Daging Masak Lemak Ciliapi

Friday, October 12, 2012



Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Sekejap dah bertemu Jumaat semula...tengah masak apa tu? Saya dah masak dah...Hi hi, tak adalah. Ini menu makan malam kelmarin.  Daging Masak Lemak Ciliapi. Bukan saja sedap tapi mudah aje nak masaknya. Maaf ye...tak dapat nak sembang banyak....terus aje ke resepinya kat bawah tu...



Daging Masak Lemak Ciliapi

Bahan:

800 g daging – potong kecil, basuh & toskan
1 1/2 cawan santan pekat
2 cawan santan cair
1 keping asam gelugor
4  batang serai - diketuk
2 helai daun kunyit - dibelah/disimpul
3 biji ubi kentang – potong 2
Garam secukup rasa

Bahan Ditumbuk :


12 tangkai cili padi (nak pedas boleh tambah)
1 inci kunyit hidup
½ inci halia
5 ulas bawang merah
3 ulas kecil bawang putih
 
Cara:

Masukkan daging dan bahan tumbuk, serai dan serbuk kunyit (jika kuah tak berapa kuning) ke dalam periuk. Didihkan dan masak hingga daging empuk.

Bila dagingnya dah lembut, masukkan santan cair dan ubi kentang. Teruskan masak hingga ubi empuk dan kuah sedikit surut. Masukkan garam secukup rasa dan santan pekat serta asam keping .

Kacau sekali-sekala dan masak  hingga kuah nampak sedikit pekat. Seimbangkan rasa, masukkan daun kunyit , teruskan masak sekejap lagi dan tutup api.

Sedia untuk dihidang.


"Kita tidak harus mengorbankan harga diri agar disukai orang lain."


Wassalam...

12 comments:

  1. kak suka masak lemak cili api..tak kiralah daging,ayam atau ikan..

    menyelerakan,tambah2 dgn nasi panas ada pulak smbal belacan..

    ReplyDelete
  2. sedapnya...kuahnya pon nak pekat tu...

    ReplyDelete
  3. masak lomak apa pun sedap je kan,tambahan daging ni huh engok pun dah tau sedppppp

    ReplyDelete
  4. Salam. Masak lomak cili api makanan bundo sejak kecik. Masak lemak cili api original tak bubuh bawang halia bagai. Cuma kunyit dan serai dititik. Tapi sekarang ni dah banyak variasi.

    ReplyDelete
  5. salam kak,
    wah..ni kalau makan ngan nasi yang lembut dan panas2 ni, dah tak nampak orang sekeliling..

    ReplyDelete
  6. sedappnya tengok..pic pun lawa.. suka tgk..meleleh air liur jaa hehe

    ReplyDelete
  7. Sedapnya..........salam kenal dan follow....

    ReplyDelete
  8. Salam Knor,
    betul tu...

    QH, pekat sikit sebab santan lebih.

    Kak Noor,
    thanks.

    ReplyDelete
  9. Salam Ibundo,
    betul tu. Mak mertua saya pun suka yang original masa 1st time dia makan di rumah kenduri kat Pilah.

    ReplyDelete
  10. Salam Rohah, betul tu..

    Jaa, tq.

    Mia,
    terimakasih follow.

    ReplyDelete

Terimakasih atas komen yang segar

 
copywrite@2015 MyMintroomDESIGNER BLOGS