Showing posts with label COOKIES. Show all posts
Showing posts with label COOKIES. Show all posts

Red Velvet Chocolate Chip Cookies

Wednesday, August 13, 2014



Assalamualaikum & Salam Sejahtera, 

Tahun ni mood buat kuih raya memang ke laut. Betul-betul cuma kukis ini saja yang saya buat. Haha! Lawak kan? Kuih yang lain-lainnya saya tunjuk-tunjuk aje. Pelik kan? Baker tapi kuih raya beli.

Gambo pun saya ambik yang ni aje. Bila kukis ni siap, saya sibuk masak untuk berbuka. Lepas tu terus terlupa nak snap foto. Nak wat cam ner kan, dah nak lupa :)) Kukis ni pun dah lama habis sebab cuma buat dua adunan aje.

Kita semak ajelah resepinya yang saya ambil dari blog Masam Manis.

Red Velvet Chocolate Chips Cookies
Oleh : Planta
Rujukan : Koleksi 20 Resepi Planta
Sumber:  Azlita Masam Manis
Bahan:

120 gm margerin Planta
10 gm minyak sapi
100 gm gula kastor
120 gm tepung gandum
50 gm tepung beras
50 gm badam cincang
1 biji kuning telur
1 sudu besar serbuk koko
1/2 sudu teh esen vanilla
1/2 sudu besar pewarna merah
30 gm coklat cips putih
30 gm coklat cips
Mula-mula kita ayak bahan kering.
Satukan tepung gandum, tepung beras dan serbuk koko dan ayak, ketepikan
Bakar sebentar badam cincang dalam ketuhar pada suhu 170 C selama 5 minit
Di dalam mesen pemutar, satukan margerin Planta, minyak sapi dan gula kastor, putar hingga adunan kembang dan bertukar warna kuning pucat.
Tambahkan telur dan putar sebati.
Kemudian tambahkan esen vanilla dan pewarna merah, putar lagi hingga adunan rata.
Masukkan bahan yang tekah kita ayak tadi, gaul dengan denduk kayu atau spatula rata
Tambahkan badam , 1/2 daripada choc cip dan 1/2 daripada choc cipputih
Gaul adunan rata.
Sudukan adunan di atas dulang pembakar
Hiaskan permukaan doh tadi dengan baki cip coklat dan cip coklat putih
Bakar dalam ketuhar pada suhu 150C ( ketuhar hendaklah di panaskan 15 minit awal sebelum memasukkan doh)
Bakar selama 20 minit
Sejukkan biskut di atas redai setelah masak dan simpan di dalam bekas kedap udara.

  Selamat Mencuba!!

Oatmeal Raisins Cookies

Monday, March 17, 2014



Assalamualaikum & Salam Sejahtera, 

Projek menghabiskan stok Quaker Oats dan kebetulan semua bahan yang perlu untuk resepi ni ada di dalam pantri. Di samping itu boleh juga buat bekalan En. HB snacking kat office nanti.

Selain kandungan serat tinggi yang elok untuk kesihatan, rasanya juga sedap dan kena dengan selera En HB. Ikuti resepinya:-


Oatmeal Raisins Cookies
Sumber : Cooking & Recipe
Ingredients:

1/2 Cup(s) (1 stick) plus 6 tablespoons butter, softened
3/4 Cup(s) firmly packed brown sugar
1/2 Cup(s) granulated sugar - saya kurangkan sedikit
2 Eggs
1 Teaspoon(s) vanilla
1-1/2 Cup(s) all-purpose flour
1 Teaspoon(s) Baking Soda
1 Teaspoon(s) ground cinnamon
1/2 Teaspoon(s) salt (optional)
3 Cup(s) Quaker® Oats (quick or old fashioned, uncooked)
1 Cup(s) raisins


Preparations:


