Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Seperti yang dijanjikan Di Sini , kali ni nak berkongsi resepi Nasi Mandhi yang telah saya cuba tempoh hari. Juga menggunakan Arab Mixed Spice dari Kak Mahani yang saya beritahu Di Sini juga. Resepi Nasi Mandhi ini saya C & P dari Lydia Honey. Nasi Mandhi yang asalnya dari Yaman serta yang asli menurut Lydia dimasak menggunakan periuk khas yang diperbuat dari tanah liat dan dimasak dengan menutup dengan bara api. Tapi tentulah tak praktikal kalau nak ikut 100% memandangkan kita nak buat sekadar untuk makan seisi rumah saja kan. Jadi resepi dan kaedah memasak yang dikongsikan oleh Lydia ni rasa Nasi Mandhi nya dah dekat-dekat dengan rasa asal nasi tersebut. Memang puas hati bila dah boleh sediakan Nasi Mandhi di rumah sendiri. Memang berbaloi. Resepi asal ni menggunakan ayam tapi saya gantikan dengan kepingan daging kambing yang sedikit berlemak supaya lebih moist dagingnya. Apalagi jom semak resepinya ya! Resepinya saya edit sedikit untuk .menambahkan pemahaman dan kerana ada langkah yang saya ubah.
Nasi
Mandhi
Resepi asal: Lydia Honey
Bahan untuk Ayam/Daging:
1-2 sdb
minyak masak
1 ekor
ayam ~ dipotong 2 atau 4 dan dibasuh serta tos - ( saya gantikan dengan 4 ketul daging kambing )
1/2 sdt
ketumbar - biji
1/2 sdt
jintan manis - biji
1/2 sdt
lada hitam - biji
1-2 helai
daun bay
1sdt all
spices (Arab Mixed Spice)
1 biji
bawang besar ~ belah 4
1 inci
halia- diketuk sedikit
Garam
secukup rasa
Air
secukupnya untuk merebus ayam
2 ulas
bawang putih - diketuk sedikit
Bahan Untuk Nasi :
4 cawan
beras basmathi - cuci bersih, rendam selama 30 minit dengan air garam dan toskan
3 camca
besar minyak sapi (saya guna 2cmb ghee + 2cmb canola oil)
10-12
cawan air/ stok ayam/daging
1/3cwn
kismis (tak letak pun tak apa)
1 sdt Arab Mixed Spice - ini saya tambah
Rempah tumis:
1 batang
kulit kayu manis
3-4 biji
buah pelaga
1 kuntum
bunga lawang
4 kuntum
bunga cengkih
Sedikit
pewarna kuning/ safron- tak ada pon tak apa (saya tak letak)
Garam
secukup rasa.
Seketul
arang (kecil saja dah cukup, sebesar telo ayam grade D..)
Bahan lain:
Aluminium
foil
Penyediaan Ayam:
Rebus
ayam bengan semua bahan di atas kecuali pewarna hingga empuk. Keluarkan dari
periuk, toskan airnya dan sapukan dengan pewarna** yang dicampurkan sedikit
minyak pada keseluruhan ayam dan ketepikan. Air rebusan ayam simpan untuk
masak nasi.
Didihkan
stok ayam/daging bersama ghee/ minyak, kismis dan rempah tumis hingga betul-
betul menggelegak, dengan api yang besar masukkan beras serta bahan untuk nasi yang lain, tutup periuk dengan
penutup periuk, biarkan hingga mendidih.
Bila
mendidih, garam secukup rasa, kacau sedikit dan biarkan nasi masak 3/4 masak,
dan toskan airnya sedikit, jangan kering kontang pulak just tinggalkan
sikit bagi lembab masa nak wapkan nanti supaya tak kering/ hangus. Dalam periuk
lan lain yang besar masukkan nasi tadi dan susunkan ayam/ daging dalam periuk,
buat lubang ditengah-tengah nasi dan letakkan cawan kopi/lompang, letakkan
seketul kecil arang yang telah dibakar hingga berbara, tuangkan sedikit minyak
masak/zaitun pada arang tu..masa ni asap akan keluar berkepul-kepul
( saya masak nasi guna rice cooker dan saya skip bahagian yang berwarna merah, bila nasi 3/4 masak terus susun daging atas nasi dan letakkan arang seperti dalam arahan )
Dengan
api yang paling kecil, tutup periuk dengan aluminium foil cepat- cepat dan
kemas supaya asap tak terkeluar dan cover dengan tudung periuk, kalu ada lesung
batu letak atas tudung periuk tu kasi berast supaya asap tak kelua, tanak seperti
biasa dan biarkan supaya aroma asap arang tadi meresap ke dalam nasi lebih
kurang 5-10 minit dan offkan api.
Buka
tudung periuk dan keluarkan foil bersama arang, titiskan 2-3 titik pewarna
kuning dan biarkan selama 5-10 minit baru gembur nasi dengan garfu Kalu tak
letak kaler pada nasi pon tak apa
Hidangkan
dengan salasa tomato dan salad (jarjir/salad/lemon/kubis/carrot, timun, dan
bawang besar yg kaler putih)
Blend 1 -
2 biji fresh tomato + 1-2 biji cili hijau+1 biji bawang besar (kalau nak pedas
letak la ciliapi). Masukkan jus lemon dan garam secukup rasa. Jangan masak,
terus hidangkan saja..enak kalau sejuk, saya buat awal & simpan dalam peti
sejuk sebelum hidang),
Selamat Mencuba!
Bila kakak nak buat kelak kakak harap kakak boleh refer sini
ReplyDeleteMenarik dan kelihatan sedap pulak tu.
terima kasih atas resepi mandhi ni... nanti satu hari saya akan cuba... nak try skill memasak
ReplyDeleteSekali sekala tukar selera arab ok jugak kan..
ReplyDeleteThanks share recipe..
Salam kenal! Blongnya keren dan enak;)! Saya lihat bahwa Anda upload banyak foto makanannya. Apa Anda mau mengembangkan blognya lagi?
ReplyDeleteKunjungi page kami di: www.kumpulbagi.com Semuanya gratis, cepat dan tanpa limitasi. Anda bisa upload sebanyak files (audio, video, pdf, jpg, dll.), membuat koleksi berkas dan bagikan dengan lainya. Coba servis kami tanpa registrasi :)