Apam Mekar Choco Pandan...alahaiii sumbing lak senyumnya...

Saturday, October 06, 2012



Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Baacak!!! Selamat berhujung minggu dan bertemu lagi kita di alamaya. Saya mengapam lagi semalam. Punyalah semangat nak mencabar diri dan pertama kali buat Apam Mekar yang tak berapa nak mekar kejadiannya. Sebelum tu beberapa blog telah dijelajahi nak tengok pengalaman masing-masing memekarkan apam ni. Okay, hasil dari penjelajahanku lebih kurang sama aje ramuan, cara dan kaedahnya. 

Mulanya gerun gak nak buat sebab Kak Zu (Semanis Gula)  ada bagitahu kat Sini, yang rakan blogger dia dah cuba 7 kali dan kali ke 8 baru berjaya. Mesti dia tu peminat apam yang tegar ya.

Kalau dia kali ke 8 baru menjadi...saya tak mimpipun berjaya untuk cubaan pertama.


Jadi, untuk percubaan pertama ni, saya rujuk resepi Zila yang baru aje memekarkan apam ni dilamannya. Tak tahulah itu kali ke berapa dia buat sebab nampak profesional bebeno. Kak Zu pulak memang buat apam ni sambil tutup sebelah mata je kot hi hi...jangan marah aaa gurau je. Tak macam tuan tanah ni, pro jugak tapi perosak. Ha! ha!.

Saya juga menggunakan perisa pandan dalam adunan tapi untuk separuh adunan lagi saya letak perisa coklat sebab nak tarik perhatian Kiki supaya makan. Habis kalau dia tak makan siapa lagi nak makan kan...kita tahu buat je..makan sikit-sikit adalah..hi..hi..

Dengan lafaz Bismilah, diikuti Salawat 3x dan Astaghfar 3x, saya pun menyinsingkan lengan untuk memulakan projek ni pagi semalam. Pukul 9.30 mula...dekat jam 12 tengahari baru selesai ngukus. Fuhhh...lotih den.

Untuk kukusan pertama, saya letak dalam bekas yang gerigi-gerigi  macam dalam gambar di atas...memang dia senyum tapi aduyaiii sumbinglah senyumnya. Getik lak nengoknya. Okay, kukusan kedua, saya letak dalam cawan kertas kecil tu...udah..., dia tak mahu senyum langsunglah pulak. Tapi yang hairannya teksturnya gebu dan tak bantat.

Nak kata adunannya tak  kembang dan kalau diterbalikkan tak jatuh, siap terbalikkan mangkuk adunan tu atas muka lagi, memang tak jatuh pun...(ishhh.., tak adalah sampai nak di terbalik atas muko...nampak na pombongak eh:). Okaylah kan...,dah betullah tu adunannya kalau tak jatuh bila diterbalikkan.


Lepas tu, untuk kukusan ketiga dan keempat (terakhir), terus saya masukkan aje ke dalam acuan kuih lompang tu. Dah gerammm sangat lah tu.. Amek kau. Lagi bertambah sumbing senyumannya. 

Kiki (tukang rasa dan tukang komen)  balik dari sekolah tanya;

"Kuih apa ni mak? Kenapa kuih ni ada banyak saiz mak?" 

Saya jawab, "Ni kuih apam. Mak try and error. Cuba rasa sedap tak?"

"Try and error tu apa mak? Cuba dan salah? Hi hi ", Kiki tanya dengan gelihati.

"Try and error tu bila kita tak pernah buat sesuatu dan tak yakin yang cara kita tu betul ke salah, kita cuba dulu cara yang pertama, kalau tak puas hati cuba pulak cara yang kedua, tu yang ada macam-macam saiz tu...sebab mak cuba beberapa cara nak masak dia," jawab saya dengan panjang lebar.

"Ohhh, suka hati mak lah."

Ggrrrr, jawapan tu lagi... rungut saya dalam hati.

Kiki pun cubalah rasa 2-3 ketoi.. "Eh, sedaplah apam ni, macam rasa kek Apollo la mak." kata Kiki. 

Pulok.... nasib baik saya letak perisa coklat...kalau tak jenuh gak nak ngabihkan sorang.

Kiki pun lepas makan nasi, sambung lagi, ngap punya ngap depan TV, dah tinggal 3-4 ketoi aje untuk abah dia. Tu pun tinggal  yang design langsung tak senyum...Apa nak buat.

Arggghh, gagal dalam memekarkannya tapi mujur rasanya sedap dan teksturnya gebussss. Habis juga dalam sekelip mata, tak sempat tunggu petang pun.

Rasanyalah, bukan masalah adunan, tapi periuk wap tu memang ada masalah sikit. Memang dah lama nak campak aje periuk ni ke laut tapi sebab belum beli yang baru terpaksalah guna yang lama ni dulu. Lagipun laut jauh dari rumah ^-^. Kalau nak kukus dengan wap yang banyak, periuk ni dah tak sesuai lagi sebab dia dah "cacat" sikit. Aleh..maleh lah nak criter.


