun komen kat FB aje masa tu. Sekarang semua ok dah...lega...


Oops, kek ni dah lebih 2 minggu usianya...sebelum PRU13 lagi saya buat. Jadi dah arwahlah ya. Ada juga teman2 yang dah tengok kat FB saya. Kami sekeluarga memang suka kek ni dan saya dah 3x buat sebenarnya. Kek ni kalau dimakan dengan sugar syrup memang sedap & yummy. Resepi asalnya guna buah peach tapi sebab susah nak dapat saya guna "can peach" aje. Saya ubah-suai sikit dari resepi asalnya.

Peach Cake

Ingredients:

4 eggs
2 cups granulated sugar
1 cup vegetable oil
3 cups all-purpose flour
1 teaspoon salt
1 tablespoon baking powder
1/4 cup orange juice - saya guna peach juice
2 teaspoons vanilla extract
2 cups sliced fresh or frozen peaches
1/2 cup chopped pecans, optional - saya tak letak
1/4 cup granulated sugar
2 teaspoons cinnamon - saya tak letak
powdered sugar - saya letak sugar syrup ( didihkan 1 C air + 1 C gula sampai pekat sikit + daun pudina & jus lemon )

Preparation:

Preheat oven to 350°. Beat eggs well; add 2 cups sugar and the oil, beating until well blended. Combine flour, salt, and baking powder; beat into egg and oil mixture alternating with orange juice. Blend in the vanilla extract. In a separate bowl, toss the sliced peaches (and pecans, if using) with 1/4 cup sugar and the cinnamon. Pour about one-third of the batter into a greased, and floured tube pan. Layer one-half peach mixture over it. Cover with another one-third of batter and the remaining peach mixture. Spread remaining batter over the last layer. Bake at 350° for 60 minutes, or until a wooden pick or cake tester inserted in center comes out clean. Cool cake 10 minutes in pan; turn out onto a wire rack. Sprinkle with powdered sugar.



Okay... sampai sini dulu...mungkin n3 pun tak segalak dulu tapi tetap akan up-date walaupun sebulan sekali...

Wassalam...
 

Thursday, April 11, 2013

Award

Assalamualaikum & Salam Sejahtera, 

Apa khabar semua? Cuma nak abadikan rasa terimakasih buat Nasya atas ingatannya buat semua rakan blogger. Thanks for the beautiful award...Semoga ikatan ini terus berkekalan ya...:)

Wassalam...

Thursday, March 28, 2013

Taking a break....



Assalamualaikum & Salam Sejahtera, 

Diam tak diam hampir setahun sudah menjadi suri rumah sepenuh masa dan hampir setahun jugalah
menjalin hubungan alamaya dengan teman-teman blogger yang sangat saya kasihi sekalian.

Ternyata keputusan untuk meninggalkan dunia pekerjaan adalah satu keputusan yang tepat walaupun ketika itu saya berada di puncak kerjaya. Bukan senang mengambil keputusan tersebut tapi ketika itu saya yakin itulah langkah yang paling tepat untuk kebaikan kesihatan saya dimana saya amat memerlukan masa untuk diri sendiri dan keluarga. Alhamdulillah...kini hampir setahun, kesihatan pun sudah semakin baik. Syukur ke hadrat Ilahi dengan segala limpahan yang tidak terhingga ini. Semua yang berlaku ada hikmahnya dan saya yakin banyak lagi hikmah dariNya yang masih belum dikurniakan.

Sedikit sebanyak, tidak dinafikan blog ini juga banyak menyumbang ke arah
 kesihatan saya. Saya sangat enjoy setiap kali membuka blog ini setiap hari, memuat-naik entri baru, melawat blog kawan-kawan, menurunkan komen, menjawab komen...happy sangat. Itu belum lagi bab mendapat kenalan-kenalan baru  dari pelbagai latar belakang dan budaya, yang semuanya bukan saja cukup berbakat besar malah ramah dan baik hati belaka.

Buat rakan-rakan.....teruskan dengan minat dan bakat anda okay....Untuk saya...ini bukan noktah terakhir...cuma saya perlu berehat sebentar dari MyMintroom. Untuk berapa lama? Saya pun kurang pasti.

Dapur tak berasap?...Ehh mana boleh...dapur tetap berasap...masa tengah menaip ni pun dalam oven ada baking SMECC (akibat terliur dengan penangan Rohah). Cuma blog ni aje yang tak berasap.

In Syaa Allah, saya akan sentiasa menjenguk ke blog teman-teman semua kerana saya pasti merindui keenakan dan keindahan masakan kawan-kawan.

 Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa saya mempunyai satu lagi "open to reader blog" iaitu Di Sini. Saya akan terus mengup-date blog ini sekiranya ada masa terluang atau jika ada perkara yang nak dikhabarkan.

Okay...sampai sini dulu ya....sebelum saya mengundur diri, segala yang baik itu datangnya dari Allah swt dan segala yang tidak baik itu adalah dari kelemahan saya sendiri. Maaf Zahir & Batin...

