Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Selamat pagi semua...! Bagaimana dengan hujung minggu rakan-rakan semua? Harap semuanya enjoy ya.
Saya tak ke mana-manapun, rehat-rehat aje di rumah. Badan dihinggapi penyakit tiga serangkai sejak Khamis lepas. Baru semalam hidung ni lega sedikit, demam pun dah kebah cuma batuk ada sikit-sikit lagi. Batuk ni kalau hinggap memang lambat sikit nak lega sebab tak nak makan ubat. Kalau makanpun kerana terpaksa sebab suami ada depan mata dan tak mau dia bising. Jadi, selalunya batuklah yang paling last sekali sembuh. Nasiblah kan...
Dalam tak sihat pun sempat juga jengah ke rumah kawan-kawan tapi tak tinggal komen...sorry ya...
Kek Coklat ni saya buat hari Rabu lepas sebelum saya demam. Lepas ni lama lagilah nak start baking semula sebab suami dah komplen, Kiki kurang makan nasi sebab asyik dok bedal kek aje. Jadi, kena simpanlah alatan perang ni dulu ya.
Sejak buat Kek Coklat Kukus (tanpa telur) Di Sini, saya dah mula jatuh cinta ngan kek ni. Lagipun rasanya tetap sedap walaupun tak guna telur. Nak buatnya pun mudah. Tak sampai sejam dah siap bakar. Kali ni saya buat yang bakar sebab malas nak keluarkan periuk wap tu. Bakar lagi senang, set timer, lepas tu boleh golek-golek depan TV. Kalau kukus, tangan tu gatal asyik nak bukak penutupnya, macam-macam yang nak di periksa.
Resepi kek yang sebegini biasalah milik siapa lagi kalau bukan milik sifu kek lapis kita DayangJack. Lama jugak Dayang tak bersiaran, hampir dua bulan. Tapi bagi peminat hasilan kreativiti DayangJack, jangan risau sebab beliau dahpun kembali bersiaran semula beberapa hari lepas.
Terus ke resepinya nun dibawah ....
Resepi kek yang sebegini biasalah milik siapa lagi kalau bukan milik sifu kek lapis kita DayangJack. Lama jugak Dayang tak bersiaran, hampir dua bulan. Tapi bagi peminat hasilan kreativiti DayangJack, jangan risau sebab beliau dahpun kembali bersiaran semula beberapa hari lepas.
Terus ke resepinya nun dibawah ....
1 cawan tepung gandum*
1/3 cawan serbuk koko hitam* (serbuk koko lain pun boleh)
1 sudu kecil serbuk penaik*
1/2 sudu kecil soda bikarbonat*
1/4 sudu kecil garam
3/4 cawan gula pasir / gula halus (dikisar halus seperti gula icing)
1/3 cawan minyak masak sayuran / minyak jagung
3/4 cawan air kopi panas - saya guna nescafe
1/3 cawan susu segar
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil cuka / jus lemon (DJ prefer guna cuka)
Cara :
Sediakan loyang kek. Griskan dengan mentega dan taburkan sedikit
tepung. Panaskan oven pada suhu 170-180 C. ( saya guna loyang 7x7x3 dan suhu 130 Celcius).
Di dalam mangkuk adunan, ayakkan bahan-bahan bertanda *.
Masukkan gula dan kacau rata-rata.
Masukkan bahan-bahan selebihnya (kecuali cuka) dan barulah
dikacau sebati dengan menggunakan senduk kayu / spatula. Kacau mengikut arah
pusingan jam. (pastikan air kopi betul-betul panas).
Tapiskan adunan.
Masukkan cuka dan terus kacau serta merta selama 20 saat.
Tuangkan cepat-cepat adunan ke dalam loyang dan bakarlah selama 30-40
minit atau sehingga masak. (suhu bergantung pada jenis oven masing-masing).
Setelah masak, sejukkan kek semalaman sebelum dipotong. Nak
hiaskan dengan ganache pun ok.
Nota:
Gunakanlah cawan dan sudu metrik utk menyukat bahan-bahan.
Fungsi cuka antaranya adalah untuk membantu kek naik cantik
dan tidak melimpah keluar dari loyang semasa dibakar.
Wassalam...
ramai dah yg cuba buat kek ni ye..saya ntah bile..hehe..
ReplyDeletekek tanpa telur ni memang sedap..sesiapa yang alah telur tu better cuba..memang x rugi..
ReplyDeleteWah... kakak tak pernah lagi buat kek tak payah guna telur, bagus nie taklah tinggi sangat kolestrol kan..
ReplyDeleteAda bau kopi tu yg abang suka:)
coklat kek....my favvy!
ReplyDeletesamalah kak pun ddp penyakit tiga serangkai juga...batuk bersahutan...
ReplyDeleteyummy..
tq share.. best ni!
ReplyDeletekek ni mala dah cuba. mmg best tak dak teloq!
ReplyDeletemusim sakit semuanya sampai ke oman pun sakit2 jugak :-)
Rohah,
ReplyDeletesenang je buat dia...yg suka tu sbb tak guna telur.
Betul tu Siti
ReplyDeleteAssalam...moga dah sihat ya..
ReplyDeleteNk tanya ni...minyak sayuran tu guna olive oil boleh tak?
Baru nk belajar mmbaking betul2.....bnyk yg dah lupa masa blajar time sekolah dulu..maklum laaahh :-)
Salam Saniah,
ReplyDeletesetahu akak olive oil ni dia menambah rasa pada masakan jadi tak sesuai untuk kek...dalam rancangan masakan pun selalu cakap yang sama.