Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Apakhabar semua? Semalam saya tak bersiaran, tapi masih online sekejap-sekejap blogwalking sana-sini kacau rumah orang ^-^ tengok apa yang ada kat dapur tu. Rakan-rakan blogger pun rasanya ramai yang tiada di rumah. Maaflah ya kalau saya menyepahkan rumah rakan-rakan semua.
Semalam kami ke IT Fair kat Ipoh ni. Hampir 4 jam lamanya menghabiskan masa di sana. Setiap tahun kami memang tidak melepaskan peluang ke IT Fair ni sebab suka nak tengok apa yang terbaru yang ada di pasaran, kot-kot ada yang berkenan di hati, kalau tak beli cuci mata pun jadilah. Dan yang penting harga yang ditawarkan jauh lebih murah dari biasa. Lagipun suami walaupun dia bukanlah kaki gadget tapi kalau pasal teknologi IT dari segi hardware/applikasinya, knowledge dia agak up-to date jugak kalau nak dibandingkan dengan saya dan memang minat dia survey barang-barang IT. Tapi kalau bab software, saya lagi terrer lah.
Sebenarnya, petang Sabtu, masa saya tengah bakar pizza untuk dinner kami, ada salesman Unifi datang. Sembang punya sembang dengan suami lepas tu saya pulak join sekaki (sampai pizza saya pun agak overbake, nasib baik tak hangus cheesenya), kami pun tukarlah ke line Unifi ni pulak. Bosan dengan line yang ada sekarang asyik putus-putus aje. Tak yah lah cakap line apakan...sensitif. Jadi, bila line dah tukar baru (khabarnya lagi laju sebab guna kabel optik) naklah guna lappy baru gak. Lappy yang ada ni pun emmm, tunggu masa je ni kot. Cantiklah tu, kebetulan ada IT Fair, semalam semasa ke sana, kami pun tangkaplah lappy baru sebab spesifikasi dan harganya pun agak berpatutan.
Hah, melalut pulak ke IT bagai. Tayang gambar kuih, criter pasal IT isshhh. Okay, kuih ni saya buat sebab keinginan timbul selepas tengok Norziehany tayang Pulut Serikayanya baru-baru ni. Siapa yang tak suka Pulut Serikaya @ Kuih Serimuka kan? Walaupun teringin tapi disebabkan saya baru aje buat kuih Serimuka baru-baru ni Di Sini, jadi saya ubahsuailah sikit sebab tak naklah makan pulut lagi. Hari tu makan Kuih Serimuka pun dah naik sakit kepala ni. Tak tahan pulut dik ooi, umur dah ehem..ehem.. ni tak boleh nak makan pulut banyak-banyak walaupun tekak tu ndak la sesangat.
Apa yang saya ubah dalam resepinya? Sebab apa namanya Serikaya Sauna pulak? Sebenarnya, dalam pantry saya ada suun dan sagu kecil. Jadi sebagai ganti kepada pulut, saya guna suun dan sagu kecil ni untuk lapisan bawah. Mungkin ada yang tak berapa gemar, tapi saya rasa okay aje bila makan. Saya juga pekatkan sikit santannya untuk lapisan bawah ni supaya rasanya lebih lemak. Kalau ada yang nak cuba resepi ni, saya sarankan letak gula sedikit untuk menambahkan rasa lemaknya. Manakala untuk lapisan atas saya masih guna resepi Pulut Serikaya dari blog Norzie (resepi asal oleh Kak Yatie).
Kalau nak diikutkan lapisan bawah ni, resepinya seakan-akan Talam Tokyo yang saya pernah buat Di Sini. Sempat jugak saya jengah semula ke laman Maz (Ilham Dapur) yang mengongsikan resepi Talam Tokyo nya. Lama jugak nampaknya Maz tak bersiaran, dari bulan puasa yang lalu. Sibuk barangkali. Harap Maz dapat terus bersama rakan-rakan semula bagi memeriahkan lagi dunia masakan.
Tu lah sebabnya saya namakan Serikaya Sauna (gabungan sagu dan suun) akibat dek penderhakaan yang dibuat dalam resepi Pulut Serikaya dan juga Talam Tokyo ^-^ ni. Harap tuan punya resepi tak marah ya...
