Thursday, December 19, 2013

Butterless Choc Chip Cornflakes Cookies



Assalamualaikum & Salam Sejahtera,  

Lamanya tak mengukis. Raya hari tu pun tak ada buat kukis. Bayangkan lama tak lamanya hu hu. Hari ni memang mood sudah mari, terlebih rajin mengukis. Bukan apa, kukis yang selalu saya beli buat bekalan En. HB ke office dah habis dan lupa pulak nak re-stock. Malas pulak nak ke pasaraya semata-mata nak beli kukis, jadi saya pun buatlah kukis ni.

Namanya pun Butterless Chocholate Chip Cookies jadi resepinya sudah tentulah tak menggunakan butter. En HB pun sedang dalam proses mengawal kolestrol jadi sesuailah rasanya kali ni mencuba resepi ni pulak.


Resepi ni saya dapat dari Sini, tapi saya derhakakan sedikit sebab selalunya resepi orang putih ni memang tinggi kandungan gulanya. Kebetulan ada lebihan stok cornflakes dalam pantri saya masukkan juga dalam resepi ini serta sedikit serbuk koko dan juga susu. Alhamdulillah, sedap dan moist kejadiannya, serta tidak terlalu manis.


Butterless Choc Chip Cookies
Resepi Asal: Nika the Mad Baker
Diolah semula: Marsita
 
Bahan:

2 ½ cwn tepung *
2 tbsp serbuk koko * - saya tambah
1 tsp baking soda *
1/2 tsp baking powder*
1/2 tsp garam *
1 cup minyak sayuran
1  cwn gula perang - resepi asal 1 1/2 cwn
1/2 cup white sugar
2 tbsp susu penuh krim - saya tambah
2 bj telur gred A
1 tsp vanilla extract
1 tsp almond extract
1 cwn semi-sweet chocolate chips - resepi asal 2 cwn
1 cwn cornflakes – hancurkan sedikit - saya tambah

Cara:

Panaskan oven pada suhu 170 Celcius.
Campurkan bahan * dan ketepikan.
Dengan menggunakan mixer pukul gula bersama minyak sayuran hingga berkrim. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul lagi hingga kembang. Masukkan susu penuh krim. Masukkan esen vanilla dan extrak almond, pukul hingga sebati.
Masukkan bahan *  dan kaup-balik sehingga sebati. Masukkan chocholate chip dan cornflakes dan gaul hingga sebati.
Sudukan ke atas dulang pembakar yang telah digris dengan mentega.
Bakar selama  8-10 minit. Sejukkan di atas dulang sebelum alihkan ke atas redai.



Selamat Mencuba!
 

1 comment:

Terimakasih atas komen yang segar