Donut Lembut The Muffin Lover

Tuesday, October 16, 2012



Assalamualaikum & Salam Sejahtera,  

Bacak! Emm, dah sihat betul la tu boleh main cak-cak dah... Alhamdulillah, dah "fully recover" dari demam, batuk dan selsema. Memang musim dia lah tu...pertukaran cuaca dari musim panas ke tengkujuh. Hari-hari pun hujan kat Ipoh ni. Syukran.... Tapi jenuhlah jugak nak sidai kain tak cukup ampaian, baju lambat kering.

Oops, nampak tak? Nampak tak? Yang gebuss dan lembut kat atas tu. Hah...donut ni dibuat Jumaat lepas. Dalam demam pun dok semangat nak nguli-nguli tepung lagiii....Konpem isteri merangkap ibu mithali nih...hik3x...perasan. Masuk lif tekan butang sendiri, sendiri naik. Kwang3x.

Buat pun sebab malam tu saya tak masak (tak sihatlah kata kau), ajak suami makan malam di luar...lama tak makan luar...Lagipun saya tak shopping untuk groceries minggu lepas, so stok banyak yang dah habis. Suami kata "prepare something light, kita keluar lambat sikit lah". Jadi saya pun buat something light which is donut...emmm banyaklah ko punya light. Kenyang giler makan donut ni.


Pernah buat donut Di Sini tapi tak pasti dari mana resepinya saya ambil waktu tu.  Tapi kali ni saya ambil resepi dari blog Izah Daut yang suka muffin tu :)) Rasanya kedua-dua resepi ni sama aje, yang beza cuma pada  mengulinya. Resepi dari Izah saya ubah sikit mengikut bahan yang saya ada dan saya uli lebih sikit ikut resepi yang saya biasa guna dahulu.

Tanpa banyak cerita, terus aje la ke resepinya ya ...

Donut Lembut
Sumber : Izah Daut

Bahan:

2 sk yis mauripan
1/4 cawan air suam
1sk gula

*satukan bahan diatas dan biar berbuih utk memastikan yis aktif.

3 cawan tepung gandum
4 sb gula
1/2 sk garam
2 sb susu tepung - saya guna susu cair
1 biji telur
1/2 cawan air - kurang lebih ( saya adjust sikit sukatannya sebab guna susu cair)
2- 21/2 sb butter / marjerin

Cara:

Satukan tepung, gula, garam, susu tepung ke dalam mangkuk yang besar. Gaulkan sekata dan lubangkan tengah-tengah tepung.

Tuangkan telur, air, yis dan marjerin. Uli sehingga licin atau tidak melekat ditangan.

Biar kan doh didalam bekas yang bertutup atau tutup menggunakan tuala lembab sehingga doh kembang.

Bila doh kembang tumbuk-tumbuk untuk keluarkan angin dan boleh bentukkan donut anda.
(saya uli lagi sekali selama 25-30 minit sebelum membentuk kepingan donut).

Biar sebentar donut naik *15-20 minit* dan goreng dengan minyak panas dengan api sederhana kecil. 

Salutkan donut dengan gula halus atau celupkan dengan coklat.

Sedia dinikmati.  

Wassalam...

8 comments:

  1. suka makan tanpa gula tu !

    ReplyDelete
  2. donut oh donut .. lama dah tak buat donut!

    ReplyDelete
  3. Dah lama tak buat donut. Asyik fail jer...huhuhu...

    ReplyDelete
  4. baru lps buat donut..anak2 mmg suka..suka membantu juga..macam2 bentuk ada..

    ReplyDelete
  5. mmg nmpk sgt lembut donut tu...bile la nk buat jugak tu..hihi

    ReplyDelete
  6. Aslmkum Mar. nampak gebus elok donut itu....sedap buat minum ptg...

    ReplyDelete

Terimakasih atas komen yang segar

 
copywrite@2015 MyMintroomDESIGNER BLOGS