Happy Birthday to......Me.....& hadiah terindah

Friday, February 28, 2014



 Assalamualaikum & Salam Sejahtera, 

Alahai....terlebih rajin la pulak minggu ni 2-3 entri...tapi entri yang ini harus ditempekkan jugak; sebab apa? Sebab yang pertama, hari ni merupakan hari kulahirkan. Yang ke berapa ehem2. Alah tak ada maknanya nak rahsia-rahsia. Yang ke 46. Eee rasa tua bebeno.

Yang keduanya, dapat pulak hadiah paling bermakna sepanjang berblogging. Muncul dalam Majalah Jelita keluaran March 2014. Hah, terkejut saya, apa taknya. Masa buka FB petang Rabu lalu, ingat nak balas mesej seorang teman FB je. Tapi tergerak nak tengok kat satu notification ni. Hairan jugak pasal apalah saudari Norashikin M. Nor ni tag nama saya pulak untuk status beliau yang ada gambar majalah Jelita ni. Tapi bila saya besarkan gambar tu guna software WindowPaint barulah saya faham. Apalagi terkejut beruklah sekejap. Macam tak percaya aje, blog yang biasa-biasa ni pulak yang jadi blog ulasan. Pulak tu berganding dengan blogger hebat MamaFami dan adik yang rajin buat kek (suka tengok kek beliau) Muhammad Syafiq. Tahniah jua buat mereka berdua. Apa-apa pun Terimakasih sekali lagi buat Jelita amnya dan Norashikin khasnya kerana memberikan Mymintroom  peluang muncul dalam Jelita edisi Mac. Semoga Norashikin dan majalah Jelita akan lebih maju pada masa hadapan. Amin...Majalah lain tak beli tak pe bulan Mac tapi Jelita pasti beli  :)


Wassalam...

5 comments:

  1. happy birthday kak..tahniah masuk majalah dan hadiah yang sangat bermakna tu kan..

    ReplyDelete
  2. wah tahniah ye mas..masuk mag lagi tu! hepi besday gak..moga panjang umur & murah rezeki sentiasa..amiinn!

    ReplyDelete
  3. Happy belated birthday Marsita. Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yang baik dan di dalam peliharaan Allah sepanjang masa.

    Terima kasih juga kerana inform mama pasal majalah ni. Mama tak tahu apa apa pun sehingga Ummi Kuantan maklumkan pada mama dan juga setelah mama baca komen Marsita di blog mama. Terima kasih sangat. In sha Allah akan diusahakan untuk mendapatkan senaskah. Dah a few shops mama pergi, tapi belum sampai katanya.

    Huhuhu... blog mama ni bukan hebat mana pun. Biasa-biasa je. Maybe orang kenal mama sebab mama orang lama di cyber. Hebatnya tak adalah mana pun.... hehehe...

    ReplyDelete

Terimakasih atas komen yang segar

 
copywrite@2015 MyMintroomDESIGNER BLOGS