Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Emm, lama tak gi menjala. Sabtu lepas saya menjala, tapi buka jala ikan tapi menjala Roti Jala. Hari sebelumnya (Jumaat) masak Kari Daging untuk makan malam. Memang saja buat lebih, nak "carry over" balance nya ke hari Sabtu sebab nak buat cicah Roti Jala untuk makan tengahari.
Lagipun acuan Roti Jala yang saya beli sejak Ramadan lepas tak try lagi, ni yang nak try guna ni. Jimat masa, dan boleh buat kaler-kaler gitu, tak rugi beli walaupun agak terlewat. Walaupun saya pernah buat Roti Jala ni beberapa kali dan salah-satunya Di Sini tapi yang dulu guna botol sos yang biasa. Apa-apa pun, saya share lagi sekali resepinya di sini.
Roti Jala
Bahan: ( 3 orang )
2 1/2 cawan air
2 1/2 cawan tepung gandum
2 biji telur
1/4 cawan minyak
sedikit pewarna kuning
sedikit garam
Lain-lain: acuan roti jala
Cara:
Blend semua bahan-bahan untuk
membuat roti jala. Pastikan tepung yang melekat didinding blender dihakis
supaya semua adunan sekata.
Tapis adunan tadi.
Panaskan pan, kalau dah panas,
terus mulakan menjala dengan membuat bulatan dan pusing2 hingga menjadi jala. Tapi kalau guna botol sos ni kaedahnya lain. Anda boleh jengah ke blog Puan Azlita (Masam Manis) untuk penerangan yang terperinci. Terimakasih Azlita atas effort beliau memberikan "explaination" dengan gambarnya sekali.
Lepas proses di atas, tunggu 1-2 minit, angkat ke
pinggan, lipat dan gulung. Kalau nak warna yang terang pada luar lipatan, terbalikkan sebelum nak melipat sebab bahagian yang kena pan tu, warnanya agak kelam sikit.
Ulang langkah tadi hingga
habis adunan. Boleh dapat dalam 18 -19 keping, bergantung kepada adunan.
Kalau adunan tak keluar dari acuan, tambah setengah cawan air.
Kari Daging ni seperti biasa saya tak letak santan..memang kami suka yang tak ada santan. Tapi kali ni saya letak kerisik. Berbeza rasanya, lebih sedap.
Kari Daging
Bahan:
1 kg
daging - potong kecil, direbus sampai empuk (kalau guna batang pinang tak payah
rebus)
4 sudu makan rempah kari
4 biji kentang dibelah 4
2 cawan air rebusan daging - kalau pakai daging batang pinang guna air biasa
4 sudu makan rempah kari
4 biji kentang dibelah 4
2 cawan air rebusan daging - kalau pakai daging batang pinang guna air biasa
3 tangkai daun kari
1 sudu besar kerisik
1/2 minyak untuk menumis
Rempah tumis - 4 sekawan (bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga dan kulit kayu manis)
Garam dan gula secukup rasa
1 sudu besar cili kisar @ cili serbuk ~ jika suka pedas
Bahan Hiris:
1 sudu besar kerisik
1/2 minyak untuk menumis
Rempah tumis - 4 sekawan (bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga dan kulit kayu manis)
Garam dan gula secukup rasa
1 sudu besar cili kisar @ cili serbuk ~ jika suka pedas
Bahan Hiris:
8 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 inc halia
1 batang serai ~ dititik
Cara:
Daging dibasuh dan toskan.
Panaskan minyak dan tumiskan rempah tumis dan daun kari hingga harum.
Masukkan bahan yg dihiris, masak hingga garing.
Masukkan kari daging dan masak hingga pecah minyak.
Kemudian masukkan daging, air ( air rebusan daging jika guna daging beku ) dan masak hingga daging empuk.
Masukkan kentang dan masak lagi hingga kentang empuk.
Akhir sekali masukkan garam,gula, kerisik dan masak hingga kuah pekat.
Selalunya, guna acuan yang lama, roti agak nipis sebab guna botol sos satu lubang. Masa menjala pun lebih lama dekat 2 jam baru siap tapi sekarang sejam dah siap. Kiki pulak ambil banyak dalam 7 keping roti ni tapi akhirnya makan 5 je dah "surrender", kenyang katanya. Dia ingat roti tu nipis lah tu..hi hi...
Wassalam...
No comments:
Post a Comment
Terimakasih atas komen yang segar