Showing posts with label KEK. Show all posts
Showing posts with label KEK. Show all posts

Kek Pisang Karot

Monday, September 07, 2015



Assalamualaikum & Salam Sejahtera, 

Wooo, lamanya tak up-date blogku ini. Draf pun punya lah banyak dalam senarai menunggu untuk di tempekkan resepinya. Tapi mood saja yang belum datang-datang. Hari ni saja mood terlebih rajin sikit. Kali ni saya nak kongsikan resepi Kek Pisang Karot. Terjadinya kek ni sebab dalam fridge ada baki kurang secawan pisang lenyek frozen serta sebiji karot. Mood baking tiba-tiba datang dan tekak pulak teringin nak makan kek maka jadilah Kek Pisang Karot. Asalnya dari resepi Kek Pisang kegemaran kami, cuma saya tambahkan parutan karot. Boleh tahan rasa dan teksturnya, walaupun rasa karot tu tak berapa menyerlah. Sedap jugaklah. 


Kek Pisang Karot
Print Recipe

Bahan:
2 cwn tepung gandum
1 sdt baking powder
1 sdt baking soda
3/4 cawan gula castor
3/4 cawan pisang lenyek 
3/4 cawan karot yang telah disagat
 120 ml minyak masak
3 biji telur gred A
Badam flakes & coklat chip/urai - optional

Cara:

 
Panaskan oven 160 Celcius. Griskan loyang bersaiz 8x8 inci.

 Ayak tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder dan griskan  acuan kek.

Putar semua bahan kecuali karot dan pisang lenyek menggunakan blender atau food processor.
Putar sehingga adunan likat. Matikan food processor. Masukkan parutan karot dan pisang lenyek dan kaup-balik hingga sebati. Masukkan adunan dalam loyang kek, taburkan coklat urai serta kepingan badam. Bakar pada suhu 160 darjah selama 50 minit atau satu jam.

 Setelah siap dibakar, sejukkan dan keluarkan dari acuan dan terus sejukkan atas redai. Sedia untuk dihidangkan.

Selamat Mencuba!

Kek Karamel Pelangi

Tuesday, September 30, 2014



Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Bila bercakap pasal  Kek Karamel Pelangi ni, saya menggolongkan diri saya masih berada dalam sumpahan. Sebab apa? Sebab, ini masuk kali ke tiga saya buat masih ada yang tak kena. Kali pertama, keknya bantat...saya pun kurang pasti kenapa. Mungkin oven tak cukup panas masa membakar. Kali kedua, pudingnya tak cukup masak, sebab saya tersilap menggunakan susu kotak. Kali ni pulak dua-dua kek dan puding okay tapi bila dikeluarkan dari loyang pulak ada sangkut sikit menyebabkan tepi kek kurang kemas....mungkin sebab saya kurang sabar pulak kali ni. Aduyai....tapi tak apa, akan terus mencuba lepas ni...In sha allah kali ke 4 nanti mesti berjaya. Kan usaha tu tangga kejayaan heh! heh!

Saya tak berapa ingat resepi mana yang saya rujuk sebelum ni tapi bukan salah resepi tu pun...salah saya, kurang peka :) Kali ni saya rujuk resepi dari  Chahaya Shiela, rakan blogger blog Spices Journey. Saya kongsikan di sini pula ya. Saya ada edit sedikit wording tanpa mengubah resepinya kecuali...ada gak kecualinya kan...untuk tepung kastad dalam bahan puding tu saya tambah lagi 1 sdt. Selain disebabkan fobia puding yang tak masak kali kedua saya buat dulu, tepung kastad yang saya guna ni adalah tepung yang sama saya gunakan untuk inti kastad cream puff saya. Selalunya saya kena letak lebih untuk kastad tu sebab nanti dia terlalu meleleh sangat bila nak dipaipkan ke cream puff. Jadi saya takut sangat kalau letak 1 sdt nanti pudingnya tak masak lagi.



