Showing posts with label Nasi. Show all posts
Showing posts with label Nasi. Show all posts

Nasi Mandhi

Friday, October 31, 2014



Assalamualaikum & Salam Sejahtera,  

Seperti yang dijanjikan Di Sini , kali ni nak berkongsi resepi Nasi Mandhi yang telah saya cuba tempoh hari. Juga menggunakan Arab Mixed Spice dari Kak Mahani yang saya beritahu Di Sini juga. Resepi Nasi Mandhi ini saya C & P dari Lydia Honey. Nasi Mandhi yang asalnya dari Yaman serta yang asli  menurut Lydia dimasak menggunakan periuk khas yang diperbuat dari tanah liat dan dimasak dengan menutup dengan bara api. Tapi tentulah tak praktikal kalau nak ikut 100% memandangkan kita nak buat sekadar untuk makan seisi rumah saja kan. Jadi resepi dan kaedah memasak yang dikongsikan oleh Lydia ni rasa Nasi Mandhi nya dah dekat-dekat dengan rasa asal nasi tersebut. Memang puas hati bila dah boleh sediakan Nasi Mandhi di rumah sendiri. Memang berbaloi. Resepi asal ni menggunakan ayam tapi saya gantikan dengan kepingan daging kambing yang sedikit berlemak supaya lebih moist dagingnya. Apalagi jom semak resepinya ya! Resepinya saya edit sedikit untuk .menambahkan pemahaman dan kerana ada langkah yang saya ubah.


Nasi Mandhi
Resepi asal: Lydia Honey
 
Bahan untuk Ayam/Daging:

1-2 sdb minyak masak
1 ekor ayam ~ dipotong 2 atau 4 dan dibasuh serta tos - ( saya gantikan dengan 4 ketul daging kambing )
1/2 sdt ketumbar - biji
1/2 sdt jintan manis - biji
1/2 sdt lada hitam - biji
1-2 helai daun bay
1sdt all spices (Arab Mixed Spice)
1 biji bawang besar ~ belah 4
1 inci halia- diketuk sedikit
Garam secukup rasa
Air secukupnya untuk merebus ayam
2 ulas bawang putih - diketuk sedikit

Bahan Untuk Nasi :

4 cawan beras basmathi - cuci bersih, rendam selama 30 minit dengan air garam dan toskan
3 camca besar minyak sapi (saya guna 2cmb ghee + 2cmb canola oil)
10-12 cawan air/ stok ayam/daging
1/3cwn kismis (tak letak pun tak apa)
1 sdt  Arab Mixed Spice - ini saya tambah 

Rempah tumis:

1 batang kulit kayu manis
3-4 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih
Sedikit pewarna kuning/ safron- tak ada pon tak apa (saya tak letak)
Garam secukup rasa.
Seketul arang (kecil saja dah cukup, sebesar telo ayam grade D..)

 Bahan lain:
Aluminium foil

Penyediaan Ayam:

Rebus ayam bengan semua bahan di atas kecuali pewarna hingga empuk. Keluarkan dari periuk, toskan airnya dan sapukan dengan pewarna** yang dicampurkan sedikit minyak pada keseluruhan ayam dan ketepikan. Air rebusan ayam  simpan untuk masak nasi.
Didihkan stok ayam/daging bersama ghee/ minyak, kismis dan rempah tumis hingga betul- betul menggelegak, dengan api yang besar masukkan beras serta bahan untuk nasi yang lain, tutup periuk dengan penutup periuk, biarkan hingga mendidih.
Bila mendidih, garam secukup rasa, kacau sedikit dan biarkan nasi masak 3/4 masak, dan toskan airnya sedikit, jangan kering kontang pulak just tinggalkan sikit bagi lembab masa nak wapkan nanti supaya tak kering/ hangus. Dalam periuk lan lain yang besar masukkan nasi tadi dan susunkan ayam/ daging dalam periuk, buat lubang ditengah-tengah nasi dan letakkan cawan kopi/lompang, letakkan seketul kecil arang yang telah dibakar hingga berbara, tuangkan sedikit minyak masak/zaitun pada arang tu..masa ni asap akan keluar berkepul-kepul
( saya masak nasi guna rice cooker dan saya skip bahagian yang berwarna merah, bila nasi 3/4 masak terus susun daging atas nasi dan letakkan arang seperti dalam arahan )
Dengan api yang paling kecil, tutup periuk dengan aluminium foil cepat- cepat dan kemas supaya asap tak terkeluar dan cover dengan tudung periuk, kalu ada lesung batu letak atas tudung periuk tu kasi berast supaya asap tak kelua, tanak seperti biasa dan biarkan supaya aroma asap arang tadi meresap ke dalam nasi lebih kurang 5-10 minit dan offkan api.
Buka tudung periuk dan keluarkan foil bersama arang, titiskan 2-3 titik pewarna kuning dan biarkan selama 5-10 minit baru gembur nasi dengan garfu Kalu tak letak kaler pada nasi pon tak apa
Hidangkan dengan salasa tomato dan salad (jarjir/salad/lemon/kubis/carrot, timun, dan bawang besar yg kaler putih)
Blend 1 - 2 biji fresh tomato + 1-2 biji cili hijau+1 biji bawang besar (kalau nak pedas letak la ciliapi). Masukkan jus lemon dan garam secukup rasa. Jangan masak, terus hidangkan saja..enak kalau sejuk, saya buat awal & simpan dalam peti sejuk sebelum hidang),

Selamat Mencuba!

