Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Apa khabar teman semua? Bagaimana dengan Raya Haji yang baru berlalu? Semoga semuanya berjalan lancar seperti yang di rancang. Saya pun demikian juga. Alhamdulillah, segala yang dirancang bersama kakak ipar berjalan dengan lancar. Walaupun menu yang kami sediakan ringkas tapi tetap meriah. Maklumlah bila dah berkumpul ramai-ramai di kampung, ada aje benda yang nak dibual dan ada saja yang kena sakat. Nanti saya entrikan kemudian ya...
Okay...lama jugak rasanya tak menampilkan apa-apa masakan kat rumah ni. Hampir seminggu rasanya. Lamalah tu kan, sambil tu saya kena kemas sikit rumah yang agak berhabuk ni :). Dan lama jugaklah tak jengah ke rumah teman-teman.., Insyaallah jika ada kelapangan saya akan jengah dan balas balik kunjungannya ya...
Balik dari kampung Sabtu lepas, banyak juga kakak bekalkan pisang awak. Bila dah blend, dapat dalam 12 cawan @ 6 bekas isi Taufoofa tu. Lepas ni kena lah fikirkan apa resepi nak dihabiskan pisang lecek ni. Ini resepi pertama - Banana Cupcake with Honey Cinnamon Frosting. Resepi ini saya perolehi dari Martha Stewart.
Mula-mula nak buat banana cupcake yang simple aje tanpa apa-apa toping sebab tak ada stok kacang atau coklat chips. Bahan banyak tak ada dan lagi agak malaassss nak ke mart. Tapi bila google terjumpa pulak resepi yang ringkas ni.
Tapi saya ubahsuai sedikit mengikut selera, kesediaan bahan dan juga kesesuaian oven yang saya gunakan. Saya bakar pada suhu 130 Celcius selama 20-25 minit. Dan saya juga putar gula dan marjerin sehingga kembang sebelum masukkan bahan basah yang lain dan juga campuran tepung.
Tapi saya ubahsuai sedikit mengikut selera, kesediaan bahan dan juga kesesuaian oven yang saya gunakan. Saya bakar pada suhu 130 Celcius selama 20-25 minit. Dan saya juga putar gula dan marjerin sehingga kembang sebelum masukkan bahan basah yang lain dan juga campuran tepung.
Banana Cupcake with Honey Cinnamon Frosting
By: Martha Stewart
Ingredients:
1 1/2 cups all-purpose flour, (spooned and leveled)
3/4 cup sugar - I reduced a bit
1 teaspoon baking powder
1/2 teaspoon baking soda
1/4 teaspoon salt - I skipped due to use margerine ( salted )
1/2 cup (1 stick) unsalted butter, melted - I used melted margerine
1 1/2 cups mashed bananas (about 4 ripe bananas), plus 1 whole banana, for garnish (optional)
2 large eggs - I used 1 large egg
2 tbs fresh milk - this I added
1/2 teaspoon pure vanilla extract - I used banana essence
Directions:
Preheat oven to 175 degrees C. Line a standard 12-cup muffin pan with paper liners. In a medium bowl, whisk together flour, sugar, baking powder, baking soda, and salt.
Make a well in center of flour mixture. In well, mix together butter, mashed bananas, egg, fresh milk and vanilla. Stir to incorporate flour mixture (do not overmix). Dividing evenly, spoon batter into muffin cups. ( I beat the sugar and margerine until fluffy, add the egg, mashed banana, fresh milk and vanilla essence (banana essence) continue beating, end by adding with mixture of flour and mix well .
Bake until a toothpick inserted in center of a cupcake comes out clean, 25 to 30 minutes. Remove cupcakes from pan; cool completely on a wire rack. Spread tops with Honey-Cinnamon Frosting. Just before serving, peel and slice banana into rounds, and place one on each cupcake, if desired.
Honey Cinnamon Frosting:
Ingredients:
1 1/4 cup confectioners' sugar
1/2 cup (1 stick) unsalted butter, room temperature
1 tablespoon honey
1/8 teaspoon ground cinnamon
Directions:
In a medium bowl, using an electric mixer, beat confectioners' sugar, unsalted butter, honey, and ground cinnamon until smooth, 4 to 5 minutes.
Banana Cupcake with Honey Cinnamon Frosting
Sumber: Martha Stewart
Olahan: mymintroom
Olahan: mymintroom
Bahan:
1 1/2 cwn tepung gandum, (sukat rata)
3/4 cwn gula ( saya kurangkan sedikit)
1 tsp baking powder
1/2 tsp baking soda
1/4 tsp garam - saya tak letak sebab guna marjerin
1/2 cwn (1) butter yang tak bergaram, cairkan - saya guna marjerin yang dicairkan
1 1/2 cwn pisang yang dilecek (anggaran 4 bj pisang yang masak ranum) dan 1 bj pisang utk hiasan (optional)
2 bj telur - saya guna sebiji sahaja sebab saya tambah susu segar
2 tbs susu segar - ini saya tambah
1/2 tsp essen vanilla - saya letak essen pisang
Cara:
Panaskan oven pada 175 degree C. Sediakan 12 cawan muffin dan susun atas dulang pembakar yang dilapik kertas minyak.
