Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Ini hasil mengukis yang ke dua Chocolate Cookies. Rasa-rasa macam tak berapa puas hati ngan hasilnya. Memandangkan Chocolate Cookies ni bebudak suka, saya mungkin akan buat resepi yang lain pulak selepas ni...Ini baru testing buat biskut coklat..hi hi...bagi alasan lah tu...Biskut ini saya rujuk resepi dari dalam blog Tun, yang mana beliau perolehi dari AllRecipes oleh Krista3.
Best Ever Chocolate Cookies
Sumber:Tun
Adapted
from: krista3@allrecipe
Bahan:
1 1/2 cwn tepung
3/4 cwn cocoa powder
1 1/4 tsp baking
powder
1/4 sk garam
3/4 cwn (170g)
butter/margerin
1 1/4 cwn gula - 1 cawan pun dah manis bagi saya
1 bj telur
1 sk esen
vanilla
Cara:
Ayak tepung, serbuk koko,
baking powder dan garam. Ketepikan.
Pukul butter dengan
gula sampai berkrim. Masukkan telur dan pukul lagi.
Masukkan bahan-bahan yg
diayak dan gaul hingga jadi doh yg lembut.
Kalau ingin terap,
simpan dalam peti sejuk sebentar sbb doh sgt lembut dan susah utk dicanai. Doh
yg sejuk akan sedikit keras, tabur tepung atas papan pencanai utk elakkan
tepung dr melekat. kalau guna cookie presser mcm tun, xperlu sejukkan, blh
terus press atas loyang yg dh di glis.
Bakar pada suhu 180
C, 8-10 minit. biskut atas lembut masa panas, biarkan sejuk dlm loyang sblm
alihkan dlm bekas.
(saya bakar pada 170C , 7 minit sebab guna microwave/conventional oven)
Wassalam...
No comments:
Post a Comment
Terimakasih atas komen yang segar