Nasi Maqlubah

Thursday, October 30, 2014



Assalamualaikum & Salam Sejahtera,  

En Hubby dan anak memang penggemar nasi Arab. Malangnya di sekitar Ipoh ni susah nak dapat Nasi Arab yang betul-betul kena dengan tekak, kebanyakannya nasi yang disediakan terlalu kering dan tak terasa rempahnya. Baru-baru ini saya berkenalan dengan seorang rakan FB Kak Mahani Hussin yang juga merupakan pembekal rempah Nasi Arab @ Mixed Spice dari Lydia Honey yang famous tu. Apa lagi saya  pun tak melepaskan peluang membeli Arab Mixed Spice dari Kak Mahani. Kak Mahani siap bagi beberapa resepi Nasi Arab untuk dicuba. Bila berbual dengan beliau, barulah saya faham kaedah penyediaan Nasi Arab yang sebenar. Tak lah susah manapun. Nasi Arab yang pertama saya cuba ialah Nasi Mandhi, tapi yang ni saya kongsikan kemudian ya. Hari ni saya nak berkongsi resepi Nasi Maqlubah atau juga dipanggil "Up-side Down Rice". Kenapa dipanggil begitu? Teruskan membaca resepinya lebih lanjut.


Nasi Maqlubah 

Bahan A:

1 ayam dipotong empat – saya guna 3 ketul whole leg chicken
2 helai daun bay
1 inci halia ketuk
1 ½ batang kulit kayu manis
2 bj bawang besar – potong 4
3 ulas bawang putih – ketuk
3 bj buah pelaga
½ sdt serbuk lada hitam
1 sdt Arab mixed spice
Air secukupnya untuk merebus serta memasak nasi

Rebus semua bahan-bahan di atas selama 40 minit atau hingga betul-betul lembut. Selepas itu keluarkan ayam dan tapis air rebusan.

Bahan B:

Ubi kentang
Terung
Lobak merah
Bunga Kobis
½ cwn  minyak masak, 1 sdb olive oil.

Panaskan minyak dan  semua bahan di atas dipotong kasar dan digoreng hingga keperangan. Tos dan ketepikan.

Bahan C:

3 cawan beras Basmathi – basuh, rendam dengan 1 sdb garam selama 1-2 jam. Selepas itu tapis dan ketepikan.
1 sdt Arab Mixed Spice - campurkan dalam beras

Cara memasak nasi:

Aturkan bahan B di dasar periuk nasi. Letak pula ayam tadi. Masukkan pula beras.Akhir sekali tuangkan air rebusan secukupnya @ 4 ½ cawan (ikut jenis beras yang digunakan). Biarkan mendidih. Selepas itu tutup dengan aluminium foil dan tindih dengan tutup periuk. Biar hingga nasi masak sempurna. Bila nasi dah masak, biarkan lagi selama 10 minit, baru buka tutup periuk tersebut. Terus terbalikkan periuk dan tuang nasi dan lauk dalam dulang besar. Keadaannya selepas dituang nasi dibawah sekali diikuti dengan ayam dan sayur. Hias dengan kismis dan kacang gajus. Sebab itulah ia dipanggil "Upside Down Rice", sebab bila memasak, lauk di bawah, nasi di atas, tapi bila dihidang sebaliknya pula.  Nasi Maqlubah juga dimakan bersama Salata dan Salsa serta sop dari air rebusan.

Salata:

Campuran mayonis atau yogurt, jus lemon, daun ketumbar, garam serta gula.
Sayur tomato, timun, karot dipotong dadu.
Campurkan semuanya . Simpan dalam peti sejuk.

Salsa:

Tomato
Capsicum/Cili merah
Bawang besar
Bawang putih
Daun ketumbar
Jus lemon
Garam, gula
Kisar kasar semua bahan. Simpan dalam peti sejuk.
 


Memang berpuas-hati dengan kejadian Nasi Maqlubah ni. En Hubby pun kata sedap. Kebetulan pula Mak Mertua ada bersama pada hari tu. Mak pun makan bertambah-tambah.

Sesiapa di sekitar Ipoh yang nak mendapatkan rempah Arab Mixed Spice, boleh dapatkan dari Kak Mahani ya.

Selamat Mencuba!

1 comment:

  1. Macam ni makan kena guna dulang besar makan ramai-ramai baru best kan Mar.
    Kakak dan terliur tengok. Teringat masa di tanah suci ada jual nasi style ini

    ps: kakak tak pernah lagi beli Mixed spice arab. nak kena carilah..

    ReplyDelete

Terimakasih atas komen yang segar

 
copywrite@2015 MyMintroomDESIGNER BLOGS