Ayam Afrika Versi 2

Monday, November 05, 2012



Assalamualaikum & Salam Sejahtera, 

Hari ni hari pertama buat anak-anak yang menduduki peperiksaan SPM. Semuga dipermudahkan hendaknya ya. Minggu ni juga minggu terakhir persekolahan. Pejam celik aje, lepas tu kita akan melangkah ke tahun baru pula.

Resepi Ayam Afrika ni walaupun ianya agak ringkas tapi ada nilai sentimental buat saya. Ini merupakan resepi pertama yang saya kongsikan di alamaya iaitu Di Sini. Masa tu saya baru nak aktif berblogging semula setelah "pause" selama hampir 2 tahun dari Dec 2010-June 2012 kerana berbagai dugaan menimpa. Bila nak blogging semula, saya tertarik untuk beralih ke topik masakan kerana rasanya lebih banyak idea yang boleh dikongsi disamping selitan ringkas kisah keluarga kecil saya dalam setiap resepi buat rujukan serta kenangan. Bak kata omputih...."killing 2 birds with one stone".


Bila ternampak Ayu turut mencuba resepi ini saya agak terkejut dan rasa terharu. Fikiran terus melayang semula satu persatu apa yang berlaku sejak 2 tahun lepas. Bermula dengan kemalangan di highway semasa menuju ke Sg Buloh di raya ke -6, 2010, suami tak ikut masa tu jadi saya yang drive bersama kakak, Kiki dan seorang anak saudara; mujur Kiki dan anak saudara tak cedera cuma lebam sikit kat kaki dan peha, tapi kakak cedera sikit kat buku lali ( terpaksa simen dan bertongkat hampir 2 bulan), saya pun mulanya ingat tak ada kecederaan tapi beberapa bulan lepas tu rasa sakit kat bahagian siku kanan. Rupanya ada otot yang koyak hingga terpaksa buat pembedahan mikroskopik untuk buang/cuci otot yang terkoyak tu. Beberapa bulan lepas tu saya disahkan mengidap SLE/Lupus pula. Hampir 2 minggu terlantar di hospital dan 2 bulan diberi cuti sakit, selepas tu kesihatan agak kurang memuaskan dan mengganggu prestasi kerja sehingga memaksa saya mengambil keputusan untuk berhenti kerja April tahun ini. Alhamdulillah kini kesihatan semakin pulih dan memberangsangkan. Insyaallah dengan izinNya saya akan terus dikurniakan kesihatan yang baik untuk terus bersama keluarga dan teman-teman.

Berbalik ke Ayam Afrika ni memang menjadi kegemaran kami sekeluarga. Ayam masak kicap sebenarnya tapi saya "glamour"kan namanya untuk lebih "komersial" di alamaya, hi hi...Timbul nama Afrika tu, tentulah salah satu sebab kerana 'zat'nya yang hitam manis dan lagi satu, resepinya yang kering, tak berkuah, sekering Gurun Sahara di Afrika. Memang buat saya resepi ni lebih sedap tak berkuah. Sesuai buat berbuka dan sahur tambahan pula pekena dengan nasi panas-panas. Cik Suami kata nampak "elegant" hidangan ni...ada kaler hitam,hijau, merah dan putih tang bawang tu.

Saya kongsikan di sini buat rujukan dan kenangan dengan sedikit aje penambahan ( saya tambah sedikit cuka )  dan perubahan pada caranya atau "step" nya kali ni. Step lama saya masuk kicap dulu baru ayam. Tapi kali ni saya masukkan ayam dulu baru tuang kicap. Rasanya step ni lagi sedap pulak sebab ayam tu bersalut ngan ramuan dulu sebelum salut kicap.


