Apa khabar semua? Ada yang dah mula berkira-kira untuk
buat kuih raya gamaknya. Ada yang dah mula buat dan yang dah siap 3-4 jenis
kuih pun ada nampaknya. Meriah le dapur tu ye dengan kuih raya yang berbagai
warna, bentuk dan dah tentu rasanya juga berbeza dan sedap pula.
Kuih Tat sedap rasanya
Menjadi kegemaran di hari raya
Di sini raya di sana pun raya
Tak lama lagi raya raya raya yeh yeh…
Isk!isk!isk…saja
buat lawak bodoh pepagi ni nak hiburkan hati sendiri…Gelak lah gelak lah…kha3x Tapi
jangan lah gelak lebih-lebih makruh lak jadinya…saya lak nak kena tanggung
dosa.
Tengok
blog-blog sifu masak yang meriah ngan kuih raya terasa macam menyuntik semangat
lak kat teman nak buat kuih raya pulak tahun ni. Ni dok tengah skodeng resepi kuih raya yang
disukai terutama oleh anak den lah kan. Biasalah tu, kalau dia suka maka arakiannya, kebanyakan bebudok pun dah tentu suka jugak
kan. Orang-orang tua macam saya ni bukannya makan sangat kuih raya ni. Tapi resepi kuih yang dok dalam kepala ni dah
tentu yang sejajar dengan kebolehan dan keupayaan saya lah kan bak kata pepatah
“if you want to measure the clothes, let it
on your own body lah” ataupun “Kalau nak mengukur baju biarlah dibadan
sendiri”. Buat resepi yang
susah-susahkan buatnya tak jadi, kan ke rugi.. Tapi kadang-kadang bagus jugak
sesekali tu cabar diri sendiri, bak kata
orang putih “ set a higher standard/goal for yourself” baru boleh maju kan?kan?…
Okay, hentikan celoteh ni yang belum tentu orang nak baca pun. Kuih raya
pun kalau saya nak buat Insyaallah minggu depan atau awal minggu yang
seterusnya. Insyallah 3x..atau kalau tak de mood langsung…kita ke kedai macam
biasa lah ya - Kuih Jari Telunjuk.
Semalam,
suami buka puasa kat luar “organize by
the office”. Tapi saya masak macam biasa gak. Lagipun dia kata kat sana tu
berbuka ala kadar je. Janji tunjuk muka tanda datang, jamah lebih kurang pas tu
balik lah. Jadi dengan demikian, saya pun masak cam biasa lah.
Dua-tiga
minggu sudah saya memang dok tenang (tengok)
resepi kuih ni yang di kongsikan oleh Maz (Ilham Dapur) dalam blognya.
Macam sedap, dan yang penting senang nak buat.
Kuih Talam Tokyo itulah namanya. Jangan tanya kenapa namanya Talam Tokyo
sebab tuan-punya nya pun kurang pasti kenapa.
Dan lagi, semasa saya C&P resepi Talam Tokyo ni saya juga turut
C&P beberapa resepi kuih-muih yang lain yang diminati serta mudah
disediakan, dan akan dicubai jika ada kelapangan, Insyaallah.
Walaumacamanapun
saya tak ikut 100% bahan yang ada didalam resepi Talam Tokyo ni. Salah satu sebabnya , bahan tak ada. Yang menyebabkan bahan tak ada
sebab masa nak buat kuih ni macam “bidan
terjun” aje, tak plan pun, original plan
nya nak buat Sago Gula Melaka. Tapi fikir-fikir balik, Kiki bukannya gemar pun
jenis-jenis manisan berkuah ni kecuali santan durian dia sukalah. Jadi saya
tukar plan. Dari Sago Gula Melaka ke Talam Tokyo…mak aii jauh perginya tu. 180
darjah pusingan. Bahannya semua ada kecuali kelapa parut. Kebetulan lak suami
pakai kereta saya ( saya yang offer ), sebab saya dengan bangganya kata semalam
saya tak ke mana-mana. Padan muka aku. 4WD dia tu pulak saya tak berapa
confident nak bawak walaupun kedai nya dekat je ha. Motor pulak? Panas..tak
kuasa lah. Akhirnya, saya gantikan kelapa parut tu dengan beras pulut. Jadilah
dia macam kuih Serimuka sikit. Hasilnya? Tetap memuaskan hati saya. Harap-harap
Maz tak marah ya saya pepandai je tukar resepi dari Kakak Angkat nya ni. Ikuti
resepinya:
Talam Tokyo
Rujukan: Maz (Ilham Dapur)
Sumber
Resipi : Kakak Angkat
Bahan: (guna loyang 4 segi, 6
1/2 inci)
Lapisan Bawah:
30g su'un - rendam selama 15-20 minit - gunting kecik-kecik
125g sagu kecil - cuci dan rendam 30 minit dan toskan
50g kelapa parut -ambil yang putih saja ( saya ganti dengan
beras pulut sebab tak ada stok kelapa parut)
1 sudu kecil garam
200ml santan ( saya letak 100ml santan pekat + 100ml air )
Cara:
Rendam pulut selama 3-4 jam. Masuk
dalam loyang, tuangkan sedikit dari 200ml santan, kacau dan kukus dahulu selama 10-15 minit.
