Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Lama betul tak buat kek. Kek coklat ni favorite Kiki tak kiralah yang bakar atau kukus. Saya buat hari Sabtu lepas, buat satu adunan. Tak sempat nak posing-posing lepas keluar dari kukusan sebab hari agak mendung sikit. Hari esoknya bila nak posing tinggal 3 keping ni aje lah untuk buat kenang-kenangan yang lain dah masuk dalam perut. Resepi dari sifu kek lapis Dayang Jack. Suka tengok kek lapis Dayang...cun melecun. Bila sampai seru nak buat tak tahu le teman.
Terus saja ke resepinya.
Bahan-bahan : loyang 6" x 6" (saya guna loyang 8"x4")
Bahan A :
Bahan A :
125 g tepung gandum @
1 cawan
1 sudu kecil serbuk
soda bikarbonat
2 sudu kecil serbuk
penaik
Bahan B :
1 cawan serbuk
koko
1 cawan gula perang
(sila lebihkan gula jika menggunakan serbuk koko pahit/pure cocoa)
1/2 cawan susu pekat
manis
1 sudu kecil esen
vanilla atau 1 sudu kecil coffee emulco - saya letak nescafe
2 cawan susu
cair/susu segar
1/2 cawan minyak
jagung/minyak masak sayuran
1/4 sudu kecil atau
secubit garam
Bahan C :
1 sudu besar cuka makan atau jus lemon
Cara :
Sediakan pengukus. Didihkan airnya.
Ayakkan bahan A dan kacau rata-rata.
Ketepikan.
Satukan kesemua bahan B ke dalam periuk dan
dengan menggunakan api perlahan, kacau adunan hingga gula larut dan sebati.
Tutupkan api dan biarkan ia suam.
Kemudian satukan bahan A dan B dengan
menggunakan hand whisk atau rubber spatula. Kacau hingga sebati. Pastikan
adunan tidak bergentel.
Akhir sekali masukkan bahan C. Terus kacau
serta merta tetapi jangan terlebih kacau atau terlalu lama. Kemudian tuangkan
adunan ke dalam loyang yang sudah digriskan dengan mentega.
Tutupkan loyang dengan kertas foil.
Kukuslah selama lebih kurang 45 minit atau 1
jam. (Saya kukus 1 jam)
Setelah habis dikukus, padamkan api. Biarkan
sebentar selama 10 minit sebelum mengeluarkan kek dari loyang.
Sejukkan kek sebelum dipotong. Boleh juga
dihiaskan dengan topping kesukaan masing-masing.
- kek ini bersaiz kecil sahaja. Sila gandakan sukatan jika menggunakan loyang besar.
- kek ini boleh juga dibakar. Namun kemanisan kek versi kukus tak sama dengan yang dibakar. Jika menggunakan kaedah bakar, sila kurangkan sukatan gulanya atau mengikut citarasa sendiri.
- kek akan menjadi lebih moist dan sedap jika dibiarkan semalaman.
yummy ...
ReplyDeleteSalam kak!!! kita dtg niiii hihihi.. dpt sepotong best ni kak :D resepi kak dayang mmg best kita pun suke tp skrg ni dah kurang ler coklat2 gini nak buat kena buat sikit utk budak2 jerr :-))
ReplyDeleteSalam,hi hi...sibuk ke...lama tak on9..lebih sehari tu lama lah kan...
ReplyDeleteThumbs up.
ReplyDeletefevert KA ni ! cuma x boleh mkn byk sgt hehehe
ReplyDeleteTerimakacih Hany...Ni yang semangat nih..
ReplyDeleteKA, saya pun tak makan sangat. Saya makan sekeping aje...yang lain anak sapu licin hu hu...
tak pernah try.. nampak macam ok jer... waaupun tanpa telur
ReplyDeleteOkay rasanya...kejap aje habis anak makan...sedap lah tu.
DeleteBleh x kalu sy guna tepung naik sendiri?
ReplyDeleteBleh x kalu sy guna tepung naik sendiri?
ReplyDeleteslm...sy baru je try resepi ni...ekceli search resepi kek coklat xde telur ni sbb mmg telur xde kat umah tp malas nak kuar g beli...haha...cm xsangka sgt2 sedap walaupon lupa taruk garam...serius resepi yg hebat
ReplyDelete