Pizza @ Home

Friday, June 29, 2012

Hari ni hari kedua puasa...semalam menu mee kuah & sahur pulak ngan nasi lemak. Apalak menu berbuka hari ni ek? Pasta sos balance buat spagetti hari tu dok ada dalam freezer dah 2 minggu. Bayam & terung yang di beli 2 hari lepas tak tahu nak buat apa. So rasanya nak buat pizza lah hari ni. Pagi tadi gi Maidin do some groceries and grab myself some cheese, a packet of mushroom, few tomatoes & yeast for the doh.
Walah...for $21 budget we had 2 pizzas for dinner...pizza chicken-mushroom and bayam-terung plus I can clear the fridge...


Pizza bayam + terung &  tomato (saya goreng je terung ni bersama bawang putih hingga caramalize lepas tu baru masukkan bayam, garam secukup rasa, then baru letak uuntuk topping pizza)


Pizza ayam-cendawan, yang ni Kiki perabih sorang...kami tak rasa pun...

Goreng dulu cendawan + bawang putih , garam secukup rasa, lepas tu masukkan hirisan ayam, baru letak pada pizza untuk topping)

Makan sekeping untuk berbuka pun dah full sebab toping banyak..

Di sini disertakan resepi yang saya gunakan untuk doh.
Ingredients:
• 1 envelope active dry yeast
• 1 cup warm water, 110° F.
• 1 1/2 teaspoons sugar
• 2 ¼ to 2 1/2 cups all-purpose flour
• 2 tablespoons olive oil
• 1 teaspoon salt
Preparation:
1)Put warm water in a cup; sprinkle yeast over water and stir in sugar; let stand for about 10 minutes, or until it begins to bubble.
2)Combine 2 1/4 cups flour and salt in a large bowl; pour in oil and yeast mixture and stir until a stiff dough is formed. Turn dough out onto a floured surface; knead about 5 minutes, or until smooth and elastic. Add extra flour as needed to keep from sticking to hands and board.
3)Place in a large bowl greased with shortening or butter; turn dough over to coat the dough well. Cover with towel and let rise in a warm place for about 30 minutes. Dough should double in bulk. Punch down the dough and shape to fit a lightly greased pizza pan which as been sprinkled lightly with cornmeal. Keep dough slightly thick around the edges. Fill with favorite filling and toppings and bake for about 15 to 20 minutes at 200°C.

Kalau nak resepi sos pizza di sini juga ada. Tapi masa Mint Room buat pizza ni dia gunakan lebihan sos spaggeti...anda boleh guna pelbagai ramuan untuk topping nya tapi yang Mint Room buat ni topping cendawan & seafood...tapi jangan lupa cheese...cannot do pizza without cheese.

Pizza Sauce Recipe
Ingredients:
• 1 clove garlic, mashed and minced
• 1 teaspoon salt
• 1 can (6 ounces) tomato paste
• 1 can (8 ounces) tomato sauce
• 1/2 teaspoon sugar
• 1/8 teaspoon pepper
• 1/2 teaspoon oregano
• 1 tablespoon olive oil
• dash red pepper, optional
Preparation:
Combine all ingredients. Makes about 1 1/2 cups, enough for 2 pizzas.

Menu buka puasa hari ni...jom...

Thursday, June 28, 2012



Kita puasa hari ni...emm baru nak start ganti...menu berbuka..mee kuah, kuih talam gula merah & buah2.
Jemput makan....

Sports Ready to watch Spain vs Por (Euro 2012 Semi Finals)

Kacang kuda and drinks ready & I am ready...lets watch football!!


Hujan sudah....







Syukur dengan limpahan & kurnianNya...

Sajak nukilan Tun Dr Mahathir Mohammed

Wednesday, June 27, 2012

Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya dipijak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya retak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya teriak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya haprak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kelas dua
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya hina
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya sengketa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya derita
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kerdil
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya terpencil
Melayu mudah lupa
Tiada daulat
Tiada maruah
Tiada bebas
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Sejarah bangsanya yang lena
Tanah lahirnya yang merekah berdarah
Ingatlah
Ingatlah
Ingatlah
Wahai bangsaku
Jangan mudah lupa lagi
Kerana perjuanganmu belum selesai…

Jemput makan....

