Showing posts with label SNACKS. Show all posts
Showing posts with label SNACKS. Show all posts

Cucur Kentang Berherba aka Herbs Potato Fritters

Thursday, September 18, 2014



Assalamualaikum & Salam Sejahtera,  

Hari ni kita breakfast dengan hidangan yang ringkas serta berkhasiat. Cucur Kentang berherba yang saya gandingkan dengan salad yang sangat mudah penyediaannya. Alhamdulillah, berselera En. HB makan. 

Untuk salad tu sangat mudah membuatnya, cuma dapatkan 5-6 helai daun salad, 4 helai kobis cina dan sebiji tomato. Semuanya dicincang kasar. Untuk dressingnya, campurkan 3 sdb minyak zaitun, 2 sdt madu, sedikit cuka epal dan garam secukup rasa. Tuang atas salad dan gaulkan.


Cucur Kentang Berherba
Oleh: Marsita @ Mymintroom

Bahan:

3 biji ubi kentang saiz sederhana besar - hiris halus-halus dan toskan air nya.
1 bj bawang besar - cincang halus
2 tangkai daun Rosemary - cincang kasar
2 tangkai daun oregano - cincang kasar
2 tangkai daun thyme - cincang kasar
1 bj telor
1 sdt chilie flakes
1 cwn tepong gandum
2 sdb tepung beras
1/4 cwn air
Garam dan gula secukup rasa
 Minyak untuk menggoreng secukupnya

Cara:

Gaulkan semua bahan kecuali air.
Masukkan air sedikit demi sedikit dan gaul sehingga sebati.
Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan.
Sedia dimakan bersama sos kesukaan.

Nota: Bagi yang tak berapa suka herba, boleh saja gantikan semua herba tu dengan daun bawang dan abaikan bawang besar ya.






Selamat Mencuba!

Churros aka Mexican Doughnuts

Wednesday, May 21, 2014



Assalamualaikum & Salam Sejahtera, 

Entah bila saya buat ni, saya pun dah lupa. Gambar yang ada dalam simpanan cuma gambar ini walaupun seingat saya, ada beberapa lagi gambar yang saya ambil. Sudah terdelete barangkali.
Pertama kali buat Churros yang juga di kenali sebagai Mexican Doughnuts ini walaupun resepinya dah lama saya google di internet.
Kaedahnya hampir sama dengan kaedah membuat Cream Puff. Cuma Churros ini perlu di goreng.
Terus saja ke resepinya. Jangan tanya sumber resepi sebab saya memang terlupa nak salin sumbernya. Kenapa lupa haaa sebab masa nak buat tu terus saya snapshot resepinya yang saya google dari talipon bimbit. Terlebih rajin, saya salin semula pula resepinya di sini dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Malaysia.

Churros aka Mexican Doughnuts 
Bahan:
 
1/2 cwn air
1/2 cwn buttermilk (1/2 cwn susu full cream campur 1 sdt cuka/lemon jus dan biarkan 5 minit)
1/2 cwn butter
Secubit garam (abaikan kalau guna salted butter)
*1 1/4 cwn tepung gandum
*1 sdt baking powder
1 sdt essen vanilla
3 telur Gred A
1/2 cwn & 1 sdb gula
1 sdt atau lebih serbuk kayu manis

Cara:
 
Ayak bersama bahan-bahan yang bertanda* dan ketepikan.
Campurkan buttermilk , air, butter, garam dan 1 sdb gula dalam periuk dan didihkan hingga butter cair.
Masukkan campuran tepung & baking powder dan kacau cepat-cepat hingga adunan terbentuk seperti bola. Terus kacau dan balik-balikkan adunan perlahan-lahan sehingga satu-dua minit. Padam api dan alihkan doh kedalam mangkuk pengadun.
Putar pengadun pada low speed hingga doh menjadi suam sedikit. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Masukkan juga essen vanilla. Akhir sekali putar pada kelajuan medium-high speed hingga adunan likat dan berkilat tapi adunan harus tak terlalu cair dan tak meleleh dari spatula. Kalau terlalu likat dan kurang berkilat, tambahkan telur.
Masukkan doh ke dalam beg pastri dgn star tip berukuran 1/2 inci lebar. Boleh juga guna round tip.
(Sementara itu, gaulkan 1/2 cwn gula bersama 1 sdt serbuk kayu manis).
Panaskan minyak, paipkan doh terus ke dalam minyak dan gunting. Jangan paipkan terlalu banyak.
Goreng hingga keperangan. Angkat dan letakkan atas kitchen towel, salut dengan
gula tadi. Sedia utk dinikmati.
(Boleh juga makan dengan sos coklat atau paipkan dengan custard filling).

