Ayam Cili Kering (stir fry)

Wednesday, August 20, 2014



Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Jika anda seorang isteri yang bekerjaya, tak punya banyak masa serta perlukan resepi yang ringkas untuk disediakan buat keluarga tercinta, resepi ini untuk anda. Pertama kali saya mencuba resepi ini terus menjadi kegemaran kami sekeluarga. Sudah beberapa kali saya menyediakan menu ini dengan menggunakan bahan yang berbeza iaitu dengan isi ayam, daging dan ayam "drummet", tetap memuaskan selera kami. Kalau suka boleh juga dengan udang, sotong, isi ikan dan juga ketam. Memang sangat sedap. Sangat-sangat fleksibel.

Resepi asal yang saya perolehi hasil perkongsian dari rakan FB ini hanya menggunakan isi ayam sebagai bahan utama, tapi saya telah olah kembali dengan mencampurkan sedikit sayuran yang bersesuaian. Apalagi, jom semak resepinya.


Ayam Masak Cili Kering (stir fry)
Print Recipe 
Sumber: rakan FB
Olahan: Marsita

Bahan:

300g isi ayam - hiris (perapkan isi ayam dengan kicap pekat  
dan serbuk kunyit)

Sementara itu kita sediakan bahan lain.

Bahan lain:

5-6 batang kacang buncis atau kacang panjang - potong serong
1 btg lobak merah - kerat setengah dan hiris kasar
( atau boleh letak apa2 sayur yg sesuai yang anda suka seperti terong)
, bendi, kobis dan sebagainya asalkan jangan sayur yang berdaun, tak sesuai)

6 ulas bawang putih ketuk dan dicincang halus
10 tangkai cili kering di gunting , basuh dan toskan
1 labu bawang besar dibelah 4 dan dileraikan dari kelopaknya
3 sudu cili serbuk apa-apa jenama yg disukai
3 sudu besar cili sos

1 sudu besar sos tiram - optional

Cara:


Untuk menggoreng (stir fry) minyak secukupnya sahaja dan api kena cukup panas serta kuali yang melengkung dan agak nipis. 

Bila minyak dah cukup panas, masukkan ayam tadi, balik-balikkan sehingga luarnya garing sedikit. Jangan lama sgt ye, nanti isi dalamyanya kering, tak sedap. Angkat dan ketepikan. Goeng pula sayur lobak dan kacang buncis tadi. Tak perlu lama sangat kalau suka yang crunchy. Angkat dan ketepikan.

Ambil minyak lebihan ayam tadi goreng bawang putih sampai wangi jgn sampai hangus nanti lauk jadi pahit, masukkan cili kering, goreng sampai garing.  Terus sederhanakan api dan masukkan cili serbuk kacau dan masukkan sedikit air. Masukkan pula sos cili kacau sebentar, masukkan ayam, sayuran dan bawang besar. Sesuaikan rasa mengikut selera anda.

Rasanya pedas-pedas manis. Nyum-nyum. Boleh makan dengan nasi panas-panas.
Kalau nak tahu betapa fleksiblenya resepi ni. Kalau tambah serai, cili api, daun limau purut dan jus limau, boleh jadi lauk untuk nasi paprik.

Nota: Kalau nak gunakan daging dan daging tu jenis yang liat, rebus dulu hingga empok, toskan, perap dgn kicap & kunyit baru goreng. Air rebusan tu boleh gunakan semasa memasak gantikan dengan air biasa.

Selamat Mencuba!

2 comments:

  1. Salam. Selamat hariraya. Lama betul tak merayau sini.
    Sedappp nampak ayam tuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Syawal Bundo...lama x sembang kan...rindu lak rasa :(

      Delete

Terimakasih atas komen yang segar

 
copywrite@2015 MyMintroomDESIGNER BLOGS