Quick and Easy Mixed Salad

Wednesday, October 01, 2014



Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Saya ni memang penggemar tegar apa juga jenis salad sayuran, kerabu dan apa juga resepi berasaskan sayuran yang seangkatan dengannya yang ada rasa 3M di dalamnya iaitu masam, manis, masin serta sedikit pedas. Kalau makan, tak sedar habis semangkuk. Nak-nak kalau yang pedas lagilah makan tak ingat. Akhir-akhir ni saya teruja mencuba pelbagai jenis resepi salad ala-ala Melayu dan Cina seperti Yong Tau Fu, Sotong KangkungPecal serta Kerabu Mangga . 
Puas betul hati bila buat sendiri, dah tu kena pulak dengan selera. Memang tak payah nak cari kedai dah kalau nak makan. Mix salad ni memang selalulah buat terutamanya di hujung-hujung minggu sebab kami jarang makan nasi waktu tengahari. Nasi selalunya di malam hari aje, tu pun sebelum pukul 6.30 petang. Jadi salad adalah di antara yang kerap dijamah. Selalunya salad yang dicampur dengan grilled chicken macam Di Sini. Kadang-kadang yang letak mayo macam Di Sini. Apa-apa stail pun semuanya kami suka, cuma sejak akhir-akhir ni saya lebih suka buat dressing yang ringan yang guna EVOO (Extra Virgin Olive Oil) tanpa mayo.

Dalam perancangan selepas ni nak mencuba salad India iaitu Pasembor pulak...memang renyah sikit nak buat tapi In Sha Allah kalau ada kerajinan akan dicuba jugak. Faktor yang menentukan kesedapan salad ni bergantung kepada kuah atau dressing nya. Jadi tak kiralah apa saja jenis salad samada yang ala-ala Cina, Melayu atau India waima Barat sekali pun yang penting dressing atau kuahnya.

Okaylah membebel aje kan, terus aje ke resepi Quick and Easy Mixed Salad saya ni.

Quick & Easy Mixed Salad
Print Recipe

Bahan untuk Salad:

6-7 helai salad - koyak-koyakkan
1 bj tomato- - hiris ikut suka
3-4 kuntum brokolli - rebus dan toskan, potong kecil
1/4 cwn kacang walnut atau apa saja kacang yang disukai - panggang dan cincang kasar
Sedikit kismis
4-5 bj buah zaitun jeruk - belah 2
1 bj bwh merah - hiris
1 bj cili padi - cincang (optional)

Campurkan semua bahan kecuali kacang dalam mangkuk salad. Ketepikan

Bahan untuk dressing:

4 sdb minyak zaitun (Extra Virgin Olive Oil)
2 sdb jus lemon
2 sdb jus epal cider
2 sd madu
Secubit garam
1/2 sdt serbuk lada hitam

Campurkan semua bahan dan kacau menggunakan whisk hingga sebati. Seimbangkan rasa, rasanya perlu ada masam, masin dan sedikit manis. Tuang ke dalam salad tadi dan gaulkan. Taburkan kekacang. Sedia dihidang. Sesuai dimakan begitu saja atau sebagai side dish.

Selamat mencuba!

1 comment:

  1. saya pn suka dressing yg simple.. kekdg lemon juice, myk zaiton dan cili flakes pn dah cukp ..

    ReplyDelete

Terimakasih atas komen yang segar

 
copywrite@2015 MyMintroomDESIGNER BLOGS