Nasi Maqlubah

Thursday, October 30, 2014



Assalamualaikum & Salam Sejahtera,  

En Hubby dan anak memang penggemar nasi Arab. Malangnya di sekitar Ipoh ni susah nak dapat Nasi Arab yang betul-betul kena dengan tekak, kebanyakannya nasi yang disediakan terlalu kering dan tak terasa rempahnya. Baru-baru ini saya berkenalan dengan seorang rakan FB Kak Mahani Hussin yang juga merupakan pembekal rempah Nasi Arab @ Mixed Spice dari Lydia Honey yang famous tu. Apa lagi saya  pun tak melepaskan peluang membeli Arab Mixed Spice dari Kak Mahani. Kak Mahani siap bagi beberapa resepi Nasi Arab untuk dicuba. Bila berbual dengan beliau, barulah saya faham kaedah penyediaan Nasi Arab yang sebenar. Tak lah susah manapun. Nasi Arab yang pertama saya cuba ialah Nasi Mandhi, tapi yang ni saya kongsikan kemudian ya. Hari ni saya nak berkongsi resepi Nasi Maqlubah atau juga dipanggil "Up-side Down Rice". Kenapa dipanggil begitu? Teruskan membaca resepinya lebih lanjut.


Nasi Maqlubah 

Bahan A:

1 ayam dipotong empat – saya guna 3 ketul whole leg chicken
2 helai daun bay
1 inci halia ketuk
1 ½ batang kulit kayu manis
2 bj bawang besar – potong 4
3 ulas bawang putih – ketuk
3 bj buah pelaga
½ sdt serbuk lada hitam
1 sdt Arab mixed spice
Air secukupnya untuk merebus serta memasak nasi

Rebus semua bahan-bahan di atas selama 40 minit atau hingga betul-betul lembut. Selepas itu keluarkan ayam dan tapis air rebusan.

Bahan B:

Ubi kentang
Terung
Lobak merah
Bunga Kobis
½ cwn  minyak masak, 1 sdb olive oil.

Panaskan minyak dan  semua bahan di atas dipotong kasar dan digoreng hingga keperangan. Tos dan ketepikan.

Bahan C:

3 cawan beras Basmathi – basuh, rendam dengan 1 sdb garam selama 1-2 jam. Selepas itu tapis dan ketepikan.
1 sdt Arab Mixed Spice - campurkan dalam beras

Cara memasak nasi:

Aturkan bahan B di dasar periuk nasi. Letak pula ayam tadi. Masukkan pula beras.Akhir sekali tuangkan air rebusan secukupnya @ 4 ½ cawan (ikut jenis beras yang digunakan). Biarkan mendidih. Selepas itu tutup dengan aluminium foil dan tindih dengan tutup periuk. Biar hingga nasi masak sempurna. Bila nasi dah masak, biarkan lagi selama 10 minit, baru buka tutup periuk tersebut. Terus terbalikkan periuk dan tuang nasi dan lauk dalam dulang besar. Keadaannya selepas dituang nasi dibawah sekali diikuti dengan ayam dan sayur. Hias dengan kismis dan kacang gajus. Sebab itulah ia dipanggil "Upside Down Rice", sebab bila memasak, lauk di bawah, nasi di atas, tapi bila dihidang sebaliknya pula.  Nasi Maqlubah juga dimakan bersama Salata dan Salsa serta sop dari air rebusan.

Salata:

Campuran mayonis atau yogurt, jus lemon, daun ketumbar, garam serta gula.
Sayur tomato, timun, karot dipotong dadu.
Campurkan semuanya . Simpan dalam peti sejuk.

Salsa:

Tomato
Capsicum/Cili merah
Bawang besar
Bawang putih
Daun ketumbar
Jus lemon
Garam, gula
Kisar kasar semua bahan. Simpan dalam peti sejuk.
 


Memang berpuas-hati dengan kejadian Nasi Maqlubah ni. En Hubby pun kata sedap. Kebetulan pula Mak Mertua ada bersama pada hari tu. Mak pun makan bertambah-tambah.

Sesiapa di sekitar Ipoh yang nak mendapatkan rempah Arab Mixed Spice, boleh dapatkan dari Kak Mahani ya.

Selamat Mencuba!

Nasi Ayam Hainan

Monday, October 06, 2014



Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Dah lama jugak tak buat Nasi Ayam. Ada sedikit masa petang tadi, saya google beberapa resepi Nasi Ayam, lalu berkenan mencuba Nasi Ayam Hainan dari blog Azie Kitchen. Tapi ada yang saya derhakakan mengikut selera kami serta bahan yang ada. Saya tiada stok daun bawang, dan oleh kerana saya ada sebatang leeks yang mempunyai bau dan rasa seakan-akan daun bawang dan bawang putih tapi lebih lembut, jadi saya gantikan daun bawang dengan leeks tersebut berserta sebiji bawang besar yang di belah empat untuk merebus ayam. Dan disebabkan kami bertiga saja, saya cuma masak tiga ketul bahagian peha ayam.  Kami juga kurang gemar sesame oil  dalam masakan jadi saya abaikan penggunaannya dan saya gantikan dengan sos tiram dan kicap manis untuk dilumurkan pada ayam selepas direbus, serta untuk menambah rasa.