Kek Karamel Pelangi

Dalam loyang 7 inci, tabur 2 sudu besar gula dan masak atas api perlahan hingga gula hancur tapi jangan sampai hangus. Biarkan. Ia akan merekah sedikit tapi tak apa, itu biasa.
( saya akan gunakan loyang 8 inci bila buat lagi lain kali, sebab masih ada lebihan adunan kek kalau guna loyang 7 inci )

Bahan utk puding

1 tin susu sejat
3 b kuning telur
2 bj telur
1 sdt tepung kastard
60 g gula kastor
1 sdt essen vanilla

Campurkan semua dan kacau perlahan jangan sampai berbuih. Cukup sekadar melarutkan gula jer. Biarkan seketika supaya buih buih hilang dan puding akan nampak halus tanpa banyak sangat lubang lubang. Selepas itu bila bahan cake dah ready baru tapiskan masuk ke dalam loyang gula hangus tadi.

Adunan Kek A

3 biji Kuning Telur
60gm Gula Castor
1sudu kecil Vanilla Esen
45ml Minyak Jagung
135ml Susu Cair

Pukul telur kuning, minyak dan susu sampai gebu dan tukar ke warna putih.
Kemudian masukkan gula kastor dan pukul lagi sampai naik sekali ganda.

NOTE : PASTIKAN DIBUANG TALI PUSAT PADA SEMUA TELUR UNTUK MENGELAKKAN DARI BAU ATAU RASA HANYIR TELUR YANG KUAT.

Adunan Kek B

140gm Tepung Gandum
1sudu kecil Baking Powder
Ayak 2 bahan ni

Matikan mixer dan masukkan tepung dan baking powder yang telah diayak
Masukkan sikit2 dan kacau perlahan secara kaup balik hingga kesemua bergaul sempurna. Ketepikan.

Meringue

6 biji putih telur
(pastikan jgn tercampur sedikit pun telur kuning)
70g gula castor
1 sudu teh krim of tar tar

Pastikan semua peralatan dalam keadaan kering
Pukul putih telur hingga berbuih
Masukkan gula dan tatar dan terus memukul dgn speed tinggi hingga adunan kental dan kaku. kalau kita terbalikkan loyang adunan putih telur tu tidak jatuh

Masukkan 1/3 bhn merinque kedalam adunan tepung tadi.Gaul rata secara kaup balikKemudian masukkan semua baki adunan merinque dan ratakan dgn kaedah kaup balik hingga bergaul sempurna. Kacau perlahan sahaja.Bahagikan adunan kepada 3 bahagian yg sama banyak.
Letakkan pewarna yang anda sukai.

(Sementara itu bolehlah panaskan oven terlebih dahulu pada suhu 170 C. Bila dah masukkan kek dalam oven kurangkan pada suhu 160C dengan menggunakan api bawah sahaja)

Kemudian tuangkan terus adunan kek ke atas Puding. 
**Tak perlu masak dulu Puding Caramel.**
Seterusnya, belang belangkan adunan.
Tuang 3 sudu lapisan pink, kemudian 3 sudu lapisan hijau di tengah-tengah lapisan pink. Kemudian tuangkan pula 3 sudu lapisan purple di tengah-tengah lapisan hijau.
Buat begini sehingga 3/4 adunan, kemudian buat pula cara yg sama dgn 2 sudu pula.
Akhir sekali dengan satu sudu.
Lorekkan atas adunan dengan lidi.

Kaedah Steambath

Tuangkan air panas dalam loyang yg lebih besar dari loyang kek tadi.
Letakkan loyang yg berisi kek dalam loyang yg berisi air panas tadi
Letakkan pada rak bawah dalam oven.
Bakar kek pada suhu 160 C dengan api bawah selama 1 jam atau sehingga masak.
Jangan buka pintu oven semasa proses pembakaran 1/2 jam pertama.
Selepas masak biarkan kek kekal dalam oven sehingga kek renggang di tepi loyang.
Terbalikkan kek atas pinggan dan biarkan kek turun sendiri.
Potong kek bila ia benar-benar telah sejuk.
Simpan kek dalam peti ais untuk tahan lebih lama.
Kek ni juga sedap dimakan dikala sejuk.


Rasanya In Sha Allah  memang marvellous...tak terlalu manis. Teksturpun  memang moist,  lembut dan gebu. This recipe is certainly a keeper for this cake. Thanks again Sheila!

Selamat Mencuba!

Rainbow Cupcake

Thursday, September 25, 2014



Assalamualaikum & Salam Sejahtera,  

Rainbow Cupcake ni order dari customer untuk hari farewell nya.Dah beberapa kali repeat order Rainbow Cake sebelum ini. Terimakasih ya selalu order dari akak.