Tuesday, June 26, 2012

Dinner hari ni kita buat nasi lemak berlauk ayam panggang rempah & sambal....Resepi sambal and ayam goreng rempah ada kat page resepi...Jemput makan..



Hi Tea @ Kundang

Monday, June 25, 2012

Sabtu lepas ( June 23rd.) kami ke Kundang, Sg Buloh, Selangor atas jemputan majlis minum petang abang iparku yang sulong meraikan anaknya yang nak berangkat ke UK untuk sambung belajar. Main course nya kambing panggang. nah tu dia...Lain-lain menu daging masak hitam, beehun singapore, beehun sop, pulut & kuah durian, roti jala, kuih muih & ais kacang.
Sampai dari Ipoh <> 3.15 pm En Khalid kita terus je hadap kambing panggang ni. Macam lepas kan gian sebab lama tak barbeque.

Semangat...semangat....kambing luaq negeri...
 
Dah masak ...boleh start potong...


Dah hampir licin daging kambing ni kena potong...
Abang ipar sibuk menyediakan juadah..
Adikku Jimie ngan anak dia Daniel pun datang join.. Daniel seronok tengok kambing panggang.


Kiki & sepupu dia Hadi in charge bahagian ais kacang, dah penat, buat untuk sendiri lak..

Dah tinggal tulang...


Kami bertolak balik jam 12.30am & selamat sampai di Ipoh 2.20am...sempat le nengok Euro Spain vs France...kita tak nengok le...hubby je tengok..

Pizza - Take over

Friday, June 22, 2012

 Malam tadi kami sekeluarga went out for some banking matters and terus dinner sekali. Kami tanya Kiki nak makan kat mana. Dia kata nak makan Pizza. Well, okay Pizza it is. So I bagi suggestion to go to Pizza Hut kat stesen minyak Petronas di Klebang sebab dah boring gi Jusco. Surprisingly jumpa lak ngan ex-office mate, apa lagi sembang lah jap sambil dig out some info on what's news.

We are having Pizza's new menu...okay lah jugak cuma a bit salty...lupa apa nama menunya...kami bedal je.

So bila nak bayar kat kaunter, adalah mamat ni tengah make an order. Kita tengok muka dia, agak kelakar and selamba, macam poker face pun ada. Dia nak order bawa balik. Tapi yang kita tak tahan nak ketawa bila...cashier/waiter tu tanya, nak makan sini ke?, mamat tu dengan 110% confidentnya menjawap instead of saying "take away", dia boleh kata " No, take over". Cashier tu tersenyum simpul and kita pun terus pandang arah lain sebab tak tahan nak ketawa. Lepas tu masa ambik order, pizza tu ada 2 jenis ; ayam ngan daging, cashier tu tanya lagi nak order yang ayam ke daging?...Dia boleh jawap, campur dua-dua...mak aii mana boleh campur dua-dua dik oii, cashier tu dah naik boring lak sebab orang dok queue tunggu dia. Adoyaiii...
Ish, tak baik kan...tapi nak buat cam mana, kita bukan sengaja nak ketawa tapi kalau korang kat situ mesti korang pun mesti nak ketawa pecah perut nak-nak tengok muka selamba der dia tu.

Masuk keta terus criter kat hubby...emmm dia pun gelak...Kiki tak ambik pot pun sebab as usual dia asyik ngan K pop kat MP3 yang melekat kat telinga dia tu.

Itu je la nak kongsi...

