Kek Span Vanilla - hasil yang paling memuaskan hati

Wednesday, November 27, 2013



Assalamualaikum & Salam Sejahtera,  

Setiap kali buat kek span vanilla, sebenarnya ada saja rasa tak puas hati lebih-lebih lagi pada teksturnya yang adakalanya sedikit mendaplah, permukaan atasnya yang terlalu lembut dan bila di terbalikkan merosakkan permukaannya dan macam-macam lagi. Tapi saya tak pernah putus asa untuk mendapatkan hasil yang paling diidam-idamkan. Dari pembacaan di google, membuat kek span memang banyak pantang larangnya dan ada banyak juga tips yang perlu diikut untuk mendapatkan hasil yang memuaskan. Semuanya saya dah buat termasuk mencuba pelbagai kaedah pembakaran, tapi masih tak dapat hasil yang saya mahukan. Akhirnya saya cuba bermain dengan bahannya pulak tapi bahan cecair sebab dari kelas baking yang pernah saya hadiri, bahan cecair harus kurang dari bahan kering (tepung dsbnya) supaya kek tak mendap. Itulah yang saya buat, akhirnya hari ini dapatlah tekstur kek yang saya nakkan sangat selama ni. Suka sangat-sangat. Apa lagi jom semak resepinya. Memang tak banyak perubahan cuma yang saya ubah pada kandungan minyaknya saja.


Span Vanilla
Print Recipe


Bahan:

6 biji telur (gred A) - buang 2 putih telurnya
1/2 cwn gula kastor
2/3 cwn tepung kek
1/2 cwn tepung jagung
50 g air sejuk peti ais
1 sdt baking powder
2 sb ovellete
60g minyak sayuran - resepi asal 75 g
1st essen vanilla

Cara:

Panaskan oven pada 150 C selama 20 minit. Griskan loyang dan alaskan kertas minyak. Griskan juga kertas minyak. Tak perlu griskan bahagian tepi loyang. Ayak bersama tepung kek, tepung jagung dan baking powder, ketepikan.

Masukkan semua bahan ( kecuali minyak sayuran). Pastikan bahan cecair termasuk telur di bawah sekali dalam bekas mixer dan bahan kering di atas. Gaulkan sekejap dengan spatula kesemua bahan-bahan. Pukul dengan kelajuan tinggi selama 10 minit hingga adunan menjadi likat dan pada tahap "ribbon stage".
Perlahan kan mixer , masukkan minyak sayuran, putar pada kelajuan paling perlahan lebih kurang seminit. Matikan mixer. Kaup balik sebentar dengan spatula hingga minyak sebati dengan adunan.
Bakar pada selama 40-45 minit atau ikut kepanasan dan jenis oven masing-masing. Bila dah masak keluarkan dan terlangkupkan selama 5 minit di atas redai. Selepas 5 minit terus keluarkan dari loyang.

Nota: Saya bakar  pada rak tengah, pada suhu 150 C guna api bawah pada setengah jam pertama dan guna api atas-bawah pada 10-15 minit terakhir.


 Adunan pada tahap ribbon stage- Gambar ikhsan google


Selamat mencuba!

29 comments:

  1. terima kasih atas resepinya..
    nanti nak cuba... ☺

    ReplyDelete
  2. memang cantik gebu kek tu kak...tahniah2

    ReplyDelete
  3. Salaam Marsita...

    Sangat cantik kejadian kek span Marsita ni..

    Mama sehingga kini macam phobia nak buat kek span. Agaknya dah otomatik set dalam kepala ni... ada yang tak jadi kek span aku ni karang... huhuhu... Tapi rasaya, nak kena kuatkan semangat macam Marsita ni, cuba dan terus mencuba. Mama salin dulu resepi ni ye. Kalau jadi... adalah kat blog. Kalau tak ada tu... hihihi... pempaham sajalah ye... And oh, thanks ya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQSM MamaFami, cuba ya jgn tak cuba , pasti jaya.

      Delete
  4. tahniah...mmg cantik gebus..n 4 sure melt in ur mouth...buat kek span ni mmg byk cabaran...dh byk jugak kek span sy yg rejek...tp skrang dh tau rentaknya..salah satu pd prgkt ribbon stage tu ia menten 4-5 saat..kira dh ok lah tu..kalo ia hilang bentuk...maknanya kena beat lagi...sekadar berkongsi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Ummi, sedap, masih moist lagi dan teksture nya masih lembut & gebu dalam peti sejuk.mmg sgt berpuas hati & happy sgt2 kali ni dgn kejadiannya.

      Delete
  5. Hai Marsita,
    terima kasih sudi kongsi resepi dalam Meriahnya Dunia Masakan.

    ReplyDelete
  6. Terimakasih Amie, resepi ni pun bukan saya punya...saya olah aje untuk dapatkan hasil yang memuaskan hati sendiri.

    ReplyDelete
  7. Salam..saya nk tanya kalau bakar kek ni pakai api atas bawah sampai masak boleh x?.sbb sy punya oven xboleh laraskan ke api bawah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, kurang pasti....tapi rasanya boleh...kena cuba lah.

      Delete
    2. Saya nak tanya adunan ni pakai loyang saiz berapa ye?

      Delete
    3. Loyang saiz 8x8 atau loyang bulat 8 ici tapi pastikan loyang tinggi ye.

      Delete
  8. nampak sangat akan kegebuan kek yg puan hasilkan...masyaallah
    terima kasih kerana kongsi rahsia ...

    ReplyDelete
  9. Salam..saya dah cuba buat kek span vanilla ni dengan menggunakan api atas bawah .alhamdulillah kek span vanilla tu masak dgn cantiknya dan keknya gebu dan lembut.sy amat berpuas hati dgn resepi ini.terima kasih kerana berkongsi resepi ini.^_^

    ReplyDelete
  10. Salam...saya nak tanya soalan napa ye span kek yg saya buat bila dah masuk peti dia jadi keras semacam.....saya letak dlm peti dln 1jam ....terima kasih

    ReplyDelete
  11. salam..tq for sharing the recipe n ur experiences. really help me a lot! this recipe is not my 1st attempt in making a really good n nice sponge cake. i tried this recipe for the first time. n my cake turn out to be just like u said, hasil yang paling memuaskan hati...really thanks a lot...;)

    ReplyDelete
  12. i baru try resepi ni...hasilnya mmg gebu tapi tak manis sampai anak2 tak berapa suka nak makan.bau telur kuat .apakah kesilapan saya..pls advise

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau nak manis boleh tambah gula jadikan 3/4 suku cwn. Nak hilangkan bau hamis telur, buang talipusat telur.

      Delete
  13. Salam...sy juga menghadapi mslh yg sama spt puan..pelbagai resipi sy cuba utk mndapatkan tekstur yg yg diinginkan..sy tertarik n ingin mncuba rcp puan kali ni..bolh sy tahu slps kluakn dr oven..terlangkupkan kek atas redai 5 minit..slps itu kluakan dr loyang dlm keadaan kek terus telangkup ataupun di terbalikn sehingga kek sejuk?

    ReplyDelete
    Replies
    1. terus terlangkupkan hingga sejuk lepas tu terbalikkan semula pun tak apa. yg ptg keluarkan dari loyang sebab kalu tidak kek akan kecut.

      Delete
  14. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  15. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Terimakasih atas komen yang segar

 
copywrite@2015 MyMintroomDESIGNER BLOGS