Kek Coklat Puding Karamel

Friday, September 28, 2012



"Tidak akan masuk syurga orang yang didalam hatinya terdapat kesombongan walau hanya sebesar zarah" (Hadis Riwayat Muslim)


Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Hujan...oh...hujan...musim hujan nak tiba dah...sejuknya. Sejuk-sejuk ni perut pun asyik nyanyi aje. Kejap lagu keroncong...kejap lagu dikir barat..sesekali lagu...sampaikanlah salam kuihku padanya...buat kuih apa hari ni..nak cikit. Teringin kuih talam ni..tak kiralah talam apa pun janji talam. Nak buat tak berapa nak laku, Kiki tak berapa nak suka...melainkan tak ada benda lain nak bedal baru dia makan. Asyik dok kenen kek coklat je. Tunggu kek coklat dari Mak Ngah kat Penang tak sampai-sampai, kena buat sendirilah jawabnya.


"Kiki, mak buat kek coklat yang ada puding atasnya nak tak?"

"Sukahati mak lah."  Jawapan klise dari anakku...erghh...Tak kisahlah janji kalau buat....boleh habis....


Bab kek coklat tak perlu risau sebenarnya asalkan kek tu moist dan tak terlalu manis, memang Kiki suka sesangat.


Kek ni saya buat semalam, ada beberapa resepi yang hampir sama dan serupa tapi saya memilih resepi dari dapur Kak Ummi Zaihadi yang dikala ini sudahpun berada di Tanah Suci Mekah kerana menunaikan ibadat haji. Semoga Kak Ummi dan suami sentiasa berada dibawah limpahan rahmatNya sepanjang berada di sana serta dikurniakan haji yang mabrur.



Kek Coklat Puding Karamel
Sumber : Ummi Zaihadi

(A) Bahan (Gula Karamel) :

2 sudu besar gula pasir (jangan lebih, takut terlalu banyak lelehan pada kek nnt)

Cara:

Taburkan pada dasar acuan silikon atau loyang dan bakar pada suhu 180 C selama 5 - 8 minit/gula mencair perang keemasan (suhu bergantung kepada oven masing-masing. Oven akan berasap sekejap sebab kita bakar gula)

(B) Bahan Puding Karamel :

3 biji kuning telor
1 cawan susu cair (*akak guna susu sejat Ideal)
3/4 cawan susu pekat manis
1/2 sudu teh esen vanila

Cara:

Kacau sebati semua bahan (tak perlu kuat-kuat, kacau lembut saja)
Tapiskan dan tuang atas gula karamel/gula hangus tadi. Kalau ada bunyi macam kaca retak semasa menuang atas gula hangus tu, jangan panik, itu perkara biasa.

Bakar sekejap dalam oven dengan kaedah "bain-marie" (letak loyang kek dalam loyang berisi air) selama lebih kurang 20 minit hingga nampak mengeras sikit/pekat sikit permukaan puding tu...jangan terlampau keras lak, nanti tak boleh sebati dengan kek - (*akak set suhu 160 C je dan akak guna api atas bawah). 
Ketepikan dan sejukkan puding lebihkurang 30 minit. (sementara bakar tu sediakan adunan kek coklat.)

(C) Bahan Kek Coklat:

1 cawan serbuk koko - akak guna brand Van Houten
1 cawan susu cair - akak guna susu sejat Ideal
3/4 cawan susu pekat manis
3/4 cawan gula (akak kurangkan sikit)
1 cawan minyak masak
2 sudu besar mentega yang dilembutkan 
         * (bahan di atas disebatikan bersama)
 
3/4 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder 
              (bahan di atas diayak bersama)

4 biji telor - blend hingga halus

Cara:

Campurkan dalam periuk serbuk koko, susu cair, susu pekat manis, gula, minyak masak dan mentega. Masak sambil dikacau selalu dengan api perlahan hingga semua bahan larut. Sejukkan sebentar.

Masukkan telor yang telah diblend ke dalam adunan coklat, kacau sebati.
Kemudian masukkan tepung dan kacau dengan senduk atau spatula. Kacau sebati semuanya.

Tuang ke atas adunan puding karamel tadi perlahan-lahan (tuang guna sudu dulu di permukaan puding agar puding tidak pecah).

Bakar pada suhu 160 C selama 1 jam secara "bain-marie" hingga kek masak sepenuhnya. Sejukkan lebihkurang setengah jam atau lebih baru diterbalikkan ke dalam pinggan sesuai.
(saya bakar pada 150 Celcius selama 50 minit)

Wassalam...

15 comments:

  1. fuhhhhh nasib baik baru je pekena kek cekelat..kalo idak...ada karamel lak tu...adus! saya belum try lagu versi yg ada karamel ni...akan diusahakan satu hari nnti...

    ReplyDelete
  2. Buat chah jgn tak buat...ni pun baru 1st time buat ni...nasib baik jadik...kalau tak akak paksa gak anak makan hua hua hua

    ReplyDelete
  3. dah lama nak try kek karamel dgn choc moist ni tapi takut terlebih manis

    ReplyDelete
  4. wow! mengancam jiwa raga nih...

    ReplyDelete
  5. Cantik dan nampak moist kek tu.Pasti sedapkan masita.

    ReplyDelete
  6. Mala - ini tak brp manis dah buat saya...
    Gee, Puan Rose...memang sedap resepi ni...

    ReplyDelete
  7. fuhhh.. mantap! mmg nmpk moist betul kek dia. tun mmg suka resepi kak ummi, mmg biasanya x mengecewakan ^^
    ps: salam kenal kak. tq sudi ziarah blog tun.

    ReplyDelete
  8. Aslmkum Marsita.dah jamu mata dg pizza...jamu mata pula dg kek coklat puding yg pastinya sedappp..

    ReplyDelete
  9. salam kenal....
    followers ke 84
    mmmm....memang tak boleh tahan kalau tenguk kek cam nie tergoda dan mengoda betul.....

    ReplyDelete
  10. aduuss sedapnya..
    nak panggil akk ke adik nie..he hehe ..dah lama x buat la..klu ler ada org kasi ..waallaaa bestnya:)

    ReplyDelete
  11. kalau kita kukus biasa karamel tu....kemudian letak adunan kek coklat kukus atas dia boleh juga kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya tak boleh kot...tak pernah tgk orang buat cam tu.

      Delete

Terimakasih atas komen yang segar

 
copywrite@2015 MyMintroomDESIGNER BLOGS