Apa-apa pun ini baru cubaan pertama. Daku tak akan putus asa. Akan dicuba lagi akan datang walaupun mungkin lambat sikitlah cubaan ke dua tu hi hi...lagipun kita bukan peminat tegar apam.

Okay, terus aje ke resepinya...sorrylah Zila ya...bukan salah resepimu dik tapi salah akak hu hu...Buat Kak Zu pula, ini yang pertama tapi Insyaallah bukan yang terakhir. 

Apam ohh apam kenapa senyummu sumbing...?
Macamana aku tak sumbing.....?
Cuba habiskan pantun dua kerat ni Kak Zu, Zila?

Apam Mekar Choco Pandan

Sumber: Zila4ever
Resepi Asal - Fatmah bahalwan & Hazila my small  kitchen

Bahan:

225gram gula pasir @ 1cwn
2 biji telur
250 gram tepung gandum @  2 cwn
1 teaspoon ovellate
1 teaspoon baking powder
150ml air soda - sprite - saya guna air soda
1 teaspoon pandan emulco
1 teaspoon chocolate emulco - ini saya tambah
Pewarna yang digemari

Cara:

Siapkan pengukus-biar wapnya keluar dengan banyak -penting

Pukul telur dan gula hingga betul-betul kembang (warna akan bertukar krim atau keputihan) - sangat penting

Masukkan ovellate dan pukul lagi

Ayakkan tepung dan baking powder.

Masukkan tepung berselang seli dengan air sprite/air soda.

Pukul hingga kental dan pekat. Bila ambil sesudu adunan dan tuang kembali,adunan akan ambil masa untuk jatuh semula kedalam bekas.

Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Letak perasa & pewarna yang digemari - saya letak pandan emulco dan chocolate emulco dan cuma tambah sedikit pewarna pandan.
Susun papercup dalam acuan lompang.

Tuang kedalam papercup secara berselang seli..hampir memenuhi papercup.

Kukus sehingga 20 minit.

Sedia dihidang

Wassalam...

20 comments:

  1. akak..sodap nye apam mekar akak ni...

    ReplyDelete
  2. nampak gebu jer apom tu walaupun dia x senyum...he he he...dulu fiza pun pernah gak buat apom ni pertama kali buat x senyum juga...tp kali kedua buat senyum gak akhirnya....jgn putuih asa kak...cuba lg...dan lg....aja aja fighting...he he he

    ReplyDelete
  3. Kalau ikut mata kakak tak ada yg tak kena pun cantik dan gebu bahkan menggoda kalbu lagi:)

    ReplyDelete
  4. cantekk gabungan warnanya tu..takdelah sumbing..manis je dipandang..hehe

    ReplyDelete
  5. oklah tu Mar akak nampak cantk je,biasalah tu perasaan je tu kot,sama jugak dgn akak selalu tak puas hat dgn hasil sndiri tapi kalau orang punya elok je kan

    ReplyDelete
  6. Dik C'jai, rasa memang sedap tapi dia tak nak senyum lah dik.

    ReplyDelete
  7. Betul tu Kak Noor...suka tgk hasil orang lain..kalau hasil sendiri ada je yang tak kena kan..hi hi.

    ReplyDelete
  8. Ellerinize, emeğinize sağlık. Çok leziz ve iştah açıcı görünüyor.

    Saygılar..

    ReplyDelete
  9. Slmt berhujung minggu Mar. cantik kombinasai warna apam ni...hijau dg coklat nampak terang.
    apam mekar kena kukus dg api yg kuat....nanti akan tersengih riang apam jadinya,mungkin cuba kukus sebiji dulu utk sesuaikan dg apinya.. tp kalau senyum sumbing pun tak mengapakan yg penting apam gebusss juga hasilnya...

    ReplyDelete
  10. bundo macam dah give je buat apam senyum ni. orang yang bagi resepi elok je apamnya tersengeh 3 4 kelopak. Kita punya terbelah pun tidak haha..
    takpo lah mar. Cubo lai sampai dio menyonggey..

    ReplyDelete
  11. cantik kaler apam tu.mesti sedap walau sumbing hihi.janji pandai buat.tak mcm saya tak penah sekali pun buat apam walau suka mkn apam

    ReplyDelete
  12. Salam Ina, cuba try buat....lepas tu share ngan kita lak...

    ReplyDelete
  13. wsalam mar..
    alolllooo jgn giveup..wt apam mmg gitu kkdg angin dia sampai senyum pun x nak lgsung..tp zila aritu mmg ikut bulat2 resepi kak hazila..menjadi pulak..mgkin kbtulan kot..h ahhaa..x per nnt zila akn buat lg..rasanya teknik2 tu dh betul ..enth kat mana la silapnya kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok bila Zila buat .... pass kat akak sikit. :)

      Delete

Terimakasih atas komen yang segar

 
copywrite@2015 MyMintroomDESIGNER BLOGS