Homemade Burger and Hot Dog Buns

Saturday, March 01, 2014



Assalamualaikum & Salam Sejahtera, 

Hari ni nak kongsi sedikit tentang roti burger dan hotdog yang saya buat baru-baru ini. Resepi roti saya guna resepi sponge doh yang pernah saya buat dahulu. Saya memang suka dengan roti menggunakan teknik sponge doh. Roti memang lebih gebu dan lembut.

Saya buat sekilo tepung roti, sebahagiannya saya buat roti burger dan hotdog. Selebihnya saya buat pelbagai roti manis, roti keju dan roti sosej. Berat doh untuk kedua-dua roti burger dan hotdog ialah 50g dan 60g setiap satu.



Berbalik kepada roti burger dan hotdog tadi, acuannya saya buat dari kertas aluminium yang dilipat mengikut saiz panjang dan lebar roti yang dikehendaki lalu saya lekatkan dikedua-dua hujung menggunakan stapler. Lebar roti burger yang saya buat ni 4 inci manakala panjang roti hotdog pula 6 inci. Idea ni saya dapat dari group Kelab Roti, page yang saya gemari di FB.
Kalau tengok status ahli-ahli Kelab Roti di FB memang menaikkan semangat dan minat meroti. Seronok dengan hasil roti mereka yang gebu dan montok :)


Selamat Mencuba.!


1 comment:

Terimakasih atas komen yang segar

 
copywrite@2015 MyMintroomDESIGNER BLOGS