Selamat Mencuba!

Prosperity Burger

Wednesday, March 05, 2014



Assalamualaikum & Salam Sejahtera, 

Ni pokok Oregano yang En. HB tanam dan gantung di belakang rumah. Selalu jadi
 mangsa saya kalau buat Pizza atau Spaghetti. Tapi entri
 kali ni tiada kena-mengena dengan pokok Oregano ni. Entri kalini saya nak kongsi pasal Prosperity Burger yang baru saya buat Sabtu lepas yang rupanya tak berapa nak prosper tapi rasa memang prosper.


Kenapa rupa dia tak berapa nak prosper? Sebab daging dia besar dari roti :) . Mana taknya, saya beli daging oblong tu selepas roti siap. Bawa balik tengok alamak, dagingnya ter over size pulak.
. Pulak tu rotinya saya buat enam ketul tapi daging tu sebungkus ada lima ketul aje. Saya bayangkan sebungkus macam ada enam ketul hu hu. Jawabnya baki roti lagi satu tu si bujang kena paksa habiskan makan gitu aje. Moral of the story, lain kali kalau nak buat kena plan betul-betul. Jangan dok imagine tak sudah ha ha.


Sebenarnya mula-mula tengok entri Prosperity Burger ni kat blog Zila Forever .
Itu setahun yang lepas. Baru-baru ni tengok lagi kat blog Qasey Honey. Memang dah lama teringin nak buat sebab En. HB pun suka sangat dengan burger ni. Kebetulan meroti beberapa hari sebelum tu Di Sini, buat sekali roti untuk Prosperity Burger ni. Selepas beberapa hari roti masih lembut dan gebu.
   
Print Recipe 
Roti Burger - Resepi  Di Sini.
Setiap bun saya guna 60g doh dan bentukkan ikut acuan aluminium seperti Di Sini.


Sos Lada Hitam
Rujukan: Qasey Honey

Bahan:
2 sudu butter
1 1/2 sudu tepung gandum
sebiji bawang besar (potong dadu) – QH guna bawang holland
sebiji tomato (potong dadu) – QH tak letak, saya tak letak
seketul kiub ayam knors
2 cawan air
sedikit kicap pekat
2 sb sos lada hitam - saya tambah
sedikit sos cili/sos tomato – QH guna sos cili, saya letak dua-dua sos
garam dan gula secukup rasa - saya guna gula perang
1 sudu lada hitam (tumbuk halus) *boleh lebihkan amaun ikut selera
tepung jagung (standby) – QH letak 1 sudu kecil + sedikit air

Cara:
Cairkan butter dengan api kecil.
 Apabila cair masukkan tepung gandum dan kacau sehingga perang
Kemudian masukkan bawang dan kacau sehingga naik bau wangi.
Masukkan kiub ayam dan kacau.
 Masukkan air tadi dan kacau. Tambah sos cili(amaun ikut suka nak pedas atau tidak). Kacau hingga sebati.
Tambahkan kicap pekat sedikit demi sedikit. PERHATIAN jgn sampai hitam sgt, agak2 kecoklatan dah cukup.nanti tk cantik bile dihidang..apabila masak sos akan lebih likat dan hitam.
 Masukkan tomato yang telah dipotong dadu tadi dan kacau
Tambahkan sedikit gula dan garam secukup rasa
Masukkan lada hitam yang telah ditumbuk tadi sedikit demi sedikit. Kacau hingga menggelegak.
Jika sos kurang likat, masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air sedikit demi sedikit sehingga agak-agak likat.Apabila sejuk sos akan lebih likat.
11. Boleh dihidangkan semasa panas. Ermmm sedap.


