Yong Tau Fu

Monday, May 12, 2014



Assalamualaikum & Salam Sejahtera, 

Ni entri tertunggak, baru kali ni ada masa nak up-date. Yong Tau Fu aka Stuff Bean Curd merupakan makanan yang berasal dari kalangan masyarakat Hakka. Bahan utamanya tofu yang disumbat dengan ikan atau daging hancur dan dihidangkan bersama sup. Tapi makanan ini melalui pelbagai perubahan rasa dan cara penyediaan apabila ianya turut digemari oleh masyarakat Melayu termasuklah mencampurkan sayur kangkung.

Versi yang paling sesuai dengan selera saya adalah versi ini yang saya perolehi resepinya dari blog Tun Telani. Sejak itu saya mula jatuh cinta dengan resepi ini yang bukan saja mudah disediakan tetapi juga sedap. Malah turut digemari oleh anak dan suami. Nampaknya, tak perlu lagi kami mencari di pasar malam bila-bila teringin nak makan YTF.

Saya kongsikan resepinya di sini. Saya ada buat sedikit penambahan mengikut citarasa saya dan keluarga.


Yong Tau Fu
Sumber : Tun Telani
Bahan-bahan ( 5-6 orang )
10 tangkai cili kering - kalau nak lebih pedas boleh tambah
Gula melaka atau kurozato - yg ni anggaran kita 3 atau 4 sudu besar gula melaka yg dah dihancurkan
bijan goreng secukupnya
gula(kalau kurang manis) - Lebih kurang 1/2 sudu besar - saya tak letak
1 s.k garam
3 cm belacan- Belacan ni kita blend sekali dgn lada kering yg dah digoreng td
300 ml air
1 sudu besar minyak
1 1/2 s.b tepung jagung dibancuh dgn 50 ml air - yg ni terpulang kepada kepekatan yg dikehendaki
sedikit ajinomoto - saya tak letak
1 sk sos tiram - tun tambah
1 sb kicap manis- tun tambah
1 sb kicap pekat masin - saya tambah
1 sb pes otak udang - saya tambah

Cara-cara

Masukkan minyak dalam kuali. Goreng cili kering sehingga garing dengan api yang kecil.
Setelah garing, angkat dan blend cili kering dgn sedikit air dan bahan2 lain.
Panaskan air bersama gula melaka. Masukkan cili yang telah dikisar tadi dan juga belacan.
Setelah mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
Akhir sekali masukkan sesudu kecil minyak zaitun supaya kuah nampak cantik dan berkilat.
Masukkan garam, ajinomoto dan gula (jika gula melaka kurang manis).
Masukkan bijan goreng dan siap untuk dihidang bersama chikuwa, kanikama dan lain-lain.
Untuk sup, boleh rebus kiub ayam, halia dan sedikit garam. Boleh celur bahan2 yong tau fu dlm sup ni juga. (Saya tak buat sop sebab lebih suka makan dgn kuah tau fu tu aje )

Selamat Mencuba!

1 comment:

Terimakasih atas komen yang segar

 
copywrite@2015 MyMintroomDESIGNER BLOGS