Kek Minyak

Wednesday, August 06, 2014



Assalamualaikum & Salam Sejahtera,  

Lama dah nak mencuba kek yang suatu ketika pernah mencetuskan fenomena ni. Ramai blogger yang dah mencuba semua kata sedap. Baru-baru ni saya semak semula resepi-resepi yang ada di Google, semuanya lebih kurang sama aje. Tengok pada resepinya memang mudah sangat.Ternyata sedap walaupun menggunakan minyak tanpa mentega. Saya buat dua adunan kek ni untuk di bawa balik raya baru-baru ni. Semuanya suka.


Resepinya saya skodeng dari blog Lina. TQ Lina, akak kongsikan di sini pulak ye.

Kek Minyak
Original : MyResipi
Sumber : LiNa Pg
Bahan: (8x8inci / 9in)

5 biji telur – saya guna gred A
3/4 cawan gula halus (LiNa Pg gn 1/2 cawan gula kastor)
2 cawan tepung gandum
1 sk baking powder
1 cawan susu pekat (LiNa Pg gn 3/4cawan)
1 sudu besar ovallate
1 cawan minyak masak
perasa nenas / pisang / ape2 ikut suka/pewarna
1 sudu teh esen vanila

Cara:

Panaskan oven suhu 170'C
Ayak tepung gandum bersama baking powder.Ketepikan
Lenser loyang kek dgn mentega.Alaskan dengan baking paper.
Pukul telur bersama gula dan ovallate hingga kembang.
Masukkan susu pekat dan esen vanila. Pukul lagi sekejap.
Masukkan minyak masak dan perasa sambil dipukul lagi tapi hanya sekadar untuk adunan bergaul rata.
Akhir sekali masukkan gandum. Gaul rata. Selepas itu, bahagikan adunan kepada 3 warna.
Tuangkan ke dalam loyang, marble ikut kreativiti
Bakar hingga masak.Suhu bergantung kepada oven masing2 (LiNa Pg bakar suhu 165'C selama 50min api atas dan bawah)
Biarkan kek sejuk barulah dipotong dan hidangkan.
 

Selamat Mencuba!!
Atau untuk tempahan sila hubungi 019-4400205 (WhatsApp)

1 comment:

  1. nampaknye kek raya kita sama..hehe! SHRMZB dari akak sekeluarga ye!

    ReplyDelete

Terimakasih atas komen yang segar

 
copywrite@2015 MyMintroomDESIGNER BLOGS