Kek Lapis Cream Cheese

Monday, November 19, 2012



Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Bersua lagi di hari Isnin.  Hujung minggu lepas tentu ada yang menghadiri kenduri kahwin kan. Saya  pun begitu jugak, hari Sabtu saja ada tiga kenduri yang kami hadiri dari kalangan saudara jauh dan juga dekat. Petang Sabtu pulak kami menjemput anak bujang yang sorang tu dari "Khemah Celik Al Quran". Hari Sabtu petang hingga Ahad petang tak ada program jadi bolehlah "outing" sehari. Di kesempatan itu saya sediakan kek ni untuk dibawa bersama,

Dulu pernah buat sekali Di Sini. Saya masih menggunakan resepi yang sama, cuma kali ini saya tak kukus sebaliknya saya bakar menggunakan kaedah "bain marie" yang caranya macam Di Sini.


Mulanya risau jugak sebab selalunya kalau bakar ni resepinya lain sikit berbanding dengan kukus. Saya tak ubah apa-apa pada resepinya tapi Alhamdulillah walaupun menggunakan kaedah "bain marie" pun masih ok kejadiannya dan moist jugak keknya.  Yang tinggal pun sepotong ni untuk posing, yang lain nya saya dah tapau untuk si bujang tu le. Saya kongsikan lagi resepinya di sini ya.

Kek Lapis Cream Cheese

Bahan A ~ Cheese

250 gm cream cheese
60 gm gula halus – ½ cawan
1 biji telur
1 sudu besar air
1 sudu besar tpng gandum

Pukul cream cheese bersama gula hingga sebati.
Masukkan telur diikuti dngn air dan tepung gandum. Pukul lagi dan gaul sebati.
Biarkan sebentar.

Bahan B ~ Kek

2 biji telur
1 cwn gula halus
1 sk vanilla
sedikit garam
1/2 cwn air panas didih
1/2 cwn cwn susu segar/cair
1/2 cwn minyak jagung/masak
1 cwn tpng gandum*
3 sudu besar sebuk koko*
1 sudu kecil baking soda*
1/2 sudu kecil baking powder*(* bahan-bahan perlu diayak dulu)

Pukul telur didalam bekas lain bersama gula sehingga kembang. Setelah kembang masukkan vanilla dan garam.
Masukkan air panas, susu dan minyak.
Setelah itu masukkan tepung gandum, baking soda, baking powder dan serbuk koko yg telah diayak dan gaul sebati.
Biarkan sebentar dan bahagi pada 2 bahagian.

Penyediaannya:

Panaskan kukusan dan balut dengan kain penutupnya. Guna api sederhana. Sediakan loyang berukuran 8 inci.
Sapukan sedikit minyak/mentega di sekeliling loyang dan alas dngn kertas minyak.
Tuang adunan coklat, tutup loyang dgn aluminium foil dan kukus selama 15-20 minit.
Buka aluminium foil dan tuang adunan cream cheese diatasnya, tutup semula guna aluminium foil dan kukus selama 15 minit.
Setelah itu tuang lagi adunan coklat selebihnya, tutup lagi guna aluminium foil dan kukus lagi selama 20 minit.
Setelah betul-betul sejuk, boleh potong dan hidangkan.

Menggunakan kaedah bain-marie:

Letakkan loyang kek ke dalam loyang lain yang lebih besar. Tuangkan air panas ke dalam loyang besar tersebut hingga 3/4 penuh.  
Bakar lapisan kek pertama selama 15 minit. Tutup permukaan kek dengan aluminium foil semasa membakar, tak perlu tutup rapat. Saya bakar pada suhu 150 C (terpulang pada jenis oven masing-masing).
Buka aluminium foil dan tuang adunan cream cheese diatasnya, tutup semula guna aluminium foil dan bakar selama 15 minit.
Setelah itu tuang lagi adunan coklat selebihnya, tutup lagi guna aluminium foil dan bakar lagi selama 25-30 minit mengikut jenis oven masing-masing.

Wassalam...

8 comments:

  1. Buat kek leceh-leceh ini biasanya memang sedap cuma kena sabarlah kan Mar. Cantik pun ye juga.

    ReplyDelete
  2. Wah dah lama x mengecheese ni.. Nanti nak try buat ikut resepi ni lak...

    ReplyDelete
  3. teringin nak rasa, nak buat malas ..

    ReplyDelete
  4. Rajinnya mengekek yer... nak ckit!

    ReplyDelete
  5. assalam Mas
    dulu sblm berblog penah gak akak buat ni memang sedap cuma tak suker bila anak2 makan cheese tu je pastu lapis coklat biarkan he he

    cantik Mas punya ni

    ReplyDelete
  6. salam kak mar,
    kek nie zila x sempat lg nk cuba..tggu angin rajin cikit kak..akk wt apa pun nmpak sedap tau..psstt..teko cantikk:)suka3x

    ReplyDelete
  7. best2 tq share ye !

    ReplyDelete

Terimakasih atas komen yang segar

 
copywrite@2015 MyMintroomDESIGNER BLOGS