Saturday, November 03, 2012

Banana Coffee Cake



Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Buat apa tu? Golek-golek depan TV ke? Sepanjang minggu ni hujan aje kat sini. Lagilah "heaven" golek depan TV sambil ngunyap kek hitam ni kan. Ish tak senonoh..kok ye nak makan , duduk le. Buruk bebeno lakunya. Tapiiii, hitam bukan sebarang hitam cik oiiii. Meh sini rasa sedap ke tak? Sedap....Heh! heh! Asyik masuk lif naik sendiri aje. 

Sebelum ni kan saya dah kata kat Sini...saya ada banyak stok pisang yang dah di lecek...sabor aje le ye yong, sebab rasanya ada 2-3 lagi resepi berasaskan pisang yang nak dicari, dicuba dan dikongsi. Itupun kalau rajin...kan..kan...Kalau tak berapa nak Ra.... hah apa lagi, lempeng atau cucur je le ye.

Ini pulak resepi seterusnya, Banana Coffee Cake. Dapat kat blog Yummly. Bagus blog ni, siap ada bagi nutrition facts dengan carta rasa masakannya sekali. Resepi kek pun banyak kat sini. Nanti boleh skodeng lagi.

Saya ubah-suai sikit dari resepi asal, ikut citarasa keluarga dan apa yang ada kat dapur tu tapi tak lah lari sangat dari resepi asalnya. Bahan yang mesti di "adjust" bila guna resepi omputih ni tang kandungan gulanya. Maklumlah depa tu suka betul manis-manis ni. Jadi saya kurangkan sikit sukatan gulanya.

Okay, terus ke resepinya bersama terjemahannya sekali kat bawah ya.

Banana Coffee Cake
Source: Yummly
Prepared by: mymintroom

Ingredients:

1 1/4 cups cake flour - I used multi-purpose flour
1 cup unsweetened cocoa powder
1 tsp baking soda
1 tsp baking powder - this I added
3/4 tsp salt - I skipped
2 mashed bananas (ripe) - I put 1 cup of mashed ripe banana
1/2 cup sour cream - I substitute with mayonnaise
2 tbs full cream milk -  this I added
1/2 cup unsalted butter (softened) - I used margerine
1 cup granulated sugar - I put 3/4 cup
1/2 cup light brown sugar (firmly packed)
2 large eggs - I used grade A's eggs
1 tbsp coffee extract (instant espresso powder dissolved in 1 tablespoon hot water) - I substitute with Nescafe
1 tsp vanilla extract - I substitute with banana essence
Confectioners sugar - I substitue with a cup of  chopped ground nuts put on top of batter prior baking

Method:

Preheat oven to 350°F and grease and flour a 10-inch (3-quart) bunt pan, knocking out excess flour. ( I set my oven at 140 Celcius and used 9 x 5 inch baking pan).

Into a large bowl sift together flour, cocoa powder, baking soda (and baking powder), and salt. In a small bowl stir together bananas and sour cream ( I used mayonnaise & full cream milk).

In another large bowl with an electric mixer beat together butter and sugars until light and fluffy and add eggs, one egg at a time, beating well after each addition. Beat in coffee extract (or espresso) and vanilla.

Beat in flour mixture in batches alternately with banana mixture, beginning and ending with flour mixture, until batter is just combined. 

Spoon batter into pan and bake in middle of oven 50 minutes, or until a cake tester comes out clean and cake pulls away from side of pan. Cool cake in pan 10 minutes and invert onto a rack to cool completely. Let cake stand, wrapped tightly, at room temperature overnight.

Dust cake with confectioners' sugar.


Banana Coffee Cake
Sumber: Yummly
Olahan: mymintroom

Bahan:

1 1/4 cwn tepung kek - saya guna tepung gandum
1 cwn serbuk koko (tanpa pemanis)
1 tsp baking soda
1 tsp baking powder - saya tambah
3/4 tsp garam - saya tak letak sebab guna margerin
2 bj pisang yang dilecek (ripe) - saya letak secawan pisang masak yang dilecek
1/2 cwn sour cream - saya ganti dengan mayonnaise
2 tbs susu penuh krim - ini saya tambah
1/2 cwn ulsalted butter (pada suhu bilik) - saya guna margerin
1 cwn gula - saya kurangkan ke 3/4 cwn
1/2 cwn gula perang
2 bj telur (saiz besar) - saya guna telur gred A
1 tbsp ekstrak kopi (espresso segera dilarutkan dalam 1 tbs air panas) -  saya guna Nescafe aje
1 tsp essen vanilla  - saya ganti dengan essen pisang
Gula icing - saya ganti dengan secawan kacang tanah yang di cincang dan tabur atas adunan sebelum dibakar. 