Heat oven to 350°F. In large bowl, beat butter and sugars on medium speed of electric mixer until creamy. Add eggs and vanilla; beat well. Add combined flour, baking soda, cinnamon and salt; mix well. Add oats and raisins; mix well. Drop dough by rounded tablespoonfuls onto ungreased cookie sheets. Bake 8 to 10 minutes or until light golden brown. Cool 1 minute on cookie sheets; remove to wire rack. Cool completely. Store tightly covered.
Serving Tips: Bar Cookies: Press dough onto bottom of ungreased 13 x 9-inch baking pan. Bake 30 to 35 minutes or until light golden brown. Cool completely in pan on wire rack. Cut into bars. Store tightly covered. 24 BARS. VARIATIONS: Stir in 1 cup chopped nuts. Substitute 1 cup semisweet chocolate chips or candy-coated chocolate pieces for raisins; omit cinnamon. Substitute 1 cup diced dried mixed fruit. HIGH ALTITUDE ADJUSTMENT: Increase flour to 1-3/4 cups and bake as directed.


Saya buat dua adunan dari resepi di atas. Saya kurangkan sukatan gula pasir jadi rasanya tidak berapa manis. Teksturnya rangup di luar tetapi kenyal atau chewy di bahagian dalam. Saya bakar pada suhu 180 C selama 20 minit. Skoop atau pencedok aiskrim yang saya gunakan bersaiz M jadi kukis agak besar juga selepas dibakar. Kalau nak saiz yang kecil boleh guna sudu teh untuk cedukkan adunan ke atas dulang pembakar dan jangan lupa, mesti alas dulang dengan kertas minyak supaya kukis tak melekat dan mudah nak alihkan kukis dari dulang nanti.


Selamat Mencuba!
  

Gingerbread Cookies

Tuesday, February 25, 2014



Assalamualaikum & Salam Sejahtera, 

Dah lama HB request buat Gingerbread Cookies ni. Dia memang suka jenis cookies yang ada rasa rempah serta yang mengandungi khasiat tertentu. Apatah lagi yang ada halia...memang feveret dia lah. Serbuk halia memang dah lama tersimpan. Hari ni baru berkesempatan nak buat. Boleh dibawak sebagai bekalan ke pejabat.

Resepinya saya ambil dari AllRecipes . Boleh dikatakan semua resepi Gingerbread Cookies menggunakan molasses. Saya kurang faham mulanya apa molasses ni. Tapi bila dapat info dari rakan FB Autumn Fied tuan punya page Autumn Cyber Kitchen barulah saya faham yang molasses  dan gula perang tu lebih kurang sama. Terimakasih sekali lagi Autumn.


Gingerbread Cookies
Sumber : All Recipes
Ingredients:
2 1/4 cup all purpose flour
2 tsp ground ginger - saya tambah lagi satu sudu kecil
 1 tsp ground cinnamon
1 tsp baking soda
1/2 tsp ground cloves - saya ommit
1/4 tsp salt
3/4 cup margerine, soften
1 cup sugar - saya kurangkan 1/4 cup
1 egg
1 tbsp water
1/ cup molasses
2 tbsp sugar
Directions:
1.
Preheat oven to 350 degrees F (175 degrees C). Sift together the flour, ginger, baking soda, cinnamon, cloves, and salt. Set aside.
2.
In a large bowl, cream together the margarine and 1 cup sugar until light and fluffy. Beat in the egg, then stir in the water and molasses. Gradually stir the sifted ingredients into the molasses mixture. Shape dough into walnut sized balls, and roll them in the remaining 2 tablespoons of sugar. Place the cookies 2 inches apart onto an ungreased cookie sheet, and flatten slightly. ( saya sudukan menggunakan ice cream scoop dan tabur secubit gula di atas cookies )
3.
Bake for 8 to 10 minutes in the preheated oven. Allow cookies to cool on baking sheet for 5 minutes before removing to a wire rack to cool completely. Store in an airtight container.
(saya bakar selama 20 minit untuk rasa lebih rangup)


Emm, berbau harum satu rumah bila dibakar..dan rasanya pun sedap dan rangup.


Selamat Mencuba!

Famous Amos Chocholate Chip Cookies

Monday, February 03, 2014



Assalamualaikum & Salam Sejahtera,  

Apa khabar semua, dah pun masuk bulan ke dua 2014. Pantas betul jarum jam berputar.
 Hari ni nak kongsi resepi kukis yang rangup dan enak ini yang resepinya saya ambil daripada Allrecipes. Saya kongsikan di sini untuk rujukan. Untuk resepi dari barat ini seperti biasa saya akan kurangkan sedikit gula, tapi terpulang pada citarasa masing-masing kalau sukakan yang manis.


