Kuih Tepong Gomak aka Abok-abok

Friday, August 08, 2014

 

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Kuih ni memang menjadi kegemaran tambahan lagi kalau di bulan puasa. Azam tahun ni, nekad takkan menapak ke bazar Ramadan menyebabkan saya usaha juga buat kuih ni di bulan Ramadan yang baru berlalu. Seumur hidup tak pernah buat kuih ni. Tapi bulan puasa kali ni, dua kali saya buat kuih kegemaran saya ni. Alhamdulillah, anak dan suami pun suka. Kita semak aje resepinya ya.

Abok-Abok
Sumber: Resepi Raidah
Bahan untuk menyalut kuih(abuk2):

500g kacang hijau

Cara penyediaan:

Basuh dan toskan kacang hijau.
Goreng kacang hijau sehingga kekuningan dan diangkat.
Kisar kacang tadi dengan menggunakan pengisar kering. Kisar sekejap sahaja untuk membuang kulitnya dahulu. Tampi untuk membuang kulit kacang yang tertanggal.
  Kemudian barulah kisar kacang tersebut sehingga hancur dan menjadi tepung. Ayak kacang supaya mendapat tepung yang halus. Lakukan mengisar kacang sehingga semuanya habis.
  Simpan didalam bekas sebelum digunakan untuk menyalut kuih.

Bahan inti:

1 biji kelapa parut
200g (2ketul) gula melaka atau gula merah
1/2 cawan gula pasir @ secukup rasa
1 sudu besar tepung gandum
Secubit garam
1 helai daun pandan
Air.

Cara penyediaan:

Masak gula melaka, gula pasir, sedikit garam dan daun pandan bersama air sehingga gula hancur. Angkat dan tapiskan.
Masukkan kelapa,tepung gandum ke dalam air gula tadi. Kacau sehingga inti masak dan sebati. Angkat dan sejukkan terlebih dahulu.
  Untuk memudahkan kerja, bulat2kan inti terlebih dahulu dan ketepikan.

Bahan kuih tepung gomak:

500g tepung pulut
Sedikit garam
Air secukupnya

Cara penyediaan:

   
Bancuh/gaulkan tepung pulut dengan air yang telah dicampur sedikit garam(sesedap rasa) sedikit demi sedikit sehingga adunan sebati/kental . Buat sama macam bancuhan kuih buah melaka.
Ambil sedikit adunan, bulatkan dan leperkan. Masukkan inti dan bulatkan serta leperkan semula.
  Masakkan air, setelah mendidih masukkan kuih dan masak sehingga kuih timbul(naik ke atas) barulah diangkat.
  Kemudian gaulkan dengan tepung kacang hijau sehingga menyaluti kuih dan bolehlah dihidangkan.


Selamat Mencuba!!

2 comments:

Terimakasih atas komen yang segar

 
copywrite@2015 MyMintroomDESIGNER BLOGS