Masak apa hari ni?

Tuesday, January 15, 2013


Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Dah sarapan ke belum? Tengah mengemas rumah sambil dengar radio? Biasalah bagi seorang suri rumah. Sambil melayan halwa telinga, letih dek kerja rumah yang tak pernah selesai pun  tak terasa sangat kan?

Hari ni kita layan sikit lauk makan malam saya semalam. Tiada yang istimewa, ringkas sahaja cuma Gulai Pisang Muda dan Siakap Tiga Rasa. 

Kalau saya masak apa-apa saja gulai yang berasaskan buah tak kiralah buah pisang, betik atau labu, saya mesti teringat pada adik yang bongsu. Ada cerita di sebaliknya. Masa adik masih bersekolah dulu,  arwah mak masak lauk gulai betik muda. Adik saya tak pernah tengok arwah mak masak lauk betik muda. Bila dia nampak lauk tu terhidang atas meja bila balik dari sekolah, dia pun tanya "Lauk apa ni mak?" Arwah mak pun jawablah gulai betik. Adik saya tanya lagi, "Kenapa mak masak buah?" Arwah mak pun tersenyum lalu menyuruh adik cepat-cepat makan, "Banyak pulak soalnya," kata arwah mak lagi.

Bila saya balik, saya tanya pulak pada adik, "Mak masak lauk apa hari ni?" Lalu adik jawab, "Mak, masak buah betik.., tapi sedaplah." :)

Hingga kini saya masih ingat kisah ni..dan bila teringat saya akan tersenyum sendiri...


 Gulai Pisang Muda
Klik! untuk print resepi )
Oleh: mymintroom
Resepi Bonda

Bahan:

10 biji pisang muda  - kupas kulit pisang dan potong dua. Boleh juga ambil kulitnya sekali kalau suka. Kemudian rendamkan pisang dengan air garam sementara menyiapkan bahan-bahan yang lain. Cuci bersih pisang dan toskan.
15 biji cili api - dikisar @ terpulang pada tahap kepedasan yang disukai
5 biji bawang merah - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
1 batang serai - dititik
Segenggam ikan bilis - tumbuk kasar
2 inci kunyit hidup
1 cawan santan pekat
3 cawan air
Garam secukup rasa

Cara :

Masukkan bahan kisar kedalam periuk bersama pisang, ikan bilis dan 3 cawan air.
Masak sehingga pisang lembut
Masukkan santan pekat
Biarkan mendidih sekejap, masukkan garam secukup rasa.
Sedia untuk dihidangkan.


 Ikan Siakap Tiga Rasa
( Klik! untuk print resepi )
Oleh: mymintroom

Bahan:

    1 ekor ikan siakap sederhana besar
    1 SB sos ikan/nampla
    1 SB sos tiram
    2 SB sos cili
    2 SB sos tomato
    2 SB jus limau/lemon
    1 biji tomato- di potong dadu
    1/2 btg timun - dipotong dadu
    sedikit garam dan gula secukup rasa

 Bahan Kisar:

    3 ulas bawang putih
    1 labu bawang besar
    1/2 inci halia
    1/4 cawan cili kisar

Cara:

Ikan di bersihkan, kelarkan sikit, cuci dan toskan. Gaulkan dengan sedikit garam dan kunyit. Goreng garing. Angkat dan toskan, letak dalam pinggan yang akan diguna untuk menghidang.
Tumiskan bahan kisar sehingga terbit minyak. Masukkan semua jenis sos dan gaul rata.
Masukkan sedikit air. Masukkan tomato dan timun yang dipotong dadu. Gaul lagi.
Masukkan sedikit garam dan gula. Perasakan, sekiranya dah cukup masin, masam dan manisnya bolehlah tutup api. Tuangkan kuah sambal ke atas ikan siakap yang telah di goreng tadi.

 Wassalam...

15 comments:

  1. Waaa... sedap nmpk gulai pisang muda tu...

    ReplyDelete
  2. wahh! lauk kampung yg sedap! tun xpenah masak sendiri pisang muda nih

    ReplyDelete
  3. Salam Tun, balik kg hari tu MIL bekalkan pisang muda...

    ReplyDelete
  4. Masak lemak pisang muda... rasanya dah bertahun tak pernah makan.

    ReplyDelete
  5. hmmmm... gulai pisang tu yg akak paling suka sekali.... mmg selera kampong akak ni.. hehehh..

    ReplyDelete
  6. ishh dah lama kak mar tak makan gulai pisang muda.... sedapnyer..

    ReplyDelete
  7. Hazila, selalu makan pun masa kenduri-kendara, ini 1st time buat sendiri.

    ReplyDelete
  8. Kak Madiha,,,kadang2 mmg selera kg tu datang meronta-ronta teringinnya.

    ReplyDelete
  9. Mayang...mmg sedap tambah2 kalau makan ramai2.Bersilang2 tgn:)

    ReplyDelete
  10. salam syg kak mar,
    aritu balik dr kampung amik pisang muda..berangan nk buat gulai pisang..sampai pisang tue masih x terbuat2 he hhee ..dh lama x mkn gulai pisang kak:)

    ReplyDelete
  11. waduhhh..sedapnya lauk pauk akk tu... gulai pisang tu..nyum..nyum..

    ReplyDelete
  12. Salam syg dik Zila, hih hik tak pe nanti pisang tu masak buat aje kek..:)

    ReplyDelete
  13. Terimakasih Mas...akak makan ratah aje bila dah masak gulai ni...lagi sedap..:)

    ReplyDelete
  14. mmg suka buat 3 rasa ..

    ReplyDelete

Terimakasih atas komen yang segar

 
copywrite@2015 MyMintroomDESIGNER BLOGS