Thursday, November 01, 2012

Roti Jala....

 Jala-jala ikan jala tepi pantai
Kita naik sampan kerja ramai-ramai
Dayung-dayung sampan dayung laju-laju 
Mana ada ikan situ kita tuju


Assalamualaikum & Salam Sejahtera, 

Baru balik dari menjala. Lazimnya, pagi bangun 6.15am tapi pagi semalam,  nak gi menjala punya pasal bangun awal. Awal sikit jer...5.45 am :). Dengan hujannya...ombak yang memukul-mukul sampan, nasib tak jatuh ke laut...:) Heh! heh!..

Semalam buat Kari Ayam, sambal yang tinggal cinonit tu dari freezer- lebihan nasi lemak tempoh hari. Biasalah...kalau kari ayam mesti ada lebih atau saja buat bagi ada lebih. Kalau tak pekena ngan lempeng, ngan cucur...kalau terlebih rajin...Roti Jala lah kita. Masuk aje semua bahan ke dalam "food processor" tak sampai 5 minit siap!! Lepas solat Suboh terus menebar jalanya. Buat 2 cawan tepung, tak sampai 40 minit siap!

Selalu menjala salah satunya Di Sini, tapi saya share jugaklah resepinya di sini ya.



Roti Jala

Bahan:
2 cawan tepung gandum
2 cawan air
Sebiji telur
Secubit garam
Sedikit pewarna kuning atau serbuk kunyit

Cara: 
Satukan semua bahan dan kacau hingga sebati. Guna blender atau food processor lagi senang dan cepat. Perapkan setengah jam (tapi saya tak perap sebab masa tak mengizinkan), sebelum mula menebar menggunakan acuan roti jala. Sediakan kuali leper non-stick dan masukkan ke dalam acuan roti jala (saya guna acuan botol sos bercabang 3, cara menebar ada dekat link di atas ya). Tebar/kirai adunan atas kuali. Biarkan hingga roti jala tu masak. Angkat dan gulung/lipat ikut citarasa masing-masing.

Kari Ayam 

Bahan:

1/2 ekor ayam - potong kecil, basuh, toskan
3 biji kentang, kupas belah 4 setiap satu dan rendam
1 keping asam gelugor
2 camca besar cili kisar (nak pedas lagi boleh tambah)
4 camca besar penuh rempah kari daging
Air secukupnya
1 cwn santan pekat
Garam dan gula secukup rasa 


Bahan Kisar:
1 biji bawang besar
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia

Bahan Tumis:

2 tangkai daun kari, leraikan dari tangkai
3 biji bawang merah - hiris halus
2 ulas bawang putih - hiris halus
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih 

Cara:

Panaskan minyak dalam periuk. Masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum, tambah cili kisar dan tumis hingga garing, guna api kecil. Masukkan bahan kisar berserta rempah kari yang dijadikan pes. Kacau rata dan tumis hingga rempah garing dan terbit minyak. Kacau selalu supaya tak hangus dan tak melekat di dasar periuk.

Masukkan ayam, gaul rata dan biar ayam kecut dengan rempah tadi. Masukkan kentang (toskan dulu). Gaul rata. Tuang air secukupnya. Biar mendidih.Tambah asam gelugor dan masak hingga kentang empuk. Masukkan santan dan terus masak hingga kuah cukup kepekatan yang disukai.

Seimbangkan rasa garam dan gula. Masak sekejap lagi, rasa dan jika ok boleh matikan api. Boleh hidangkan bersama makanan kegemaran seperti roti, lempeng dan nasi.

Sambal Ikan Bilis
Sumber: Dayang Jack

Bahan:
3 biji bawang merah (kisar)
1/2 labu bawang besar (kisar)
Belacan bakar secukupnya(kisar)
Segenggam ikan bilis (dibersihkan)
3 senduk cili kering kisar (-/+)
Sedikit air asam jawa
Garam dan gula melaka secukupnya
1/2 labu bawang besar (dihiris)
Cara:
Panaskan minyak secukupnya di dlm kuali. Tumis bahan-bahan kisar diikuti cili kisar hingga pecah minyak.
Masukkan ikan bilis, garam dan gula melaka. Kacau lagi.
Kemudian masukkan air asam jawa dan bawang besar. Apabila bawang sudah layu, bolehlah dipadamkan api. Angkat dan hidangkan.

