Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Syukur, masih berpeluang bernafas di bumi Allah ini. Semoga keluarga dan teman-teman sihat sejahtera juga hendaknya ya.
Sebenarnya ini kali ketiga, tiga hari berturut-turut dari Jumaat hingga Ahad lepas buat Kek Pisang dari resepi yang sama tapi kali ketiga baru sempat bergambar sebab yang kedua-dua sebelumnya tak sempat. Cepat beno habisnya. Tak sempat sejuk pun. Tapi memang makan panas lagi sedap kan:)

Si Bujang tu suka kalau ada coklat chip kat atasnya jadi saya tabur ajelah sebelum bakar.
Kek Pisang Gebu
( Klik! untuk print resepi )
Bahan:
1 cwn pisang yang telah dilenyek
2 cawan tepung gandum *
1 sudu teh soda bikarbonat *
1 sudu teh serbuk penaik *
Secubit garam *
1 cawan gula halus/kastor
2 biji telur gred A
½ cawan minyak jagung/minyak masak pun boleh
1 sudu besar ovelette
Coklat chip secukupnya
Cara:
Panaskan ketuhar pada suhu 180 C
Sediakan loyang berukuran 8 inci. Griskan loyang dengan sedikit butter.

Ayak
semua bahan bertanda *.
Dalam bekas pemutar satukan semua bahan dan pukul hingga adunan likat dan pekat.
Tuangkan dalam loyang dan taburkan coklat chip.
Bakar selama 45 minit ~ 1 jam bergantung pada ketuhar masing-masing.
Dalam bekas pemutar satukan semua bahan dan pukul hingga adunan likat dan pekat.
Tuangkan dalam loyang dan taburkan coklat chip.
Bakar selama 45 minit ~ 1 jam bergantung pada ketuhar masing-masing.
Wassalam...
lamanya saya tak baking.bila tengok kek pisang ni mcm nak buat la cuti Khamis ni sempena maulidur Rasul
ReplyDeleteHi Ina, buat jangan tak buat...pakai blender kejap dah siap:)
ReplyDeletenampak sungguh d'licious kek tu..marsita...
ReplyDeleteTQ Mori:) mmg sedap...
ReplyDeletecantik dan gebunya kek pisang mar..lama saya tak buat kek pisang...sedapnyer...lagipun pisang kaya dgn vitamin c...tak der stok pisang kat umah...asal beli je habbis kena makan dgn suami hahhaha
ReplyDeletealahai sedapnyer... tun mmg hantu pisang.. tiap2 minggu kalau ke pasar mesti cari pisang.
ReplyDeletenampak gebu sgt
ReplyDeleteTQ Tun, Mieza.
ReplyDeleteTQ KA.