Thursday, June 21, 2012

Seven Life Lessons


You don’t need to travel hundreds of miles or spend thousands of dollars to find a great life coach. In fact, you can find some of the best life coaches in the world much closer to home than you may think…
Who are these expert life coaches?
The expert life coaches  are – Children!
Children come into the world with a positive ‘can-do’ mindset that we as adults can learn a lot from.  7 life lessons we can learn from children.
Live In The Moment
It never ceases to amaze how quickly children can make the transition from being upset to being happy. Underlying these instantaneous mood swings is the ability to truly live in the moment. Children don’t spend hours reflecting on the past or worrying about the future. They live life as it happens.
As adults we often carry emotional baggage from our previous experiences as well as fears for our future. It’s little wonder that we struggle to enjoy each moment simply for what it is.
Give Yourself Time To Learn
One of the major differences between young students and adult students was that the children gave themselves time to learn.
When they made a mistake, they simply laughed and moved on. The adult students on the other hand, often got worried and frustrated by their mistakes and berated themselves for not being perfect.
Children understand that it takes time to become good at something and they know that making mistakes is part of the learning process.
Believe Anything Is Possible
This is an area in which children easily out do most adults. Children truly believe that anything is possible, belief is the secret ingredient for achieving success in every area of your life.
Laugh Out Loud
One of the things children enjoy more than anything else is to laugh and giggle. Some of my happiest memories are of laughing to the point of tears with your child is over some silly incident or comment.
For some reason, as we grow older we seem to repress our sense of fun in preference for something called ‘maturity’. Personally, just rather laugh out loud!
Don’t Be Afraid To Love
Children are much more likely to say, "I love you" than most adults. They do not think about or analyse the long term consequences of making this statement. When they feel a sense of love for someone, they simply let them know.
Forgive Quickly And Completely
Children rarely carry a grudge for very long. They may get angry or upset but when they forgive someone, they do it quickly and completely. Adults on the other hand are quite capable of carrying a grudge for many years and even when they do forgive someone, it is often a case of, "I’ll forgive but I’ll never forget!"
Never Lose Your Sense Of Wonder
Children don’t take the world around them for granted. They possess a wonderful sense of curiosity and fun.

Action Steps:
This week, take a break from the pressures of being an adult and use the seven life lessons above to reconnect with your inner child.

From source...
 Hukum meletak sesuatu yang berunsur patung dalam kenderaan.

Bolehkah kita meletakkan sesuatu yang berunsur patung di dalam kenderaan? (bukan untuk tujuan permainan, tetapi perhiasan). Contohnya: key chain yang ada patung kangaroo, patung koala dan sebagainya.

Jawapannya:

Patung atau anak patung adalah objek yang sinonim dengan kanak-kanak bahkan orang dewasa samada lelaki mahupun perempuan turut menggemarinya. Bahkan menjadi satu ‘kekurangan’ apabila sebahagian daripada kita tidak mampu tidur tanpa memeluk dan menyentuh anak patung ini. Lantas kerana kesukaan dan minat yang mendalam ini, kita meletakannya dalam rumah sebagai hiasan dan kadang-kadangn menjadi objek kenang-kenangan hasil pemberian sahabat karib dan rakan taulan yang mempunyai signifikan tersendiri.

Memperkatakan tentang patung dan anak patung ini, beberapa ulama terkenal dunia masakini mempunyai pandangan masing-masing berhubung patung dan anak patung ini. Antara ulama tersohor adalah Prof. Dr. Yusuf al-Qaradawi, Syeikh Jaadal Haq Ali Jadal Haq dan Syeikh ‘Atiah al- Saqr.

Mengenai hukum orang Islam memiliki patung, al-Qaradawi di dalam “Fatawa Muasirah” berkata Islam sememangnya mengharamkannya, sama ada patung tersebut berbentuk manusia mahupun patung berbentuk haiwan atau binatang-binatang. Pengharaman itu menjadi lebih kuat jika patung itu merupakan makhluk yang disanjung tinggi seperti raja, nabi sepertimana Nabi Isa a.s. di kalangan orang Kristian dan lembu di kalangan orang Hindu.

Menurut beliau,terdapat satu jenis patung saja yang diharuskan dalam Islam untuk dimiliki, iaitu patung atau anak patung berbentuk mainan anak-anak. Ini berdasarkan kepada sebuah hadith Rasulullah SAW. yang menceritakan bahawa isteri baginda yang masih kecil, Saydatina Aisyah RA cenderung dan suka bermain patung.

Selain daripada itu Syeikh Gadul Haq, Bekas Syeikh al-Azhar, mengutarakan pendapat yang sama dengan Dr. Yusuff al-Qaradawi yang mana beliau membenarkan patung untuk pendidikan seperti patung mainan anak-anak dan berpendapat harus hukumnya bagi patung separuh tubuh dan mudah rosak yang diperbuatkan daripada tepung (atau bahan-bahan lembut spt plastesin dll).

Syeikh ‘Atayyah al-Saqr dalam fatwanya, pula berpendapat bahawa patung dan anak patung bagi tujuan permainan kanak-kanak, patung cepat rosak dan patung separuh badan adalah dibenarkan.