Dalam mangkuk, ayakkan bersama tepung, gula, baking powder,
baking soda dan garam. Buatkan lubang ditengah-tengah dan campurkan butter/marjerin, pisang lecek, telur dan essen vanilla/essen pisang. Kacau sebati campuran tepung ( jangan terlebih kacau). Sudukan adunan ke dalam cawan muffin sehingga separuh penuh. ( Saya pukul gula dan marjerin hingga kembang, masukkan telur, pisang lecek, susu segar dan essen pisang, pukul lagi, akhir sekali masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul rata)
Bakar selama 25-30 minit dan apabila lidi yang dicucuk dibahagian tengah ditarik keluar kelihatan bersih bermakna kek telah cukup masak. Keluarkan cupcake dari atas dulang dan sejukkan di atas redai. Sapukan atau paipkan dibahagian atas cupcake dengan Honey-Cinnamon Frosting menggunkan piping. Sebelum dihidang boleh juga hiaskan dengan pisang mentah yang dipotong bulat dan letak di tengah-tengah frosting.
Honey Cinnamon Frosting:
Bahan:
1 1/4 cwn gula ising
1/2 cup (1 stick) butter tanpa garam - saya guna marjerin
1 tbsp madu
1/8 tsp serbuk kayu manis - saya letak 1 tsp
Cara:
Dalam mangkuk sederhana, pukul gula, marjerin, madu dan serbuk kayu manis sehingga gebu anggaran 4-5 minit. Boleh juga letak pewarna jika suka (saya letak sedikit pewarna kuning) dan gaul sebati sebelum paipkan ke atas cupcake.
Memang yummy Banana Cupcake ni...sesuai untuk dijamu waktu minum petang atau sebagai dessert mahupun sebagai hidangan sarapan pagi.
Wassalam...
Kalau kakak tak tunggu bubuh jambul kuning tu Mar. Makan macam tu pun dah lebih dari sedap..
ReplyDeleteKak Zakie... hi hi jambul tu atas permintaan gak tu...
ReplyDeletesedap nyer!!
ReplyDeletesedapnya Mar...
ReplyDeleterajin lah U banyak step gak tu kalau nak ikut haha mood malas lah ni
aduhai sedapnyer !
ReplyDeleteKak...jamu mata jer ker? Jamu lah tekak skali ..hehehe...
ReplyDeleteWaaaa....sedap nmpk cream atas tu...nak membaking mcm malas je nie....huhuhu...
ReplyDeleteassalamualaikum...
ReplyDeleteohh nooo.. saya teruja setiap kali nampak kek pisang.. muffin ni nampak sedap sangat dengan frosting tu.. terguda sangat2 ni tau..
wow kak..menggoda tekak...
ReplyDeleteTengah telan air liur ni
ReplyDeleteSedap nyer...gambar2 pun cantik..
ReplyDeletePisang saya tengah masak tu..adakah saya jugak akan membuat nyer....hehu.n
Nyum nyum... sangat menggoda. :)
ReplyDeleteMartha Stewart.tu kawan kak lah tu...hehhe tak lah suka intai masakkan dia aje..
ReplyDeletesuka dgn cinnamon frosting tu..nanti nak cuba
pandainya memasak..saya ni kdg2 x menjadi kalu buat kek nih
ReplyDeleteMrs Eady, Thanks...mmg yummy dan moist.
ReplyDeleteKak Noor, nampak macam banyak step tapi tak sebab saya yang cakap banyak hi hi...
KA, thanks...mmg sedap apa-apa yang base nyer pisang...saya suka...
ReplyDeleteFiza, nanti saya pos kan hi hi...
Thanks syifa...akak pun sbb banyak pisang, kalau tak malasss jugak.
ReplyDeleteTerima kasih JassNani.
Rohah...ya ke...kalau dekat boleh gaksaya kirim ke rumah.
ReplyDeleteKasih Redha...jangan telan air liur...telan kek...
Rosidah...buat le nanti crite hasilnya..
ReplyDeleteKak Cik Nur, thanks.
ReplyDeleteKnor...yey yeh...nanti criter kat kita hasilnya ya...
mama aryan...akak pun kdg-kdg bila mood ke laut pun dia tak mjadi gak...
ReplyDeletewow mngoda betul nmpknye cc tu...bleh try ni..
ReplyDeleteQH cayang...TQ, cuba nanti bagitahu out comenyer ya...
ReplyDeletecream tu nampak sedap.
ReplyDeleteakk cygg,
ReplyDeletedr mlm tadi dh tgk tp x leh komen..net lombab..he hee sedapnya kak..tang krim atastu yg sedap..piring tu pun chantekk..hehhee zila simpan resepi nnt2 leh try:)
Salam Bundo,
ReplyDeleteMe kacih...mmg sedap...saja buh cinamon lebih sikit..baru terasa rempah dia...tak lah rasa bersalah sgt makan gula banyak hi hi
Zila cayang..hi hi...mmg ternet ni selalu lombap...okay...nati try bagitau sedap ke tak ya...
ReplyDelete