Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Dah lama jugak tak buat Nasi Ayam. Ada sedikit masa petang tadi, saya google beberapa resepi Nasi Ayam, lalu berkenan mencuba Nasi Ayam Hainan dari blog Azie Kitchen. Tapi ada yang saya derhakakan mengikut selera kami serta bahan yang ada. Saya tiada stok daun bawang, dan oleh kerana saya ada sebatang leeks yang mempunyai bau dan rasa seakan-akan daun bawang dan bawang putih tapi lebih lembut, jadi saya gantikan daun bawang dengan leeks tersebut berserta sebiji bawang besar yang di belah empat untuk merebus ayam. Dan disebabkan kami bertiga saja, saya cuma masak tiga ketul bahagian peha ayam. Kami juga kurang gemar sesame oil dalam masakan jadi saya abaikan penggunaannya dan saya gantikan dengan sos tiram dan kicap manis untuk dilumurkan pada ayam selepas direbus, serta untuk menambah rasa.
Nasi Ayam Hainan
Bahan:
1 ekor ayam - saya buat 3 ketul besar bahagian peha ayam
kosher salt - saya guna garam biasa
4'' halia muda saiz 1/4'' setiap satu
2 batang daun bawang saiz 1" setiap satu - saya ganti dengan sebatang leeks
1 sudu kecil sesame oil - saya tak letak
1 bawang besar - belah 4 , saya tambah
UNTUK NASI:
2 sudu besar chicken fat atau 2 tbsp vegetable oil - saya guna minyak biasa
3 ulas bawang putih - cincang
1'' halia muda - cincang
2 cawan beras basuh dan rendam dalam 10 minit
2 cawan air rebusan ayam - ikut jenis beras, saya letak 3 cawan
1/2 sudu kecil sesame oil - saya tak letak
1 sudu kecil kosher salt - saya guna garam biasa
1 helai daun pandan - saya tambah
UNTUK SOS CILI:
1 sudu besar air perahan limau nipis
2 sudu besar air rebusan ayam
2 sudu kecil gula
2 sudu besar sriracha chili sauce - saya guna cili sos biasa
4 cili merah dan sedikit cili padi
4 ulas bawang putih
1'' halia
sedikit garam
UNTUK SOS AYAM:
1 sudu besar minyak garlic
1 sudu kecil sesame oil - saya tak letak
5 sudu besar light soya sauce
1 sdb kicap manis - saya tambah
1 1/2 sudu besar gula
3 sudu besar air rebusan ayam
UNTUK HIASAN:
1/4 cawan dark soy sauce - saya skip sebab dah ada sos ayam
Sedikit daun ketumbar
1 timun
1 biji tomato - saya tambah
Beberapa helai daun salad - saya tambah
Cara:
1. Bersihkan ayam dengan menggosok kulitnya dengan garam luar dan dalam bagi menghilangkan sebarang kekotoran. Bilas. Lumurkan garam luar dan dalam. Masukkan halia dan batang daun bawang (saya ganti dengan leeks dan bawang besar ) ke dalam ayam. Letakkan ayam ke dalam periuk besar dan isi dengan air setinggi 1 inci menenggelamkan ayam. Panaskan dengan api yang besar sehingga menggelegak. Sebaik memggelegak, perlahankan api bagi air mendidih perlahan selama 30 minit. Cucuk dengan chopstik di bahagian paha untuk melihat samada ayam dah masak.
2. Selepas ayam masak, tutup api, keluarkan dan rendam ayam dalam air ais untuk menyejukkannya dan menghentikan proses ayam dari terus masak. Ini akan menjadikan kulitmya rangup dan isi nya lembut. Buang halia dan daun bawang. Simpan air rebusan untuk kegunaan lain.
3. Untuk memasak nasi: Tos beras yang direndam. Panaskan 2 sudu besar minyak dari lemak ayam (saya guna minyak masak untuk menumis) , masukkan bawang putih, daun pandan (saya tambah) dan halia sehingga wangi. Masukkan beras dan goreng sekejap dalam 2 minit. Masukkan minyak sesame (saya tak letak ) dan garam. Masukkan air rebusan ayam dan masaklah dalam periuk elektrik. Jika suka boleh juga letak daun pandan.
4. Sementara nasi masak, keluarkan ayam dari air ais dan lumurkan luar dan dalam dengan minyak sesame (saya lumur dengan campuran kicap manis dan sos tiram).. Potong ayam untuk dihidangkan. Atau boleh juga, dipotong dahulu sebelum melumur. Sebelum dihidang, tuang sos ayam ke atas ayam yang dipotong
5. Untuk membuat cili sos: Kisar semua bahan sehingga halus.
6. Untuk membuat sup: Panaskan sup dan masukkan garam dan masukkan bawang goreng atau daun bawang sebagai hiasan. Saya juga menambah beberapa cilipadi yang diketuk serta jus limau pada sop ni untuk sedikit kelainan.
Hidangkan nasi ayam dengan sos cili, dark soy sauce, hirisan timun dan sup. Letakkan daun ketumbar atas ayam dan sedikit atas nasi.
Alhamdulillah, sedap Nasi Ayam Hainan ni. Ayamnya lembut dan moist. Digandingkan dengan sos cili dan sos ayam. Sopnya yang juga saya tambah dengan sedikit cilipadi yang diketuk serta jus limau turut membuka selera. Memang berbaloi dan memang resepi ini is a keeper untuk Nasi Ayam Hainan. Boleh buat lagi.
No comments:
Post a Comment
Terimakasih atas komen yang segar