Showing posts with label MENU. Show all posts
Showing posts with label MENU. Show all posts

Ayam Cili Kering (stir fry)

Wednesday, August 20, 2014



Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Jika anda seorang isteri yang bekerjaya, tak punya banyak masa serta perlukan resepi yang ringkas untuk disediakan buat keluarga tercinta, resepi ini untuk anda. Pertama kali saya mencuba resepi ini terus menjadi kegemaran kami sekeluarga. Sudah beberapa kali saya menyediakan menu ini dengan menggunakan bahan yang berbeza iaitu dengan isi ayam, daging dan ayam "drummet", tetap memuaskan selera kami. Kalau suka boleh juga dengan udang, sotong, isi ikan dan juga ketam. Memang sangat sedap. Sangat-sangat fleksibel.

Resepi asal yang saya perolehi hasil perkongsian dari rakan FB ini hanya menggunakan isi ayam sebagai bahan utama, tapi saya telah olah kembali dengan mencampurkan sedikit sayuran yang bersesuaian. Apalagi, jom semak resepinya.


Ayam Masak Cili Kering (stir fry)
Print Recipe 
Sumber: rakan FB
Olahan: Marsita

Bahan:

300g isi ayam - hiris (perapkan isi ayam dengan kicap pekat  
dan serbuk kunyit)

Sementara itu kita sediakan bahan lain.

Bahan lain:

5-6 batang kacang buncis atau kacang panjang - potong serong
1 btg lobak merah - kerat setengah dan hiris kasar
( atau boleh letak apa2 sayur yg sesuai yang anda suka seperti terong)
, bendi, kobis dan sebagainya asalkan jangan sayur yang berdaun, tak sesuai)

6 ulas bawang putih ketuk dan dicincang halus
10 tangkai cili kering di gunting , basuh dan toskan
1 labu bawang besar dibelah 4 dan dileraikan dari kelopaknya
3 sudu cili serbuk apa-apa jenama yg disukai
3 sudu besar cili sos

1 sudu besar sos tiram - optional

Cara:


Untuk menggoreng (stir fry) minyak secukupnya sahaja dan api kena cukup panas serta kuali yang melengkung dan agak nipis. 

Bila minyak dah cukup panas, masukkan ayam tadi, balik-balikkan sehingga luarnya garing sedikit. Jangan lama sgt ye, nanti isi dalamyanya kering, tak sedap. Angkat dan ketepikan. Goeng pula sayur lobak dan kacang buncis tadi. Tak perlu lama sangat kalau suka yang crunchy. Angkat dan ketepikan.

Ambil minyak lebihan ayam tadi goreng bawang putih sampai wangi jgn sampai hangus nanti lauk jadi pahit, masukkan cili kering, goreng sampai garing.  Terus sederhanakan api dan masukkan cili serbuk kacau dan masukkan sedikit air. Masukkan pula sos cili kacau sebentar, masukkan ayam, sayuran dan bawang besar. Sesuaikan rasa mengikut selera anda.

Rasanya pedas-pedas manis. Nyum-nyum. Boleh makan dengan nasi panas-panas.
Kalau nak tahu betapa fleksiblenya resepi ni. Kalau tambah serai, cili api, daun limau purut dan jus limau, boleh jadi lauk untuk nasi paprik.

Nota: Kalau nak gunakan daging dan daging tu jenis yang liat, rebus dulu hingga empok, toskan, perap dgn kicap & kunyit baru goreng. Air rebusan tu boleh gunakan semasa memasak gantikan dengan air biasa.

Selamat Mencuba!

Rosemary-Thyme Blackpepper Stir Fry Chicken

Friday, May 30, 2014



Assalamualaikum & Salam Sejahtera, 

Resepi ini memang resepi campak-campak aje. Masa tu masuk dapur memang tak tahu nak masak apa untuk makan malam. Yang ada dalam freezer memang cuma dua ketul dada ayam. Maklumlah dah hujung-hujung. Maksudnya esoknya baru nak ke pasar tambah stok. Jadi apa yang ada sajalah kan.
  