Cara :
Panaskan oven pada 350°F/175 C dan griskan serta tepungkan  loyang bersaiz 10-inci (3-quart), buang lebihan tepung pada loyang. ( Saya set oven pada 140 Celcius dan guna loyang 9 x 5 inc)

Dalam mangkuk, satukan tepung, serbuk koko, baking soda ( dan baking powder) dan garam. Dalam mangkuk kecil yang lain satukan pisang lecek dan sour cream ( saya ganti mayonnaise & susu cair). 

Dalam mangkuk besar yang lain, pukul butter.margerin dan gula hingga ringan dan kembang, masukkan telur satu per satu dan terus pukul lagi. Masukkan pula ekstrak kopi dan essen vanilla/essen pisang, pukul sebentar.

Masukkan campuran tepung sebahagian demi sebahagian diselang-selikan dengan campuran pisang & sour cream tadi dengan memasukkan tepung--> pisang--> tepung--> pisang dan diakhiri dengan tepung. Pukul dengan kelajuan rendah hingga adunan sebati.

Masukkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 50 minit atau hingga bila lidi yang dicucuk keluar kelihatan licin. Sejukkan kek didalam loyang selama 10 minit dan alihkan kek ke redai hingga sejuk dengan sempurna. Balut kek dan biarkan pada suhu bilik semalaman sebelum dipotong.

Bolehlah ditabur dengan gula icing di atas kek sebelum dipotong.

Tuan tanahnya pesan simpan dulu keknya pada suhu bilik untuk semalaman, rasanya tak sempat nak tunggu semalaman kot melainkan kalau buat kek ni malam sebelum tidur. Tapi saya jarangg....jarangg...buat kek malam-malam, selalunya buat waktu pagi. Jadi tak de lah nak simpan kek ni satu malam, cuma beberapa jam aje lah sementara tunggu sejuk. Lagipun siapa ya yang sabor nak tunggu 12 jam...adusss....!


Kalau ikut carta rasa dari blog Yummly tu, rasa kek ni  mengandungi 5 rasa "bitter-sweet-sour-savory-salty", semua rasa tu ada....kira okay lah tu.


Selamat Mencuba ya!

Wassalam...

15 comments:

  1. Menjadi aje bila tangan Mar yg membuatnya. Kakak suka cara Mar hias pun menggoda mata melihatnya.

    ReplyDelete
  2. kak mar nampak so sedappp..meh kasi kita sikit..tgh duk malas nie:)

    ReplyDelete
  3. aduii sedap nampak kek tu Mar,plus kacang lagi tu fav akak dpt makan mesti lentuk habis ni

    ReplyDelete
  4. woww..mmg mengancam kek ni woo! bak akak 2 potong!

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum... kak mar..
    sedapnya kek hitam tu...
    alahai.. terliur tengok lah..
    >> kat sini pun hujan gak.. tapi biasa petang.. kalau pagi2 panas.. sempat ler sidai kain.. :D

    ReplyDelete
  6. Terimakasih Kakzakie...

    Zila..., dah hilang ke sakit blkg tu...bawak rehat byk2 ya...nak anta jauh beno JB tu..

    ReplyDelete
  7. Terimakasih Kak Noor.

    Dr Ina...,alamak dah habis lah kek ni..

    ReplyDelete
  8. Salam kak,
    meh anta skit meh....kalau anak sy nmpk nie...msti dok mintak je....hehe...

    ReplyDelete
  9. Hi Syifa,
    ololo, kecian anak tu...nak bagi pun dah habis la pulak...

    ReplyDelete
  10. Salam.. Kak Mar, baru sempat jenguk blog akak.. Maaf ye lewat blogwalking..

    Sedapnya tengok kek ni.. Pulak tu tengok time nak tidur.. Boleh termimpi2 nih.. InsyaAllah kena cuba resepi ni.. Tq sebab sharing.. :)

    ReplyDelete

Terimakasih atas komen yang segar