Untuk cupcake ni saya gunakan resepi dari blog Secubit Garam kepunyaan Kak Nor. Saya kongsikan di sini pula ya. Memang molek kejadiannya, tak terlalu manis dan sangat moist. Sengaja saya buat lebih sebab anak bujang pun suka. Beberapa kali dah dia minta dibuatkan kek ni sebelum ini. Tapi aduyai bercintanya nak buat sebab mengenangkan  banyaknya layer. Bila tau aje ada Rainbow Cupcake seronok betul dia. Entah dah berapa ketul dah dimakannya.

Terus aje ke resepinya. Resepi ini untuk Rainbow Cake saiz loyang 8 inci. Kalau cupcake bersaiz M bolehlah dapat 40 cup untuk satu adunan ni. Saya paipkan layer by layer dalam cup dan bakar pada suhu 170C selama 20 minit.

Kalau guna cup yang berwarna putih tu lagi cantik sebab kita boleh nampak layer kek yang berwarna  tapi saya terpaksa guna cup yang berwarna kelabu ni sebab stok cup putih tu dah habis kat bakeri. 
 
Rainbow Cake
Resipi asal : Kaitlin Flannery
Sumber : Kak Nor
Print Recipe

Bahan: 
 
3 cwn tepung serbaguna ( tepung gandum je)
4 sdk baking powder
1/2 sdk garam
1 cwn butter - suhu bilik
2 cwn gula castor ( kurang kan skit sbb manis kek ni) (MaDiHaA kurangkan ke 1 1/2 cawan masih terasa agak manis.. mungkin orang lain ok dah kot)
5 biji putih telor - suhu bilik
2 sdk esen vanila
1 1/2 cawan susu segar - suhu bilik
pewarna - oren, merah, kuning, biru, ungu n hijau
shortening - ni untuk sapu2 kat loyang aje..minyak pun boleh (MaDiHaA (dan k.nor juga) alas dengan baking paper bahagian bawah loyang (saiz 8") & sapu keliling loyang dengan butter)

Cara:
 
1. Ayakkan tepung, baking powder & garam. Ketepikan.
2. Pukul butter & gula sampai kembang & gebu2 .
3. Masukkan telur putih, pukul lagi sampai sebati & gebu . (masukkan sedikit demi sedikit)
4. Masukkan esen vanila
5. Masukkan tepung berselang seli dengan susu segar. Pukul hingga sebati.
6. Kemudian bahagikan sama rata adunan tu dlm 6 mangkuk dan setiap mangkuk letak pewarna yang berlainan. Kacau hingga sebati.
7. Pastu bakar satu per satu guna loyang 8 inci ..jangan guna loyang besar nanti kek jadik nipis, bakar pada suhu 170C/ 180 C dlm 10 @ 15 minit. Bakar sampai habis 6 loyang tu pastu sejukkan atas rak dawai.. (jgn buang lg kertas alas utk mudahkan kerja melayer)
8. Boleh guna topping non dairy whipping cream, buttercream, cheesecream @ what ever you want..hee
9. Boleh jugak lapis2 kan dengan kiwi / strawberry / blueberry filling..( kalau suka )
 *MaDiHaA lapisi & frosting kek dengan cheesecream frosting seperti resepi di bawah, (K.Nor juga)

~ reminder utk k.nor : sukatan gula - 1 1/4 cawan sahaja
~ setiap kaler lebih kurang 141gm
~ k.nor lebih suka guna resipi frosting dibawah ni (resipi dr Mas Duniaku.. mekasih Mas :)
~ tip dari k.zai@teratak impian : bakar dgn suhu 150C (20 min) ~ menghasilkan kek yg tak berkerak/garing dan cantik
Resepi Krim Cheese : (boleh juga digunakan sbg frosting RV cake/cupcake)
Bahan :
500 grm whipping cream - brand VIVO
250 grm cream Cheese - brand Phillidephea (k.nor tambah 125gm lg utk bg lebihkan rasa cheese)
60 grm gula icing ~ k.nor guna 50gm jer
110 grm butter ~ k.nor guna 100gm jer
2 titik lemon paste

Cara :
 
Pukul whipping cream hingga kental. ketepikan
Dalam bekas lain, pukul krim keju bersama semua bahan lain hingga berkrim.
Satukan whipping cream tadi bersama krim keju, gaul sebati, boleh juga pukul dengan mixer dengan kelajuan perlahan.


Selamat Mencuba!
 
 
copywrite@2015 MyMintroomDESIGNER BLOGS