Sambil hiris dada ayam ni nipis-nipis, kepala dok fikir apa yang nak di buat dengan dada ayam ni.
Akhirnya timbul idea nak gabungkan tiga-tiga bahan ni untuk dijadikan lauk maka jadilah ia yang saya panggil Rosemary-Thyme Blackpepper Stir Fry Chicken.

En. HB dan anak pun suka dengan rasanya.

Rosemary-Thyme Blackpepper Stir Fry Chicken
Olahan: Marsita
Print Recipe 

Bahan:

2 ketul besar dada ayam – hiris, basuh dan tos keringkan airnya
*1 tangkai Rosemary – biarkan dgn tangkainya sekali
*1 tangkai Thyme -– biarkan dgn tangkainya sekali
(kalau x ada yg fresh, guna yang dry)
Sedikit serbuk kunyit
*3 ulas bwg kecil – hiris 
*2 ulas bwg putih – cincang halus
*1/2 ibujari halia – hiris
1 sb lada hitam – kisar halus
1 sb sos tiram
1 sb sos lada hitam
Garam secukupnya
Minyak masak secukupnya

Cara:

Gaulkan ayam dengan sedikit serbuk kunyit, setengah sudu besar lada hitam dan
garam secukupnya. Goreng sebentar dengan api yang sederhana besar hingga ayam sedikit garing diluarnya. Keluarkan ayam, toskan minyaknya dan ketepikan. Dengan lebihan minyak dalam kuali (kalau banyak kurangkan sedikit minyak tu), tumis bahan  bertanda * hingga naik bau. Masukkan ayam tadi. Masukkan juga sos-sos dan lada hitam yang dikisar. Balik-balikkan hingga bergaul rata. Masukkan bawang besar dan teruskan masak hingga layu sedikit.  Hidangkan dengan taburan Rosemary dan thyme.

Selamat Mencuba!

Masak apa hari ni?

Tuesday, January 15, 2013


Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Dah sarapan ke belum? Tengah mengemas rumah sambil dengar radio? Biasalah bagi seorang suri rumah. Sambil melayan halwa telinga, letih dek kerja rumah yang tak pernah selesai pun  tak terasa sangat kan?

Hari ni kita layan sikit lauk makan malam saya semalam. Tiada yang istimewa, ringkas sahaja cuma Gulai Pisang Muda dan Siakap Tiga Rasa. 

Kalau saya masak apa-apa saja gulai yang berasaskan buah tak kiralah buah pisang, betik atau labu, saya mesti teringat pada adik yang bongsu. Ada cerita di sebaliknya. Masa adik masih bersekolah dulu,  arwah mak masak lauk gulai betik muda. Adik saya tak pernah tengok arwah mak masak lauk betik muda. Bila dia nampak lauk tu terhidang atas meja bila balik dari sekolah, dia pun tanya "Lauk apa ni mak?" Arwah mak pun jawablah gulai betik. Adik saya tanya lagi, "Kenapa mak masak buah?" Arwah mak pun tersenyum lalu menyuruh adik cepat-cepat makan, "Banyak pulak soalnya," kata arwah mak lagi.

Bila saya balik, saya tanya pulak pada adik, "Mak masak lauk apa hari ni?" Lalu adik jawab, "Mak, masak buah betik.., tapi sedaplah." :)

Hingga kini saya masih ingat kisah ni..dan bila teringat saya akan tersenyum sendiri...