Wassalam....

Wednesday, March 27, 2013

Puding Coklat dengan Sos Kastard 2


 
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Sarapan apa pagi ni? Lama saya tak makan roti canai. Kalau dapat barang sekeping
dua best gak ni.

Ini kali kedua saya buat puding coklat bersos kastad. Kali pertama buat, bila dah selesai dan nak masukkan entri baru perasan nota Kak Nor (Secubit Garam) untuk meletak gelatin pada sos kastad tu.
Jadi bila buat kali kedua saya ikut saranan beliau sebab saya pun suka kalau kastad tu kental-kental sikit. Anak dan HB pun lebih suka yang macam tu.


Memang yummy puding ni. Boleh buat lagi dan lagi dan lagiiii.


Resepi boleh dapat Di Sini. Resepi asal ni tiada gelatin dalam sos kastad. Kalau suka bolehlah tambah 1 sdb. Larutkan dulu gelatin dengan 3 sdb air. Bila sos kastad dah pekat, padamkan api dan masukkan gelatin dan kacau lagi hingga sebati.


Diinspirasikan oleh:


 Wassalam...

Tuesday, March 26, 2013

Yogurt Panna Cotta with Peach Jelly



Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Apa khabar teman semua? Apa menu makan hari ni? Dah ada pencuci mulut ke belum? Kalau belum bolehlah cuba panna cotta ni. Enteng sahaja nak menyediakannya. Tambahan pula dengan cuaca yang agak panas sekarang ni. Memang sesuai bebenorlah makan yang sejuk-sejuk untuk mencuci tekak tu.

Ini kali ketiga saya buat dalam masa 2 minggu ni. Nak ngabihkan stok gelatin Nur dan bahan-bahan lain yang sewaktu dengannya. Sebelum ni topping ngan buah Kiwi, lepas tu ngan buah peach tapi tak show kat sini..,tak sempat. Sebelum ni saya guna non dairy heavy cream tapi kali ni saya guna heavy cream substitute dan campur dengan yogurt. Nak tahu apa dia heavy cream substitute yang saya guna...teruskan membaca resepi di bawah ya...:)


Yogurt Panna Cotta with Peach Jelly 
( Print resepi )

 Ingredients:
1 envelope unflavoured gelatin (2 1/4 teaspoons)
3 tablespoons water
1 cup heavy cream ~ I used substitute heavy cream (pls see note)
1/3 cup sugar - I put 2 TBSP
1 vanilla bean (split and seeds scraped)
1 (16 ounce) container Greek yogurt - I use low fat yogurt
Directions: 
Sprinkle the gelatin into the water in a bowl and let sit until softened, about 5 minutes.
Bring the cream, sugar and vanilla seeds to a simmer in a small sauce pan until the sugar has dissolved.
Remove from heat and mix in the gelatin.
Whisk the yogurt in a bowl until smooth.
Whisk the cream into the yogurt.
Pour the mixture into 6 1/2 cup ramekins (or the equivalent) and chill in the fridge for at least 3 hours.

Note:
 
Substitute heavy cream is made with Evaporated Milk, Whole Milk & Condensed Milk in a roughly 1:1:1 ratio .... much lower in fat than the Italian version (particularly because you can use 2% Evaporated Milk & some skim Condensed Milk... it will turn out a bit more dense than Panna Cotta but it will also be more flavorful. You can also sub 1/3 of the "Milks" with a liquor-simple syrup concoction... and you are back to a similar texture as Panna Cotta.
( Source : Chowhound )

Strawberry (Peach) Jelly 

 Ingredients:
 
1/2 envelope unflavored gelatin
3 tablespoons water
1 cup strawberry puree – I used can peach and puree it
1 tablespoon lemon juice
1/4 cup sugar – I put 2 TBS
Directions:
Sprinkle the gelatin into the water in a bowl and let sit until softened, about 5 minutes.
Simmer the strawberry (peach)  puree, lemon juice and sugar until the sugar is dissolved.
Mix the gelatin into the strawberry (peach) mixture.
Remove from heat, let cool, pour it into what you want and chill in the fridge until set.

Pour on top of cream for servings once cream chilled.


Sebelum ni saya pernah share cara jimat kos untuk substitute heavy cream Di Sini. Tapi nak ingatkan lagi sekali substitute ni tak leh dibuat untuk whipping cream ya. Nak buat Panna Cotta ke, mushroom soup ke etc...bolehlah. Kali ni saya kongsikan satu lagi cara untuk menggantikan heavy cream bagi menyediakan Panna Cotta macam kat nota di atas.
 
 Tekstur Panna Cotta yang menggunakan  substitute heavy cream dari 3 jenis susu memanglah tak setanding dengan yang menggunakan heavy cream ori...tapi rasanya lebih sedap, ya lah campur 3 jenis susu kan. Mestilah sedap. Tapi jangan lupa untuk kurangkan sukatan gula ya sebab susu ni dah manis.  Okay selamat mencuba.

Inspired by:
 


Wassalam...