Ayam Afrika
Olahan: mymintroom

Bahan:

Ayam setengah ekor potong kecil
3 bj ubi kentang  – potong ikut suka ( saya letak 1 bj kentang saja kali ni dan dipotong wedges)
3 ulas bawang merah  – dihiris*
2 ulas bawang putih  – di hiris*
1/2 ibu jari halia  – dihiris*
2 btg serai – dititik*
1 bawang besar - hiris bulat
1 sdt lada hitam - dikisar
2 sudu besar kicap manis
2 sudu besar kicap pekat masin
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar madu
Garam secukup rasa - optional ( boleh diabaikan...sebab dah masin tanpa garam )
1 sdt cuka - ini saya tambah 
Cara:

Ayam digaul bersama serbuk kunyit, sedikit garam,sedikit kicap masin dan kicap manis.  Goreng ayam tersebut dengan api perlahan hingga cukup masak. Jika sukakan garing, boleh goreng lama sedikit.  Goreng ubi kentang pula hingga empuk.

Kurangkan minyak anggaran sesenduk kecil dan tumiskan bahan * hingga naik bau.  Masukkan sos tiram kacau lagi. Masukkan ayam, ubi kentang serta lada hitam dan gaul rata.

Masukkan kicap manis dan kicap masin. Gaul lagi.

Bila sudah mesra, masukkan hirisan bawang besar. Kacau lagi sedikit hingga bawang sedikit layu. Jangan layu sangat ya.

Bila nak angkat masukkan madu, balik-balikkan ayam dan sedia untuk di hidang. Kalau inginkan lebih pedas boleh masukkan beberapa cili api (dipotong kecil) sebelum diangkat dari kuali. Selamat Mencuba.

Wassalam...

17 comments:

  1. assalamualaikum..
    saya suka ayam afrika cam gini... kalau buat ayam masak kicap pun nak bersalut camni gak.. kalau cair2 or terbanyak kuah ke.. dah tak best.. :) tapi kalau nak gi berkelah kan.. ini lah menu nya.. kering tapi sedap.. :)

    ReplyDelete
  2. Sedapnya makan dengan nasi panas2.

    ReplyDelete
  3. semoga akk terus sht sejahtera hendaknya... seram plak bc kisah xcident akk tu huhuhu...

    nmpk je aym afrika terus kita bukak blog akk... sedapnya kak tp kenapa afrika hihihihi.... sabau jelah:)

    ReplyDelete
  4. lauk mcm ni mmg kegemaran anak2 .. nak cuba nanti

    ReplyDelete
  5. kiranya ni masak kicap versi kering lah yer...sedap gak... nanti nk cuba lah...

    ReplyDelete
  6. Assalam ita,
    wah versi 2 dah keluar ya..
    memang sedap lauk ni..tak rugi mencuba..

    Harap ita, dah beransur pulih dan harap rajin2 makan ubat tau..kita pun ada cousin yang menghidapi penyakit lupus ni..bersabar ya ita..

    ReplyDelete
  7. Mrs Eady,
    kalau glup aje tercekip nanti sbb lauk ni kering hi hi...make sure ada air kat sebelah ya..

    ReplyDelete
  8. Betul to Norzie..lepas saya buat ni 3 hari lepas tu saya buat lagi...hi hi

    Mas,
    TQ, knp Afrika saya ada tuliskan juga dlm entri...

    ReplyDelete
  9. Mala, cube jgn tak cube...setakat ni saya buat gerenti licin hi hi perasan..

    ReplyDelete
  10. Salam Ayu,
    terimakasih..Alhamdulillah, setakat ni dah beransur sihat...

    ReplyDelete
  11. salam kak, semoga semakin pulih kesihatan akak..wah, lapar pulak tgk ayam afrika akak ni, suka sangat saya ngan ayam masak kaler2 gini, sedap!!

    ReplyDelete
  12. yg simple & sedap mcm ni mmg kena cuba !

    ReplyDelete
  13. wahhhh ayam afrika! mieza emsti cuba malam ni nampak juicy dan sedap!

    ReplyDelete

Terimakasih atas komen yang segar

 
copywrite@2015 MyMintroomDESIGNER BLOGS