Kek Lapis Kukus Cream Cheese

Monday, September 24, 2012



Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Bertemu kembali di hari Isnin. Sepantas kilat masa ini berlalu.

Waduh, yang paling malas sekali, nak buat kek yang melibatkan lapis-lapis dan kukus-mengukus. Dah lah nak keluarkan peralatan perang, alat gerudi lagi,  kena pulak yang melibatkan wap, nak keluarkan kapal wap lah pulak. Lepas tu nak kemas balik. Tapi tak apa, kali ni akan ku gagahi jua semangatku ini, chewah...

Dan akhirnya berjaya juga melawan kemalasan nak buat kek lapis ni. Kalau nak tahu cream cheesenya saya dah beli 2 minggu lepas tapi dok tergolek kat dalam fridge tu. Last sekali saya beli itu hari, akhirnya saya guna untuk topping pizza. Yang kali ni saya beli pun nyaris  saya buat topping pizza lagi tapi saya lawan juga kemalasan itu disamping melawan "fobia" dek sejarah hitam yang pernah dialami bila nak buat resepi yang berlapis-lapis ni. Akhirnya, tadaaa, walaupun kejadian rupanya tak lah molek sangat tapi fuyyoo, rasanya memang yummy dan creamy dan moisty (ada ke perkataan ni?). Hentam ajelah. Saya buat pagi Jumaat, malamnya dah selesai/habis. Sebelum gi solat Jumaat, Kiki dah bedal 3 keping, balik dari masjid dia sambung sikit lagi. Nak gi main bola petang tu, dia cuit-cuit sayang lagi. Lepas makan malam...habis terus. Abah dia merasa 3 aje. Okaylah tu...Mak dia...adalah sikit...bukan makan sangat...suka buat je untuk anak^_^.


Ini yang bersemangat nak buat lagi lapis yang lain lak. Tapi lambat sikit lah ye...Alatan perang semua dah masuk balik dah. Tunggu lah bila lak nak rajin balik.


Berhenti celoteh, beralih ke bab serious sikit sebab nak share resepi orang kan. Kenalah serious sikit. Dah lah C&P sesuka je, pas tu nak lawak-lawak lak, mana boleh kan. Resepi ni saya skodeng dan dah copy ke file resepi saya dah lama dah. Cuma baru sekarang rajin nak buat. Tak lain tak bukan resepi dari Kak Yatie.

Kek Lapis Kukus Cream Cheese
Sumber: Yatie

Bahan A ~ Cheese

250 gm cream cheese
60 gm gula halus – ½ cawan
1 biji telur
1 sudu besar air
1 sudu besar tpng gandum

Pukul cream cheese bersama dngn gula hingga sebati.
Masukkan telur diikuti dengan air dan tepung gandum. Pukul lagi dan gaul sebati.
Biarkan sebentar.

Bahan B ~ Kek

2 biji telur
1 cawan gula halus
1 sudu kecil vanilla
 sedikit garam
1/2 cawan air panas didih
1/2 cawan susu segar/cair
1/2 cawan minyak jagung/masak
1 cawan tepung gandum*
3 sudu besar sebuk koko*
1 sudu kecil baking soda*
1/2 sudu kecil baking powder*(* bahan-bahan perlu diayak dulu)

Pukul telur didalam bekas lain bersama gula sehingga kembang.
 
Setelah kembang masukkan vanilla dan garam.
 
Masukkan air panas, susu dan minyak.
 
Setelah itu masukkan tepung gandum, baking soda, baking powder dan serbuk koko yg telah diayak dan gaul sebati.
 
Biarkan sebentar dan bahagi pada 2 bahagian.
 
Cara Mengukus:

Panaskan kukusan dan balut dengan kain penutupnya. Guna api sederhana.
Sediakan loyang berukuran 8 inci.
 
Sapukan sedikit minyak/mentega di sekeliling loyang dan alas dngn kertas minyak.
 
Tuang adunan coklat, tutup loyang dgn aluminium foil dan kukus selama 15-20 minit. 

Buka aluminium foil dan tuang adunan cream cheese diatasnya, tutup semula guna aluminium foil dan kukus selama 15 minit.
 
Setelah itu tuang lagi adunan coklat selebihnya, tutup lagi guna aluminium foil dan kukus lagi selama 20 minit.
 
Setelah benar-benar sejuk, boleh potong dan hidangkan.


Ramai yang dah cuba resepi ni semua kata sedap...termasuklah keluarga kecil kami. Jadi, mana yang belum pernah cuba tu,  cubalah ya...


Wassalam..

22 comments:

  1. Salam kak dtg lagii nii sblm kita sibuk jap lagi :D gabungan yg sedap cis n cekelat, tp part paling best cis dia hihihi... kita suke cis :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam dik...mmg lemak cis ni...anak akak suka sesangat.

      Delete
  2. tq share, KA akan cuba buat nnti. again tq ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam KA, thanks krn appreciate...sihat dah ke?

      Delete
  3. antara kek peberet ni kak..
    memang terbaik..
    terliur lagi tengok kek akak tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. trimakasih Mas...trimakasih kerana sudi join blog akak ni...

      Delete
  4. Aslmkum Marsita.dtg kunjungan balas.kek lapis cheese ....pastinya sedap...dah lama tak buat.ingat nak buat lagi tp asyik tertangguh....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumsalam Mama, trimakasih atas kunjungan balas. Buat kek ni pun dah brp kali tangguh dah ni.

      Delete
  5. salam singgah.......

    sekarang minat betul dgn cheese....
    sedapkan padanan cheese dlm kek lapis ni.....

    ReplyDelete
  6. Salam, trimakasih krn singgah...memang coklat + cheese=heaven...

    ReplyDelete
  7. jln2 mlm.. tgok kek coklat cheese yg sgt mgoda.. lum prnh cuba lagi.. tpi cam dah terasa2 kt tekak.. masuk list dulu eh..

    ReplyDelete
  8. dapnyer kak...fiza pun suke sgt semua jenis makanan yg bercis2 nih...anak2 pun suke...=)

    ReplyDelete
  9. resepi kek ni mmg dh lama dh QH simpan..ramai jugak yg dh mcubanyakan..bile la giliran QHakan sampai ekk...mmg mgoda betul..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Qasey syg, mesti cuba jgn tak cuba ya...mmg sedap. Pas tu pos sini sikit hi hi.

      Delete
  10. akak pun nak cuba jugak sbb ada cheese tu pasti terangkat ni tunggu cukupkan bahan2 dulu pasti nk buat jugak

    ReplyDelete
  11. saya dah banyak kali buat.....memang diakui sedap....hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Uda, nak buat byk kali nanti lemak naik satu badan hi hi...

      Delete
  12. emm sedap tu nak cuba jugak lah..

    ReplyDelete

Terimakasih atas komen yang segar

 
copywrite@2015 MyMintroomDESIGNER BLOGS