Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Mak oooi, kali terakhir saya mengukis masa menetap di Kulim kira-kira 8-9 tahun lalu..ha ha...lama kan...aduyai...tak tahulah jadi apa dengan biskut raya saya ni. Sebagai permulaan saya buat biskut yang agak simple - Biskut Badam Madu. Masa saya dok rajin buat kuih raya dulu-dulu pun saya mesti buat biskut Badam ni tapi bukan Badam Madu. Bila saya tengok resepi serta bahan-bahan yang di gunakan, kata hati saya, ni gerenti jadi punya lah...sebab bahan-bahan dan cara membuatnya agak mudah. Separuh amature macam saya ni kena cari resepi yang mudah dan tak memeningkan kepala. Betul tak?
Saya mengukis pun waktu pagi je. Petang saya masih menyediakan iftar berbuka. Ha...sapa kata jadi surirumah tak sibuk..rasa-rasanya lebih sibuk dari masa bekerja dulu, hu hu, tapi tak apa, saya redha :)
Masa nak bakar biskut ni pun, aduyai..siksanya nak dapatkan suhu dan masa yang betul-betul sesuai sebab saya gunakan microwave/conventional oven. Suhu 170 C tu terlalu panas. Kalau bakar selama 15 minit alamat warnanya sama ngan warna tulisan ni. Akhirnya saya dapat suhu dan masa yang sesuai dengan oven saya ni 160 C , 7-8 minit. Itupun setelah 2 x try bakar 2 biskut.
Resepi biskut Badam Madu ni saya ambil dari Kak CT Delima yang baru beliau masukkan ke blognya semalam. Plan saya memang nak mula mengukis minggu ni jadi saya pilih je lah resepi ni dulu kan...Bolehlah...hasilnya menjadilah jugak, not so terrible :)
Sumber : CT Delima
125 gm butter - suhu bilik
2 sudu besar madu
50 gm gula icing - ayak
180 gm tepung gandum
1 sudu besar susu tepung
75 gm serbuk badam
1/2 sudu teh baking powder
1 biji kuning telur - sapu atas biskut
Hiasan :
kepingan badam secukupnya
50 gm gula icing - ayak
180 gm tepung gandum
1 sudu besar susu tepung
75 gm serbuk badam
1/2 sudu teh baking powder
1 biji kuning telur - sapu atas biskut
Hiasan :
kepingan badam secukupnya
Cara:
Panaskan ketuhar 170 C selama 10 minit. Bakar adunan biskut
rak paling bawah dan guna api bawah sahaja.
Masukan butter dan gula icing dalam mangkuk adunan dan pukul
hingga kembang dan putih. Tambahkan madu dan pukul sebati.
Masukan tepung gandum , baking powder, susu tepung yang
diayak kedalam mangkuk adunan dan badam. Gaul rata. Jika adunan lembik boleh
ditambah sedikit tepung dan uli menjadi doh yang lembut.
Gelek adunan atas meja yang ditabur sedikit tepung setebal
1/4 inci dan terap dengan acuan pilihan. Jarakkan adunan dalam 1 1/2 inci.
Sapu kuning telur atas biskut dan letak badan hiris dan
tekan sedikit.
Bakar biskut selama 15 minit hingga tepi biskut perang
keemasan. Sejukan atas loyang 2 minit dan sejukan sepenuhnya atas rak dawai dan
simpan dalam bekas kedap udara.
No comments:
Post a Comment
Terimakasih atas komen yang segar