Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Cuaca masih lagi panas. Nak keluar pun rasa malas...berpinau biji mata. Panas-panas ni enak kalau tekak di jamu dengan yang sejuk-sejuk kan? Jom kita segarkan tekak yang haus dengan Jelly Puding Koktel.
Jelly Puding Koktel
Agar-agar/Jelly
10 g agar-agar serbuk
1 liter air
½ cawan gula ( kalau nak lebih manis sila tambah )
2 sdt paste strawberry atau apa-apa perisa yang disukai
Masak agar-agar bersama air hingga agar-agar larut.
Masukkan gula, teruskan kacau hingga gula larut. Masukkan paste strawberry. Tuang ke dalam bekas kecil atau loyang. Biarkan mengeras sedikit. Bila dah
mengeras cakarkan permukaannya dengan garpu. Ketepikan.
(Kalau nak guna crystal jelly segera pun boleh, ikut saja arahan pada kotak cara untuk menyediakannya )
Puding Kastad
1 cawan tepung kastad
4 cawan air
1 cawan susu cair
1/2 cawan gula (kalau nak lebih manis, sila tambah)
1 cawan tepung kastad
4 cawan air
1 cawan susu cair
1/2 cawan gula (kalau nak lebih manis, sila tambah)
Satukan semua bahan, kacau atas api sederhana hingga likat. Sentiasa kacau supaya adunan tidak bergentel dan tidak hangus di dasar periuk.
Bila dah pekat tuang ke dalam bekas/loyang yang berisi agar-agar tadi.
Kuah
1 tin susu cair
1 tin air (sukat dengan tin susu cair tadi)
1 tin fruit koktel (toskan dan ambil buahnya sahaja)
1/2 cawan gula ((kalau nak lebih manis, sila tambah)
2 sudu besar tepung
kastad
Cara-cara:
Satukan semua bahan kecuali fruit koktel.Masak atas api (sekejap saja).
Cara-cara:
Satukan semua bahan kecuali fruit koktel.Masak atas api (sekejap saja).
Taburkan fuit koktel ke atas pudding tadi dan tuangkan
kuah, sejukkan dalam peti ais sebelum dinikmati.
Nyum!nyum!
No comments:
Post a Comment
Terimakasih atas komen yang segar