Tu lah sebabnya saya namakan Serikaya Sauna (gabungan sagu dan suun) akibat dek penderhakaan yang dibuat dalam resepi Pulut Serikaya dan juga Talam Tokyo ^-^ ni. Harap tuan punya resepi tak marah ya...
Serikaya Sauna
Olahan: mymintroom
Bahan Lapisan Bawah:
60g suun - rendam selama 15-20 minit dan gunting kecil-kecil
125g sagu kecil - cuci dan rendam 30 minit dan toskan
1 sudu kecil garam
1 cawan santan - 3/4 cawan santan pekat, 1/4 cawan air jadikan 1 cawan santan pekat.
Cara:
Sementara mengukus, boleh sediakan lapisan atas.
Bahan Lapisan Atas:
1 cawan tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar tepung beras
3/4 cwn gula merah/brown sugar/gula melaka
1/2 cwn gula pasir
2 biji telur
2 cwn santan pekat
1 cwn air (utk di masak bersama gula merah dan gula pasir)
1/2 sk garam
Sedikit coklat emulco(warna gelap sikit) - saya tak letak
Cara Untuk Lapisan Atas:
Masak
gula merah dan gula pasir bersama satu cawan air dan tapiskan....sejukkan sebentar.
Satukan
tepung gandum, tepung beras dan tepung jagung ke dalam mangkuk besar. Masukkan
santan yg telah dilarutkan bersama garam. Di ikuti
dgn air gula yg telah sejuk. Masukkan
telur dan gaul sebati...nak mudah blend semua bahan.
Masak di
atas api sederhana sebentar dan sentiasa di gaul.( biar berwap saja). Sekali lagi
dgn kukus yg sedia mendidih tapi INGAT api biar sederhana saja...letakkan loyang
yang berisi lapisan bawah tadi tu....kedalam kukusan dan dengan perlahan tuangkan lapisan
atas. Kukus lagi selama 20 minit saja.
PERINGATAN...kuih
ini hendaklah betul-betul sejuk barulah mudah dipotong dan cantik dihidangkan...jadi
SELAMAT MENCUBA!!
Potong
menggunakan pisau plastik/pisau kek supaya kuih cantik dn licin
Wassalam..
Kalau tak betul-betul sejuk melekat kan Mar. Kakak buat hari itu salah (tapi pulutlah bukan sagu dan suun) terlembik langsung tak boleh potong so makan pakai sudu..
ReplyDeleteYa kak, kena betul-betul sejuk tambah2 kalau suun & sagu ni ai susah nak potong bagi elok.
ReplyDeleteterliur la tengok serimuka akak tu...
ReplyDeletesedapnya..
TQ Mas...boleh tukar ngan roti Mas tak? ^-^
Deletewahhh....sedap nyer!
ReplyDeleteNak ke? Ada lagi sikit ni...
Deletesalam kenal..
ReplyDeletefollow n singgah sini..
sedapnya serikaya pulut tu..cantik je.. kalu saya sini panggil tok aji serban..hihii..>_<
Salam Mama Saly, tok aji serban..hah 1st time dengar.
Deletenampak sedap je serikaya tu akak mmg fav pulut tapi tak pernah buat lepas ni boleh lah try
ReplyDeleteThanks Kak Noor.
DeleteAduhhh....terlior dibuatnya
ReplyDeletenak ke Gee, ada lagi 2-3 potong tu.
Deletesgt2 sedap ni cuma KA xleh nk makan kuih2 manis dan bersantan byk sangat
ReplyDeleteThanks KA
DeleteMesti sedap nih ☺☺
ReplyDeleteSedap...tapi tak leh lawan Serimuka. hu hu
Deleteeh eh boleh letak suun ya ... 1st time tengok
ReplyDeleteakak pun masa jumpa resepi Talam Tokyo pun pelik tgk guna suun.
Deletewaduh..mmg x tahan tgk pulut..suker semua menu pulut tp xleh mamam bnyk..kembung pewut woo!! hehe..
ReplyDeletehihi...darah tinggi nanti naik...
DeleteSedapnya dan olahan yg menarik,guna suun....suka sgt makan kuih kukus2 macam ni.
ReplyDeleteTQ Norzie...
Deletenmpk sedap la pulak tgk kuih serikaya ni...ade lg x..
ReplyDeletedah habis la QH.
Delete