Menurut Syeikh ‘Atayyah al-Saqr lagi, Imam Malik berpendapat harus hukumnya memiliki patung yang lengkap seperti seorang manusia, tetapi dengan syarat ia berlubang walaupun sangat kecil. (untuk mencacatkannya) . Manakala Imam Abu Hanifah dan Imam Ahmad mengenakan syarat patung lengkap itu mesti mempunyai lubang yang besar. Ini termasuk juga patung mannequin yang digunakan untuk mempamerkan pakaian di butik-butik dan gedung-gedung pakaian.

Secara dasarnya, ulama bersepakat bahawa patung dianggap harus jika ada faedah seperti untuk mainan anak-anak dan dan dianggap haram jika digunakan untuk penyembahan.

Merujuk juga kepada fatwa Negeri Kedah Darul Aman; Mengukir/membuat patung –patung manusia dan binatang adalah haram kecuali untuk permainan kanak-kanak atau bagi tujuan pendidikan , pembelajaran atau pengetahuan. Pekerjaan membuat patung mainan dan pendidikan adalah harus pada syarak.

Dr. Yusoff al-Qardhawi sekali lagi dalam Bukunya Halal dan Haram Dalam Islam menyebutkan bahawa Islam mengharamkan dalam rumahtangga Islam meliputi masalah patung. Sebab adanya patung dalam suatu rumah, menyebabkan Malaikat akan jauh dari rumah itu, padahal Malaikat akan membawa rahmat dan keredhaan daripada Allah SWT untuk isi rumah tersebut.

Dalam hal ini Rasulullah s.a.w. pernah bersabda:

"Sesungguhnya Malaikat tidak akan masuk suatu rumah yang di dalamnya ada patung." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Ulama-ulama berkata: Malaikat tidak akan memasuki rumah yang terdapat patung, karena pemiliknya itu menyerupai sifat orang kafir, di mana pada kebiasaannya mereka akan meletakkan patung dalam rumah-rumah mereka untuk diagung dan disembah.

Sabda Rasulullah s.a.w.:

"Sesungguhnya orang yang paling berat siksaannya nanti di hari kiamat, yaitu orang-orang yang menggambar gambar-gambar ini. Dalam satu riwayat dikatakan: Orang-orang yang menandingi ciptaan Allah." (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dan Rasulullah SAW menjelaskan dengan terperinci dalam sebuah hadithnya:

"Barangsiapa yang membuat gambar (patung), nanti pada hari kiamat dia akan dipaksa untuk meniupkan roh padanya; padahal dia selamanya tidak akan mampu meniupkan roh itu." (Riwayat Bukhari)

Sumber dari,


Ustaz Mohamad Shukry Sulaiman
Ahli Panel MUIS
http://qawanitadanperkahwinan.blogspot.com

Exercise,What's Cooking? & Euro Fever

Tuesday, June 19, 2012

Exercise ohh exercise.....
Pagi ni resume balik aerobik after few days stop. At least dapat achieved target minimum half and hour, 4x a week kira okay lah kan for Lupus patient macam kita. Thanks to Achik sebab susah-susah dapatkan aerobik DVD mainly tailored for person like me. Berat makin naik ni...nak kata sebab makan ...takkan kot. Pagi breakfast ngan oat, lunch very light either roti or coffee with crackers, dinner pulak makan nasi yang tak de kanji. So it must be the Predni lah tu. Bila lah nak boleh stop ubat ni. Anyway, I just need to continue with the exercise persistently sebab bukan saja baik untuk kesihatan tapi good for the strength of my joints jugak besides keeping me fit, right? Bila dah tak keja ni dah lah otak tu tak berapa nak aktif tapi badan kena cergas kan?


What's Cooking?
While typing ni kepala dok putar fikir pasal apa nak prepare for Kiki's lunch. Pagi tadi  before heading for school dia siap tanya dah , mak, what's for lunch, itu soalan biasa dia untuk mencetuskan otak mak dia. Lepas tu bila dah lunch dia akan tanya...what's for dinner and after dinner, so what's for breakfast tomorrow? Wooo, pening wo. And I thought full time house wife is relaxing... So pagi tadi bila kita jawap, Kiki makan left overs spagetti from y'day dinner boleh? Dia geleng pulak. Emm, since pasta noodles still ada balance...I will just modify it jadi fried pasta.