Nasi Ayam Hainan
Bahan:

1 ekor ayam - saya buat 3 ketul besar bahagian peha ayam
kosher salt - saya guna garam biasa
4'' halia muda saiz 1/4'' setiap satu
2 batang daun bawang saiz 1" setiap satu - saya ganti dengan sebatang leeks
1 sudu kecil sesame oil - saya tak letak
1 bawang besar - belah 4 , saya tambah
UNTUK NASI:

2 sudu besar chicken fat atau 2 tbsp vegetable oil - saya guna minyak biasa
3 ulas bawang putih - cincang
1'' halia muda - cincang
2 cawan beras basuh dan rendam dalam 10 minit
2 cawan air rebusan ayam - ikut jenis beras, saya letak 3 cawan
1/2 sudu kecil sesame oil - saya tak letak
1 sudu kecil kosher salt - saya guna garam biasa
1 helai daun pandan - saya tambah

UNTUK SOS CILI:

1 sudu besar air perahan limau nipis
2 sudu besar air rebusan ayam
2 sudu kecil gula
2 sudu besar sriracha chili sauce - saya guna cili sos biasa
4 cili merah dan sedikit cili padi
4 ulas bawang putih
1'' halia
sedikit garam
UNTUK SOS AYAM:

1 sudu besar minyak garlic
1 sudu kecil sesame oil - saya tak letak
5 sudu besar light soya sauce
1 sdb kicap manis - saya tambah
1 1/2 sudu besar gula
3 sudu besar air rebusan ayam
UNTUK HIASAN:

1/4 cawan dark soy sauce - saya skip sebab dah ada sos ayam
Sedikit daun ketumbar
1 timun
1 biji tomato - saya tambah
Beberapa helai daun salad - saya tambah

Cara:

1. Bersihkan ayam dengan menggosok kulitnya dengan garam luar dan dalam bagi menghilangkan sebarang kekotoran. Bilas. Lumurkan garam luar dan dalam. Masukkan halia dan batang daun bawang (saya ganti dengan leeks dan bawang besar ) ke dalam ayam. Letakkan ayam ke dalam periuk besar dan isi dengan air setinggi 1 inci menenggelamkan ayam. Panaskan dengan api yang besar sehingga menggelegak. Sebaik memggelegak, perlahankan api bagi air mendidih perlahan selama 30 minit. Cucuk dengan chopstik di bahagian paha untuk melihat samada ayam dah masak.
2. Selepas ayam masak, tutup api, keluarkan dan rendam ayam dalam air ais untuk menyejukkannya dan menghentikan proses ayam dari terus masak. Ini akan menjadikan kulitmya rangup dan isi nya lembut. Buang halia dan daun bawang.  Simpan air rebusan untuk kegunaan lain.
3. Untuk memasak nasi: Tos beras yang direndam.  Panaskan 2 sudu besar minyak dari lemak ayam (saya guna minyak masak untuk menumis) , masukkan bawang putih, daun pandan (saya tambah) dan halia sehingga wangi. Masukkan beras dan goreng sekejap dalam 2 minit. Masukkan minyak sesame (saya tak letak ) dan garam. Masukkan air rebusan ayam dan masaklah dalam periuk elektrik. Jika suka boleh juga letak daun pandan.
4. Sementara nasi masak, keluarkan ayam dari air ais dan lumurkan luar dan dalam dengan  minyak sesame (saya lumur dengan campuran kicap manis dan sos tiram).. Potong ayam untuk dihidangkan. Atau boleh juga, dipotong dahulu sebelum melumur. Sebelum dihidang, tuang sos ayam ke atas ayam yang dipotong
5. Untuk membuat cili sos: Kisar semua bahan sehingga halus.
6. Untuk membuat sup:  Panaskan sup dan masukkan garam dan masukkan bawang goreng atau daun bawang sebagai hiasan. Saya juga menambah beberapa cilipadi yang diketuk serta jus limau pada sop ni untuk sedikit kelainan.
Hidangkan nasi ayam dengan sos cili, dark soy sauce, hirisan timun dan sup. Letakkan daun ketumbar atas ayam dan sedikit atas nasi.

Alhamdulillah, sedap Nasi Ayam Hainan ni. Ayamnya lembut dan moist. Digandingkan dengan sos cili dan sos ayam. Sopnya yang juga saya tambah dengan sedikit cilipadi yang diketuk serta jus limau turut membuka selera. Memang berbaloi dan memang resepi ini is a keeper untuk Nasi Ayam Hainan. Boleh buat lagi.


Selamat Mencuba!

 
copywrite@2015 MyMintroomDESIGNER BLOGS