Saya memang suka resepi sambal ikan bilis ni. Tak guna bawang putih. Memang sedap.


Rasa-rasa boleh jala ikan bilis tak dengan jala ni? Sangkut ke ikan bilis tu dalam jala ni? Mari kita cuba nak? Eh! Eh! Sangkut rupanya...tapi sangkut terus ke mulut...:)


Wassalam...

22 comments:

  1. Sedapnya roti jala,suka makan tapi tak berapa rajin nak menjala.

    ReplyDelete
  2. canteknye jala tu..... uniq sangat... pakai botol 3 corong ke? hmmmm suka makan roti jala cicah kari ayam.. nyum nyum.. pilihan terbaekk.. :)

    ReplyDelete
  3. sedapnyer roti jala tu...mmg pun kalau menjala ikan bilis mesti dpt dan terus masuk mulut...he he he

    ***botol muncung 3 tu beli kat ner...sbb fiza x jumpa lg kat png ni...he he he

    ReplyDelete
  4. Hany...kalau ikut saya pun saya buat lempeng aje..tapi dah ada yang mintak roti jala...kubuat jugaklah.

    ReplyDelete
  5. Hi Jass, emm guna botol ajaib tu lah apa lagi...

    ReplyDelete
  6. Salam Fiza...botol ni susah gak jumpa kat pasaraya atau kedai kat sini. Kedai kat depam umah saya pun cuma ada 2 muncung aje. Kalau nak cuba tanya Kak Jee (Dunia dr Dapur kak Jee) kot2 ada lagi stok. Saya pun beli on9 dari Kak Jee gak.

    ReplyDelete
  7. cantiknya roti jala tuuuu!!
    aauuummmmmm!!!

    ReplyDelete
  8. Mar punya roti jala cantik kotak-kotak dia balance. Bulat dia pun seimbang tu yg makan tak boleh satu-dua. Menjala pun nak ada skill juga nie:)

    ReplyDelete
  9. Hi Cida,kak Zakie, KA,
    thanks...jenuh nak jala nyer tu... hi hi

    ReplyDelete
  10. waaa..sedapnye tgk roti jala akak...lama juga sy tak menjala..

    ReplyDelete
  11. alahai....rajinnya menjala cantik betul jalanya ye.....mesti sedap nie...

    ReplyDelete
  12. NAK SIKIT..KAK TAK RAJIN MENJALA...

    ReplyDelete
  13. Hi Rohah, bukan rajin sgt pun tp anak mintak nyer pasal...x sampai hati lah plak.

    ReplyDelete
  14. Knor, jom kita jala sama2 nak...byk sikit dptnyer:)

    ReplyDelete
  15. fav QH roti jala tu..sedapnya tgk..geram tgk karinya tu..pekat kuahnya...

    ReplyDelete
  16. td baru je tgk dlm rancangan master chef demo roti jala, dok tahan ler air kita ni hah... skali tgk rumah akk pun ada tyg roti jala gak... lagi laaaaa tekak ni nak kan hehehehe....

    jgn lupa kt mas ye hihihihhi....

    ReplyDelete
  17. salam kak mas..jalanye cantik sangat tue..suka tgk..nampak sedap kari tu kak..yummy:)

    ReplyDelete
  18. Qasey, Mas,
    terimakasih...

    Zila cayang,
    sihat dah ker? Nanti kia gi jala ikan erk?

    ReplyDelete
  19. Cantik benar roti jala akak ni.. Kemas sungguh.. Tentu tak cukup satu kalau makan..Tambah sedap kalau makan panas2 time cuaca hujan.. perghhh sedap tu..yummy :)

    ReplyDelete

Terimakasih atas komen yang segar