Famous Amos Chocholate Chip Cookies
Sumber : AllRecipes
Bahan:

1 cawan gula ( saya kurangkan setengah)
 1 cawan gula perang
1 cawan butter @ 225 g
1 cawan minyak sayuran @ minyak masak
1 bj telur (A)
1 sb susu segar/susu penuh krim
4 cawan tepung gandum * ayak bersama
1 sdt garam *
1 sdt cream of tartar *
1 sdt baking soda *
1 sdt vanilla essen
1/2 cawan kacang walnut (panggang sekejap & cincang kasar)
2 cawan choc chips (saya letak 1 cwn)
1 cawan quaker oat - panggang sekejap (saya tambah)

Cara:

Pukul menggunakan mixer, gula, butter, minyak, telur dan essen vanilla hingga kembang
Masukkan bahan bertanda *, kaup balik hingga sebati sahaja. Masukkan pula kacang, coklat chip & quaker oat dan gaul sebati.
Sudukan (sesudu kecil) ke atas pan (jangan di griskan). Bakar selama 8-12 minit pada suhu 170 Celcius (bergantung pada oven masing-masing), saya bakar selama 20 minit pada 170 C.


 

Selamat Mencuba!

Butterless Choc Chip Cornflakes Cookies

Thursday, December 19, 2013



Assalamualaikum & Salam Sejahtera,  

Lamanya tak mengukis. Raya hari tu pun tak ada buat kukis. Bayangkan lama tak lamanya hu hu. Hari ni memang mood sudah mari, terlebih rajin mengukis. Bukan apa, kukis yang selalu saya beli buat bekalan En. HB ke office dah habis dan lupa pulak nak re-stock. Malas pulak nak ke pasaraya semata-mata nak beli kukis, jadi saya pun buatlah kukis ni.

Namanya pun Butterless Chocholate Chip Cookies jadi resepinya sudah tentulah tak menggunakan butter. En HB pun sedang dalam proses mengawal kolestrol jadi sesuailah rasanya kali ni mencuba resepi ni pulak.


Resepi ni saya dapat dari Sini, tapi saya derhakakan sedikit sebab selalunya resepi orang putih ni memang tinggi kandungan gulanya. Kebetulan ada lebihan stok cornflakes dalam pantri saya masukkan juga dalam resepi ini serta sedikit serbuk koko dan juga susu. Alhamdulillah, sedap dan moist kejadiannya, serta tidak terlalu manis.



Butterless Choc Chip Cookies
Resepi Asal: Nika the Mad Baker
Diolah semula: Marsita
Bahan:

2 ½ cwn tepung *
2 tbsp serbuk koko * - saya tambah
1 tsp baking soda *
1/2 tsp baking powder*
1/2 tsp garam *
1 cup minyak sayuran
1  cwn gula perang - resepi asal 1 1/2 cwn
1/2 cup white sugar
2 tbsp susu penuh krim - saya tambah
2 bj telur gred A
1 tsp vanilla extract
1 tsp almond extract
1 cwn semi-sweet chocolate chips - resepi asal 2 cwn
1 cwn cornflakes – hancurkan sedikit - saya tambah

Cara:

Panaskan oven pada suhu 170 Celcius.
Campurkan bahan * dan ketepikan.
Dengan menggunakan mixer pukul gula bersama minyak sayuran hingga berkrim. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul lagi hingga kembang. Masukkan susu penuh krim. Masukkan esen vanilla dan extrak almond, pukul hingga sebati.
Masukkan bahan *  dan kaup-balik sehingga sebati. Masukkan chocholate chip dan cornflakes dan gaul hingga sebati.
Sudukan ke atas dulang pembakar yang telah digris dengan mentega.
Bakar selama  8-10 minit. Sejukkan di atas dulang sebelum alihkan ke atas redai.



Selamat Mencuba!

 
copywrite@2015 MyMintroomDESIGNER BLOGS