Kek Marble Gebu dan Lembut

Tuesday, August 05, 2014



Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Masih dalam mood raya? Rasanya masih belum terlewat untuk mengucapkan Salam Idil Fitri buat semua. Entri ni entri tertunggak dari sebelum bulan posa lagi. Mencuba resepi kek marble dari Azie Kitchen ni memang berbaloi...sangat sedap dam moist serta gebu. Resepi asal sepatutnya kuning telur dan putih telur di pukul berasingan, tapi saya agak m.....s sikit jadi saya pun ikut cara Azie, saya tak asingkan putih telur dari kuningnya untuk pukul berasingan tapi buat macam kek biasa iaitu
mentega dan gula diputar sehingga kembang, kemudian masukkan ovallete, susu dan vanila. Pecahkan telur sebiji sebiji sambil terus diputar. Akhir sekali masukkan tepung sedikit demi sedikit.  Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan warnakan mengikut warna yang disukai.

Saya kongsikan resepinya di sini ya.


Kek Marble
Sumber :  Azie Kitchen
Print Recipe



Bahan bahan:

8 oz/227gm mentega
6 oz/170gm tepung gandum
6 oz/170gm gula kaster
5 biji telur dari fridge
3 sb susu pekat
1 sk baking powder
1 sk esen vanilla
1 sb ovalette
3-4 sudu makan serbuk koko -diayak (guna coklat emulco)

Cara:

Ayak tepung bersama baking powder. Pukul mentega, susu dan esen vanilla hingga kembang.
Di dalam bekas lain, pukul putih telur hingga ringan lalu masukkan gula sedikit demi sedikit hingga adunan rata.
Masukkan telur kuning sebiji sebiji ke dalam adunan putih telur dan pukul hingga rata. Masukkan ovalette dan adunan mentega dan pukul lagi hingga rata.

Akhir sekali masukkan tepung sedikit sedikit dan gaul satu arah. Apabila rata bahagikan adunan kpd beberapa bahagian dan masukkan warna atau emulco pilihan anda.

Tuang adunan ke dalam loyang 8 in persegi secara selang seli dimulai dengan adunan asal. Lorek dengan menggunakan chopstick.
Bakar pada suhu 180C selama 45 minit atau sehingga masak. Saya guna suhu 170C selama 50 minit.

Nota:
Kalau menggunakan mesin, jgn diberhentikan semasa sedang mengadun. Jika mengunakan tangan, harus pukul lebih lama sedikit krn adunan mesti kembang dan rata.
Jika menggunakan cara biasa, telur tidak perlu dimasukkan ke dalam peti sejuk kerana ia susah sebati dengan adunan mentega


Selamat Mencuba dan saya juga sedia mengambil tempahan untuk kek ini.
Hubungi 019-4400205 untuk tempahan.

6 comments:

  1. Patut le nmpk gebunya....mesin kena jalan selalu...sy simpan resepinya dlu ye kak...nnti bole try ni...:)

    ReplyDelete
  2. Salam Kak .

    Nampak sedap kek tu..nak try buat juga la..mohon izin copy ya..
    Selamat hari raya & maaf zahir batin

    ReplyDelete
  3. akak dah lama nak buat tapi belum lagi terbuat sampai sekarang ni mesti copy jugak resepi ni Mar..

    ReplyDelete
  4. Mar, menelan air liur. Gulp gulp, my feveret cake

    ReplyDelete
  5. mak aih..gebunya kek marble nih..sy suka kek macam ni.terima kasih kongsi resepi dan sy pun nak simpan dan share resepi kek ni ye..:)

    ReplyDelete

Terimakasih atas komen yang segar

 
copywrite@2015 MyMintroomDESIGNER BLOGS