 Gulai Pisang Muda
Klik! untuk print resepi )
Oleh: mymintroom
Resepi Bonda

Bahan:

10 biji pisang muda  - kupas kulit pisang dan potong dua. Boleh juga ambil kulitnya sekali kalau suka. Kemudian rendamkan pisang dengan air garam sementara menyiapkan bahan-bahan yang lain. Cuci bersih pisang dan toskan.
15 biji cili api - dikisar @ terpulang pada tahap kepedasan yang disukai
5 biji bawang merah - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
1 batang serai - dititik
Segenggam ikan bilis - tumbuk kasar
2 inci kunyit hidup
1 cawan santan pekat
3 cawan air
Garam secukup rasa

Cara :

Masukkan bahan kisar kedalam periuk bersama pisang, ikan bilis dan 3 cawan air.
Masak sehingga pisang lembut
Masukkan santan pekat
Biarkan mendidih sekejap, masukkan garam secukup rasa.
Sedia untuk dihidangkan.


 Ikan Siakap Tiga Rasa
( Klik! untuk print resepi )
Oleh: mymintroom

Bahan:

    1 ekor ikan siakap sederhana besar
    1 SB sos ikan/nampla
    1 SB sos tiram
    2 SB sos cili
    2 SB sos tomato
    2 SB jus limau/lemon
    1 biji tomato- di potong dadu
    1/2 btg timun - dipotong dadu
    sedikit garam dan gula secukup rasa

 Bahan Kisar:

    3 ulas bawang putih
    1 labu bawang besar
    1/2 inci halia
    1/4 cawan cili kisar

Cara:

Ikan di bersihkan, kelarkan sikit, cuci dan toskan. Gaulkan dengan sedikit garam dan kunyit. Goreng garing. Angkat dan toskan, letak dalam pinggan yang akan diguna untuk menghidang.
Tumiskan bahan kisar sehingga terbit minyak. Masukkan semua jenis sos dan gaul rata.
Masukkan sedikit air. Masukkan tomato dan timun yang dipotong dadu. Gaul lagi.
Masukkan sedikit garam dan gula. Perasakan, sekiranya dah cukup masin, masam dan manisnya bolehlah tutup api. Tuangkan kuah sambal ke atas ikan siakap yang telah di goreng tadi.

 Wassalam...

Demam...

Sunday, July 01, 2012

Semalam tak berapa sihat...demam..agaknya sebab bengkak kat pangkal peha (angin), bila nak jalan sakit...
Malam lega sikit dapatlah goreeng mee for dinner. Pagi tadi gi klinik ambik ubat angin..hopefully lega sepenuhnya...


Menu buka puasa hari ni...jom...

Thursday, June 28, 2012



Kita puasa hari ni...emm baru nak start ganti...menu berbuka..mee kuah, kuih talam gula merah & buah2.
Jemput makan....

Jemput makan....

Tuesday, June 26, 2012

Dinner hari ni kita buat nasi lemak berlauk ayam panggang rempah & sambal....Resepi sambal and ayam goreng rempah ada kat page resepi...Jemput makan..



Lama nya....

Friday, April 20, 2012

Salam buat semua, lama betul tak jengah ke blog ni...hari ntah mimpi apa teragak nak jengah sekejap dan kalau rajin nak terus post up-date terkini dan yang dah lepas-lepas tapi tak ada masa nak up load, insyaallah...

Masak Lemak Jantung PIsang....

Sunday, June 05, 2011

Tengahari semalam (Sabtu), buat masak lemak cili api jantung pisang yg kat belakang rumah...punyalah lama tunggu jantung tu sesuai utk di gulaikan...akhirnya...kalau Angah datang mesti boleh rasa sekali...lepas tu panggang kepak ayam, berulamkan terung rebus, timun dan sambal belacan. Ajak anak sedara yng kat Simpang Pulai tu join. Emm..licin. Tak snap gambo sbb lupa. Esok (Ahad) nak gi Jusco sat cari buah2 dan brg makan untuk next week sbb cuti sakit lg seminggu. Seronok lah Kiki...duduk rumah ngan mak dia.

Minggu depan Khamis, staff Achu (16 org) semuanya nak datang lepak kat umah during lunch hr. Tak sabo tunggu Thursday. Nak order Domino Pizza.
 
copywrite@2015 MyMintroomDESIGNER BLOGS