And the balance pasta sauce will go to the freezer and will turn it to Pizza sauce for the next few days. Kena cari ibu roti lah pulak for the doh.  Back to the pasta noodles turn to mee goreng...Kiki selalu nya tak banyak kerenah, dia akan makan je janji perut dia kenyang. Lagi pun kat sekolah dia tak makan during recess so he's gonna be very hungry by the time he reaches home and just eat whatever available.




Nampak tu dia refill fried pasta.... nampak tangan dia je.

Malam ni masak kari ikan je for dinner.


Dessert malam tadi (apple crumble) pun ada lagi, so siaran ulangan lah nampaknya for dessert tonite.



Euro Cup Fever
Kita bukan lah kaki bola...tapi since dua-dua gents yang ada kat rumah ni minat bola and all they talk about is football jer these few weeks jadi kita pun terpaksa lah follow gak. Team yang kita sokong ialah German sebab kita cukup minat ngan Ozil tu, mata dia besar macam mata kita gak. Boleh nampak bird's eye view tu sebab dia boleh main untuk Real Madrid. Rasa-rasanya German boleh ke final tak? Kita target German jumpa Spain 2 July nanti di Final. Kita pun tak de lah nak tunggu 2.45 pagi untuk tengok live...cuma tengok repeat je the next day. But for the final nanti, Insyaallah kita akan tengok live tak kira lah apa team pun yang ke Final.

Okay nak gi tengok Spain Vs Crotia (repeat game) sambil potong cabai kering.

K Pop

Monday, June 18, 2012

Kiki starts to have interest in K pop about  2 years back. Dia started dengan Beast...surprisingly when my hubby and me listen to the songs...it's kinda nice jugak. And then sikit-sikit dia kembangkan minat dia ke kumpulan Suju pulak. Nak nak pulak lepas kami subscribe channel 393..lepas tu nearly all K pop singers and group dia tahu.. tak kiralah group tu lelaki ke pompuan. Emblac, Big Bang, Sistar, GG, entah apa-apa lagi lah. Yang pastinya my hubby and me tetap confuse ngan K pop ni yang mana satu sebab muka dia orang lebih kurang je. Size badan pun sama. Erg!!! Penangan plastic surg*** lah tu.

Tapi yang shioknyya...sejak mak dia ( saya lah tu, alah.., si author  Mint Room tu....) jadi full time house wife ni dah terikut lak suka ngan drama Korea, tu belum masuk ngan Running man , Star King & Strong Heart. Drama yang mak dia paling suka Luv You 1000 Times..sebenar nya sejak zaman demam Winter Sonata dah lama dah tak follow apa-apa drama bersiri tambah-tambah yang Korea. Tapi ntah macamana satu hari tu ter try pulak tengok drama ni, rasanya episod 5 kot...ishh syiok pulak criter dia walaupun bukan lah latest drama pun...tahun 2009 punya drama...(agak jauh ketinggalan jugak lah aku ni). Kisah dia .., menarik..kalau nak tahu sinopsisnya google lah sendiri http://wiki.d-addicts.com/Loving_You_a_Thousand_Times... Rasanya ramai yang tahu kot...Yang mak dia suka bukan apa...sebab actor yang berlakon dalam drama ni macam kena je pelakon tu ngan watak @ karaktor yang di bawa. Saja je tak nak tengok dari ternet criter ni sebab nak timbul kan suspen kat diri sendiri. 
Lepas tu mak dia dok follow lak Rooftop Prince tu, sebenarnya Kiki yang dok follow tapi sebab mak dia terjoin, lalu tersuka lak ngan criter dia abih tu kena lah follow gak sampai abih.
Emm, pas ni tak tahu lah drama apa lak aku nak follow...


Jumpa Doktor June 13

Thursday, June 14, 2012

Semalam jumpa doctor for regular check up. Urine test okay, protin negative.
Kolestrol pun under control. Continue with 2 predni/day.

Thouch up sikit...

Salam, buat sikit touch up kat blog yang dah agak "bersawang" ni. Tukar title..mint maksudnya segar seperti meant leaves...mint room tu maksudnya blog yg sentiasa segar macam bau mint...hopefully...
 
copywrite@2015 MyMintroomDESIGNER BLOGS