Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Dulu masa kecil kalau saya merajuk sayang dengan arwah mak, antara masakan yang selalu arwah sediakan untuk pujuk saya balik ialah lauk singgang ikan. Atau kalau demam pun lauk inilah juga arwah mak selalu masakkan untuk saya. Belum makan lagi dah hilang demam tu. Kalau makan lauk singgang ni saya makan macam makan sop aje..., letak nasi sejemput kat tengah mangkuk, letak lauk sikit je, lepas tu tuang kuah dia sampai penuh mangkuk...hirup kuah dia slurpppp...!!! Tapi kena ada pedas ciliapi, masam mesti nak lebih, cukup masin dan lemak manis kat hujung-hujung...kalau tak pun tuang kicap manis masa nak makan...emmm...apa lagi nak cakap...sehingga menjilat siku lah jawabnya.
Bila tengok lauk Singgang Daging yang terpampang kat rumah Gee beberapa hari lepas teruslah teringin. Tak pernah buat singgang dengan daging. Selalu dengan ikan saja. Terimakasih kepada Gee kerana berkongsi resepi ini. Tapi saya ubah-suaikan sedikit megikut selera kami keluarga.
Bila tengok lauk Singgang Daging yang terpampang kat rumah Gee beberapa hari lepas teruslah teringin. Tak pernah buat singgang dengan daging. Selalu dengan ikan saja. Terimakasih kepada Gee kerana berkongsi resepi ini. Tapi saya ubah-suaikan sedikit megikut selera kami keluarga.
Singgang Daging
Sumber: Gee
Sumber: Gee
Olahan: mymintroom
Bahan:
Bahan:
320g daging lembu
5 tangkai cili kering - di potong , ini saya tak letak
1 camca besar ketumbar - saya kisar halus guna pengisar kering
4 keping asam keping
2 batang serai - dititik , ini saya tambah
1/2 inci halia - hiris nipis , ini saya tambah
3-4 helai daun limau purut, ini juga saya tambah
Garam secukup rasa
1 sdt gula- ini saya tambah juga
3-4 helai daun limau purut, ini juga saya tambah
Garam secukup rasa
1 sdt gula- ini saya tambah juga
Bahan kisar:
10 ulas bawang merah
Setengah biji bawang besar - ini saya tambah
7 ulas bawang putih
1 besar ibu jari kunyit
1 besar ibu jari kunyit
1 ½ besar lengkuas
6 biji cili padi - ini saya tambah
1/2 inci halia- ini juga saya tambah
Cara:
Bersihkan daging, kemudian masukkan ke dalam periuk bersama air. Boleh rebus daging dahulu sementara menyediakan bahan kisar.
Tumbuk kasar ( saya kisar halus ) semua bahan-bahan kisar di atas dan masukkan ke dalam periuk tadi. Masukkan juga biji ketumbar yang telah dikisar, asam keping, hirisan halia, serai, daun limau purut dan garam.
Renehkan dengan api sederhana sehingga daging empuk. Seimbangkan rasa masam dan masin. Bila dah seimbang, bolehlah tutup api. Sedia di hidang bersama nasi panas.
Musim-musim hujan ni elok le makan cam gini kan. Kiki pun suka. Cik Suami pun kata sedap dan rasanya lebih kurang sama macam resepi Kaeng Som Pla yang saya buat Di Sini baru-baru ni.
Mutiara Kata:
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Apabila tetamu masuk kerumah maka dia masuk dengan rezekinya dan jika keluar, dia membawa pengampunan dosa orang-orang rumah itu" (Riwayat Ad-Dailami dari Anas r.a.)
Wassalam...
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Apabila tetamu masuk kerumah maka dia masuk dengan rezekinya dan jika keluar, dia membawa pengampunan dosa orang-orang rumah itu" (Riwayat Ad-Dailami dari Anas r.a.)
Wassalam...
nyummm nyumm...
ReplyDeleteOh... kakak pun belum pernah buat singgang daging Mar. Kakak pun nak cuba jugalah sementara daging qurban banyak lagi.
ReplyDeletekalau daging masak apa pun sodap ja kan singgang lagiiiiiii sedapp
ReplyDeletewahh sedap ni..
ReplyDeletekat umah ada tulang lembu lagi..
leh la wat singgang.. smlm baru dok sembang2 ngan jiran kat umah.. dia wat singgang tulang lembu.. ehehe
suka buat ni sedap simple & tk muak bila makan
ReplyDeletewaaaaa...sedap tuh dpt hirup kuahnya... masam2 gitu kan...
ReplyDeleteMrs Eady, macam makan aiskrim lak nyum nyum tu..
ReplyDeleteKak Zakie, cuci tekak, asyik buat rendang aje kan...lemak naik...hi hi...
Kak Noor, mmg sedap lah kak...saya pulak peminat singgang.
ReplyDeleteJass, tulang lagi sedap tu...
Betul tu KA...
ReplyDeleteGee, ya lah tak puas hirup kuah dia... anak & Cik Suami bedal daging, saya bedal kuah lebih...
dappnye kak mar..klu org johor mmg jrg daging tue wt singgang biasa msk kicap atau wat rendang..nie mesti sedap zila x pernah rasa lg:
ReplyDeleteni mesti nk mghabiskan stok daging korbankan...hehe
ReplyDeletexpenah tgk lg daging disenggangkan...
Selalu buat guna ikan kembung je.. erm nampak sedap juga nih.
ReplyDelete