Satukan dan kacau rata pulut yang telah dikukus dengan bahan-bahan lain dan kukus lagi selama 15 minit, bila dah
masak tekan-tekan sikit dengan sudu (pastikan tutup pengukus ditutup dengan
kain/towel)
Lapisan
Atas:
150g gula pasir
50g tepung kastard
400ml santan ( saya letak 200ml santan pekat + 200ml air )
1 biji telur (gred A)
1/8 sudu kecil Air Abu
1/4 sudu kecil garam
sedikit pewarna hijau
sedikit pewarna kuning – ini saya tambah
sedikit paste pandan
Cara:
Satukan semua bahan-bahan kecuali gula. Kacau sebati dan
tapiskan dalam periuk.
Masukkan gula dan masak atas api perlahan sehingga naik wap
(jadi pekat sikit macam susu pekat) dan pastikan sentiasa dikacau supaya tak
berketul.
Bahagikan kepada 2 bahagian. Satu letak pewarna kuning dan
satu lagi pewarna hijau.
Tuang campuran warna kuning ke atas lapisan bawah. Kukus
selama 10-15 minit. Selepas tu tuang
campuran warna hijau di atas lapisan kuning, kukus lagi selama 10-15 minit.
Sejukkan sebelum di potong.
Air Abu (1/8) atau Lye water tu tujuannya untuk mengeraskan
sedikit lapisan atas dan air abu ni
banyak digunakan oleh kaum Baba & Nyonya untuk resepi Kuih Kosui dan juga
Kuih Tepung Talam dan sebagainya. Boleh juga diganti dengan Air Kapur kalau
tiada Air Abu. Untuk resepi ni kalau tak letak Air Abu pun tak apa tapi kena
biar kuih sejuk lama sikit dan lapisan atas tu betul-betul keras baru boleh
dipotong. Bagi adik-adik di luar sana yang tak pernah tengok atau tak tahu air
abu tu macamana ha, akak ada uploadkan gambarnya di bawah. Harga dalam RM2.60
je sebotol ni. Akak pun jenuh gak cari ni pada mulanya, tapi rupa-rupanya kedai
mamak depan taman ni ada. Terus ambik satu je lah masa tu sebab tahu mesti akan guna punya. Kedai Cina pun
banyak tak ada jual benda ni.
Baki dari Mee Udon masih ada 1 ½ peket lagi dalam fridge tu.
Memang yang dijual pun 3 peket dalam 1
bungkus. Saya skodeng gak beberapa blog untuk resepi Mee Udon. Tapi renyah gak dan
banyak bahan tak ada. Jadi akhirnya saya
buat Mee Udon Tomyam Putih. Tomyam Putih
ni saya pernah buat Di Sini yang sumbernya saya dapat dari Kak Ina. Saya kongsikan lagi resepinya di sini ya.
Tom
Yam Putih + Mee Udon
Bahan
Kuah Tomyam:
1 labu bawang besar, potong
baji
7 ulas bawang putih, hiris
halus – saya titik, nanti anak susah nak
asingkan sebab dia tak makan
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
4-5 tangkai cili api
4 batang serai – saya letak
2 saja
1 sudu besar sos ikan
5 helai daun limau purut
3 sudu besar jus limau nipis
1.5 liter air – saya letak 1L saja
1/2 ekor ayam di potong
kecil
Sotong 1 potong bulat – saya tambah
garam secukup rasa
1/2 sudu besar gula
1 sudu besar minyak masak
1 biji tomato di potong 4 -
tak letak sebab tiada stok
1/4 cawan santan- tak letak
tak apa,. kalau letak lagi sedap.
sayur-sayur lain seperti
carrot, bunga kubis, putik jagung, batang saderi dan lain-lain.
Bahan dimakan bersama:
Mee
Udon ( atau lain-lain mee pun boleh)
Fishball/Fishcake
Sawi
Daun
sop untuk di tabor atas
Cara:
Panaskan minyak dalam
periuk.
Tumis bawang putih sampai
naik bau.Masukkan ayam.
Kacau hingga ayam separuh
masak, masukkan air dan didihkan.
Bila dah mendidih, masukkan
semua bahan-bahan lain kecuali sayur...renihkan.
Masukkan santan.
Perasakan garam dan gula.
Akhir sekali masukkan
sayur-mayur yang di sukai.
Didihkan lagi beberapa
minit, siap!
Celurkan Mee Udon seminit
dalam air panas. Masukkan dalam kuah Tomyam yang dah masak. Siap untuk di
hidang bersama fishball/fishcake, sawi & daun sop..
Airnya untuk Kiki saya buatkan Neslo ( campuran Nescafe + Milo ). 3 sudu
besar Milo + 1 sudu kecil Nescafe untuk satu mug besar. Susu secukup rasa dan
sejukkan dalam peti ais. Untuk saya
sekadar air Barli + biji selasih…
Wassalam…
No comments:
Post a Comment
Terimakasih atas komen yang segar