Thursday, November 15, 2012

Chicken Salad rasa kita...



Assalamualaikum & Salam Sejahtera,  

Selamat Tahun Baru sekali lagi saya ucapkan buat rakan-rakan semua. Dah makan ke belum? Tentu dah rasanya kan. Selalunya kalau hari cuti begini kalau namanya bukan berada di kampung, cuma lepak dirumah, maka tengahari selalunya jamah yang ringkas saja.

Minggu lepas pun saya buat salad ni tapi Cik Suami tak puas makan...jadi minggu ni saya buat lagi. Sebab apa saya kata Chicken Salad rasa kita sebab saya letak beberapa tangkai cili padi untuk menambah umph nya.:)


Chicken Salad
Olahan: mymintroom

Bahan:

Seketul dada ayam 
Daun salad secukupnya
1/2 biji timun - hiris memanjang
1 biji tomato - belah 6 @ potong dadu jika suka
Setengah biji bawang besar - hiris nipis
Segenggam kacang tanah - panggang dan tumbuk/cincang kasar
2 sudu besar raisin

Bahan untuk Salad Dressing: 

1/4 cawan sos thousand island
1/4 cawan mayonnaise
1/2 sdt serbuk cayenne pepper
Secubit garam
3 tangkai cili padi - hiris
1 sdt jus lemon

Untuk salad dressing, campur semua bahan di atas kecuali jus lemon dan kacau. Bila sebati masukkan jus lemon dan kacau sedikit. Ketepikan.
 
Cara menyediakan Chicken Salad:

Gaul dada ayam dengan sedikit garam serta serbuk lada hitam dan goreng dengan minyak sedikit saja. Goreng sehingga daging masak, tak perlu garing sangat. Bila ayam dah masak biarkan sebentar sebelum dipotong dadu. Campurkan semua sayur, bawang, kacang dan raisin ke dalam mangkuk salad. Masukkan ayam yang telah dipotong. Gaulkan bersama salad dressing. Sedia untuk dinikmati.


Wassalam...

9 comments:

  1. salam syg kak mar,
    kita lom mkn lg nie..cuma mkn kentang goreng..malas btl nk masak..time2 cuti nie rasa nk baring2 jew..h ehhee..patutlh suami akk x puas mkn..tgk pun dh tau sedapp nie..klu kasi kt zila sure x cukup:)

    ReplyDelete
  2. Salam Maal Hijrah Marsita.
    Suka salad sayur gini....meratah pun sedap.

    ReplyDelete
  3. salam maal hijrah...
    betul tu.... sedap di ratah ni...

    ReplyDelete
  4. salam rindu Zila,
    mmg marvelous chicken salad ni...semua zat dan mineral ada...mood cuti lagi lah tew baring2 sambil makan kentang goreng.

    ReplyDelete
  5. Salam Maal Hijrah Mama, mmg sedap ratah sayur cam ni sekali sekala.

    ReplyDelete
  6. slm Maal Hijrah kak...

    wahhh diet ye.... salad tu bukan saje sedap malah menyihatkan serta mengeyangkan :)

    ReplyDelete
  7. menu diet ni..
    like sangat...

    ReplyDelete
  8. owww...menu diet, cantik, cantik..

    ReplyDelete

Terimakasih atas komen yang segar