Bahan Prosperity Burger
Roti burger secukupnya
Daging burger oblong Ramly (daging/ayam)
Sos lada hitam
Bawang Holland (dihiris bulat)
Daun salad

Cara penyediaannya:
 Masakkan daging burger di atas pan sehingga masak. Tidak perlu terlalu garing.
Roti burger di potong 2 dan bakarkan sekejap permukaan di atas pan.
Ambil bahagian bawah roti dan letakkan daun salad.
 Kemudian celupkan daging burger ke dalam sos lada hitam. Letakkan di atas lapisan bawah roti tadi.
Susun bawang di atasnya dan tutup dengan lapisan roti bahagian atas. (jika suka boleh tambah tomato).
Siap untuk dinikmati.

Habis ke lima-lima burger ni buat kami sekeluarga. Sangat puas hati!
  Selamat Mencuba!


Garlic-Rosemary Mayonnaise Chicken Burger - from scratch

Monday, March 03, 2014



Assalamualaikum & Salam Sejahtera, 

Emm...Harumnya bau daun Rosemary ni. Setiap kali ke belakang rumah mesti nak cium daun Rosemary bila melintasi pokoknya. Pokok ni memang tahan lasak dan tak perlu banyak air. Kalau di negara empat musim, pokok Rosemary ni boleh hidup di keempat-empat musim tersebut. Jadi ia juga sesuai ditanam di Malaysia ni. Selain dari digunakan sebagai bahan untuk memerap daging terutamanya daging kambing, ia juga dikatakan elok untuk menguatkan daya ingatan.


Okay, terus ke resepi kali ini. Namanya memang panjang berjela,Garlic-Rosemary Mayonnaise Chicken Burger tetapi percayalah penyediaannya amat mudah, kalau kita gunakan roti yang readymade in kedailah. Kalau kita nak sesuatu yang mencabar, jangan malu dan segan, buat semuanya from scratch macam saya chewah.

Roti burger ni saya buat sehari awal Di Sini. Resepi roti yang sama saya gunakan  Di Sini. Untuk Chicken Burger saya gunakan ayam kisar jenama Ramly.  Mari kita ikuti resepinya,

Garlic-Rosemary Mayonnaise Chicken Burger
Ingredients:

Mayonnaise:
1 cup mayonnaise
1/4 cup chopped fresh rosemary leaves
1 clove garlic, minced
 
Burgers:
1 pound ground chicken
1/2 teaspoon kosher salt - I use natural salt
1/4 teaspoon freshly ground black pepper
4 sandwich rolls or burger buns
1/4 cup olive oil - I substitute with butter
1 cup arugula, divided - I use salad

Directions:


For the mayonnaise: In a small bowl, mix together mayonnaise, garlic, and rosemary; set aside.

For the burgers: Preheat a gas or charcoal grill or place a grill pan over medium-high heat. In a large bowl, add the ground chicken, 1/2 teaspoon salt, 1/4 teaspoon pepper, and 1/2 of the mayonnaise mixture. Using clean hands, gently combine the ingredients and form the chicken mixture into 4 patties. Place the burgers on the grill and cook for about 7 minutes on each side. Transfer to paper towels and let rest for a few minutes.

Brush the cut side of each roll with the olive oil and 1 teaspoon of the mayonnaise mixture. Grill for 1 to 2 minutes until slightly golden.

To assemble the burgers: Spread a dollop of the remaining mayonnaise mixture on the tops and bottoms of the toasted buns. Place the chicken burgers on the bottom halves of the buns. Top each with 1/4 cup of arugula and finish with the top half of the bun.

Burger ni memang moist dan tak muak sebab ada rasa masam-masam dari mayonnaise tu. Bau dari daun Rosemary bersama bau bawang putih pulak harum semerbak bila digril. Jadi, apa tunggu lagi cubalah burger mudah ini. Memang tak rugi, anda mesti suka apalagi anak-anak.

Selamat Mencuba!
 
copywrite@2015 MyMintroomDESIGNER BLOGS