Roti (Sponge Dough) - memang gebu

Monday, February 17, 2014




Assalamualaikum & Salam Sejahtera, 

Semalam punya cerita, selepas selesai menghabiskan order kek, teringin nak meroti, tapi kali ini saya menggunakan teknik sponge doh/ ibu roti hasil perkongsian dari Lailatul Munira di Kelab Roti, page di FB yang saya tidak akan lupa jengah setiap hari. 
Teknik sponge dough ini memerlukan kita memeram yis bersama sebahagian tepung dan air serta gula dari adunan asal selama 2 jam atau lebih elok  semalaman sebelum menguli sepenuhnya bersama baki adunan.  Memang hasilnya berbeza, lebih gebu dan lembut walaupun saya menggunakan tepung gandum sahaja untuk cubaan pertama ini dan perapan pun selama 2 jam sahaja. Terimakasih Lailatul di atas perkongsian ini. Izinkan saya rakamkan resepinya di sini pula ya.

Roti (teknik Sponge Dough)

( Ikhsan : Lailatul Munira )

Iburoti / sponge dough

Bancuh dulu bahan untuk ibu roti
Perap minimum 2 jam- 12jam pun boleh
Biarkan hingga berbuih kembang. Ketepikan
Satukan bahan selebihnya
Masukkan air sedikit demi sedikit dulu ...jangan masukkan semua
Bila dah jadi doh kasar...masukkan iburoti/
sponge dough yang di perap tadi
dan teruskan menguli hingga elastik
Tambah air kalau perlu


Langkah yang lain tu sama saja...kalau saya lepas uli hingga elastik rehatkan doh selama 20 minit. Selepas tu bolehlah dibentuk mengikut berat dan saiz yang dikehendaki, letakkan inti, biarkan naik/proofing selama 1 jam 15 minit atau mengikut cuaca dan alatan yang ada (proofing machine dsbgnya)
 


Selamat Mencuba!

9 comments:

  1. tudiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa... gebunyaaaaaa... terbunjal bijik mata ni tengok tau..
    punya la gebu .. dasyat tul buat doh roti..

    ReplyDelete
  2. salam kenal, singgah & follow sini

    ReplyDelete
  3. Lau guna Bread Maker camner ya sbb kena mskkan bhn cecair terlebih dahulu barulh diikuti bhn2 pejal berikutnya...

    ReplyDelete
  4. Assalam..nak tanya bahan ibu roti tu kena uli bg jadi doh baru perap 12 jam ke just campur2 n perap ja

    ReplyDelete
  5. Assalam..nak tanya bahan ibu roti tu kena uli bg jadi doh baru perap 12 jam ke just campur2 n perap ja

    ReplyDelete
  6. Ibu roti mmg kena msk semua sekali ke

    ReplyDelete

Terimakasih atas komen yang segar

 
copywrite@2015 MyMintroomDESIGNER BLOGS