Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Nampaknya hari ni iftar dengan nasi lagi. Iftar semalam pun nasi jugak, tapi Nasi Goreng Cili Padi bertemankan Tomyam Putih tapi tak post sebab emm...penyakit "M" tu datang menyerang. Hari ni pula iftar dengan nasi nun dari jauh..." Nasi Minyak Ganu " kito deh...Resepi Nasi Minyak Ganu ni saya dah lama C&P dari blog Azlita (masammanis) sejak dari awal Ramadan lagi tapi belum berkesempatan nak buat. Petang tadi mood tu datang lak lepas selesai mengukis kuih raya...jadi saya pun dengan semangatnya mulalah bersilat gayung kat dapur selepas beristirehat sebentar dari mengukis.
Emm, bau tumisan bahannya memang menusuk-nusuk ke hidung...satu rumah bau. Betul kata Azlita. Kiki yang dok mengadap komputer pun kejap-kejap tertoleh-toleh ke dapur. "What's cooking mom?", tanyanya.
Hi hi..., tak de lah, acah aje. Dia kalau dah mengadap cermin ajaib tu mana hairan dah apa yang kita buat kat dapur tu.
Memang sedap nasi ni..., terimakasih sekali lagi Ita kerana dengan post-post yang menarik berjaya menimbulkan minat akak untuk mencuba resepi ni. Akak akan sharekan pula di sini resepinya untuk kenangan...
NASI MINYAK GANU
Sumber: Azlita (masammanis)
Rujukan
: Coretan
Dari Dapur
Bahan:
3
cawan beras basmathi
4
1/2 cawan air ~ jika guna beras lembut kurangkan air atau mengikut kesesuaian
beras
1/2
cawan susu cair
1
sudu kecil garam
pewarna
kuning
2
helai daun pandan ~ disimpul
Bahan
Tumis:
1
sudu besar minyak sapi
2
sudu besar marjerin
3
kuntum bunga cengkih
3
biji buah pelaga
2
kuntum bunga lawang
1
inc kulit kayu manis
1/2
inc halia ~ di mayang
3
ulas bawang merah ~ dimayang
1
ulas bawang putih ~ dimayang
Beras
dicuci kemudian di toskan airnya.
Panaskan
minyak sapi dan marjerin dalam periuk.
Masukkan
bahan tumis
Tumis
hingga naik bau atau warna kekuningan
Masukkan
beras dan daun pandan.
Kacau
sekata
masukkan
air dan susu
Tanak
hingga nasi kering
Kemudian
titikkan pewarna kuning
biarkan
seketika.
Kemudian
gembur nasi menggunakan garfu
Ha, yang ini nak kata jelatah bukan, nak kata acar pun bukan, cuma disebabkan nasi dan kurma dua-duanya lemak, jadi saya cuma tambahkan timun, lobak & bawang yang di racik ni bersama cili merah dan hijau (juga diracik) dan diperasakan dengan cuka, garam & gula untuk rasa masam kat lidah ni. Kira macam appetizer lah kan. Sedap jugak walaupun tak letak udang kering.
Wassalam...
No comments:
Post a Comment
Terimakasih atas komen yang segar