Tuesday, January 22, 2013

Ayam Kicap Pedas Berdaun Kari


Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Hari ni nak berkongsi resepi yang bukan saja mudah dan ringkas tapi juga sedap. Ini entry tertunggak sebenarnya.Tak ingat pulak bila saya memasaknya. Mula-mula plan nak masak kari...lepas tu tiba-tiba tukar plan. Daun kari yang dah dipetik terpaksa digunakan juga daripada terbiar begitu saja. Bila campur ke resepi ni maka jadilah ia  Ayam Kicap Pedas Berdaun Kari:).

Ayam Kicap Pedas Berdaun Kari
( Klik! untuk print resepi )

Bahan:

1/2 ekor ayam
3 tangkai daun kari *
3 biji bawang merah *
3 biji bawang putih *
2 inci halia *
1 sudu jintan manis *
10-15 biji cili kering *
1/2 sudu serbuk lada hitam
5 sudu kicap pekat
2 SB air asam jawa
sedikit gula perang @ gula biasa pun boleh
sedikit air
2 biji ubi kentang - potong ikut suka

Cara:
   
Ayam dipotong kecil, basuh dan toskan. Lumur dengan kunyit dan sedikit garam. Goreng hingga separuh masak. Angkat dan ketepikan. Goreng ubi kentang hingga empuk. Angkat dan ketepikan.
Kisar semua bahan yang bertanda *.
Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar tadi hingga naik bau.
Masukkan kicap, air asam jawa dan sedikit air.  Kacau hingga sebati.
Masukkan ayam, ubi kentang dan gula. Kacau lagi hingga sebati. Seimbangkan rasa. 
Akhir sekali masukkan lada hitam.  Kacau sekejap  dan siap dihidangkan.

Wassalam...

9 comments:

  1. Petang ini nak try resipi inilah... nampak menyelerakan...

    ReplyDelete
  2. wow sedapnya ayam kicap pedas ni mesti nak kena try sbb akak selallu kicap mmg tak pedas punya

    ReplyDelete
  3. Klu pedas bru rasa sedap kn kak mar.zila suka jgk buat camne.

    ReplyDelete
  4. Sama2 KA.

    Zila, betul tu. Kalau tak pedas tak jalan kan?

    ReplyDelete
  5. satu idea yang bagus...
    nanti nak cuba jugak ni. tq

    ReplyDelete
  6. wow kak,ada kicap2 ni mesti best punya..budak2 lagilah suka..

    ReplyDelete

Terimakasih atas komen yang segar