My Mint Room adalah sebuah blog berkisar tentang keluarga dan masakan atau secara lebih tepat lagi, merupakan ruang bagi saya untuk mengabadikan memori bersama keluarga melalui masakan.
Sesungguhnya dunia masakan itu memang unik dan terpulang kepada daya kreativiti masing-masing untuk mengubahsuaikannya mengikut citarasa sendiri. Keterujaan akan lebih terasa jika dapat memberikan sedikit sebanyak sentuhan peribadi kepada hidangan.
Me...Marsita or Mak Anjang, Wan Mas (on my hubby side)and Acu, Mak Su (on my side of the family). Sixth from 8 siblings. Asal Nogori 9. Suka tengok AFC & horror and thriller movies sebab boleh jerit-jerit and release stress. Favorite color brown and green. Favorite food laksa and mee kari. Favorite drink coffee. Favorite number 8.
Mula berjinak-jinak dengan blog ni since 2009 tapi tak begitu aktif kerana tuntutan kerja , apatah lagi sejak didiagnosis mengidap penyakit SLE tahun pada 2011 http://my-mintroom.blogspot.com/search/label/MY%20SLE, blog ni senyap dan sunyi hampir setahun. Pada April 2012, saya mengambil keputusan berhenti kerja dan mengambil masa 2 bulan untuk menyesuaikan diri dengan suasana tak bekerja lalu mula nak berjinak-jinak dengan blog-blog masakan dan kembali aktif semula. Pandai masak? Oooo bukan saya...tapi saya suka mencuba dan mengolah semula resepi-resepi baru dan lama yang terdapat di blog-blog masakan untuk disesuaikan mengikut selera kami sekeluarga. Memasak & berblog juga merupakan terapi bagi saya untuk menceriakan diri.
Khalid...my husband & my BFF...hormat orang tua, baik hati, loving, caring,very good at DIY tapi not so fond of house chores, jarang buat lawak tapi bila sesekali melawak kita boleh gelak guling-guling. Suka tengok Nat Geo, tak suka science fiksyen ( sama ngan kita gak). Favourite food...apa-apa saja yang simple dan yang less in calory and cholestrol especially yang grilled atau stim,...favourite meat---mutton. Favorite drink..coffee. Hobi masa lapang...Tidoooo dan tidooo....
Kiki @ Pak Long Kiki as called by his nieces and nephews...my one and only son...Suka ngan budak-budak especially yang toddlers...his nieces & nephews adores him so much.
Current point of interests --> K Pop, selain dari tu suka main games diwaktu lapang, Setiap petang bersukan Futsal.
Mood dia mudah tukar tune...well I guess generasi Y memang macam tu kot. High taste..high maintenance...Masa kecik memang food luvers tapi sekarang kureng sikit...nak jaga diet kot...Ayat klise paling mahal dia.."Suka hati mak lah".... Hobi...suka bukak petiais dan check apa yang menarik kat dalam tu. Lepas tu suka tanya menu apa untuk makan; contohnya, lepas sarapan dia akan tanya lunch apa mak, lepas lunch, dia tanya pulak, dinner apa mak? Lepas tu bila tanya balik Kiki nak makan apa...dia akan jawab "Suka hati mak lah ." Arrggghhh....tension den.
Kami menetap di Ipoh Perak sejak 2006. In sya allah akan terus menetap di sini..
Semoga anda enjoy dengan blog ini...sebab saya pun enjoy gak ngan blog saya ni...^-^.
Sebarang e-mail atau pertanyaan sila hubungi saya di mayahya28@hotmail.com.
Sebarang e-mail atau pertanyaan sila hubungi saya di mayahya28@hotmail.com.
Wassalam...