Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Apa khabar teman blogger sekalian? Harap sihat sentiasa hendaknya disamping keluarga dan tugas seharian. Tak lama lagi September akan melabuhkan tirainya. Pada yang bakal menyambut hari lahir di awal Oktober, rasanya tidak terlalu awal untuk mengucapkan "Selamat Hari Lahir dan Semoga di panjangkan usia dan dimurahkan rezeki serta sentiasa berada di bawah limpahan rahmatNya."
Semasa saya ke Tesco Rabu lepas saya ternampak buah Sengkuang China @ Water Chestnut. Rasanya buah ni selalu ada aje kat Tesco tapi kat Mydin jarang-jarang ada. Bila nampak je terus saya ambil beberapa biji untuk di buat Tako esoknya (Khamis). Banyak juga rakan blogger yang menayang kuih Tako ni kat laman mereka. Geram pulak saya tengok. Kiki pulak ternampak Tako kat laman rumah Qasey bila saya sedang bertandang ke situ minggu lepas. "Emm, sedapnya mak. Buatlah macam ni," katanya. Saya pun tak sampai hati, terus buat Khamis lepas. Buat sikit aje, satu adunan.
Kuih Tako
Sumber: Qasey Honey
Resepi Asal:
Kak
Azlita@Masam Manis
Bahan Lapisan Bawah:
25
gm tepung hoen kwe hijau @ 3 sudu besar
1
1/2 cawan air
1/2 cawan gula
2 biji sengkuang cina - di potong dadu (kalau tak ada boleh guna buah pear)
1/2 cawan gula
2 biji sengkuang cina - di potong dadu (kalau tak ada boleh guna buah pear)
Lapisan Atas:
25 gm tepung hoen kwe - putih
2 cawan sartan - 1/2 cawan santan + 1 1/2 cawan air
secubit garam
Cara:
Susun kotak pandan atas tray.
Aturkan potongan sengkuang Cina
dalan kotak pandan tadi.
Campurkan semua bahan Lapisan Bawah kecuali sengkuang
dalam periuk dan masak atas api sederhana sambil mengacau hinga dia meletup -
letup dan pekat terus tutup api dan masukkan dalam kotak pandan tadi.
Kemudian kita ketepikan, dan buat
pula Lapisan Atas.
Satukan semua lapisan atas dalam
periuk dan masak atas api sederhana sambil dikacau. Sama seperti proses memasak
lapisan bawah. Bila ia meletup-letup kecil tu terus tutup api.
Pastikan lapisan yg bawah tadi dah
mengeras baru tuang lapisan putih.
Tuang dari bahagian tepi dulu supaya
dia tak bolos ke lapisan bawah. Tuang perlahan.
Tunggu sejuk dan kemudian boleh di
simpan dalam peti ais. Makan sejuk-sejuk sedap!
Memang sedap...hari Ahad saya buat lagi 2 adunan sekali tapi letak dalam gelas besar macam kat bawah ni. Dua adunan dapat dalam 6 gelas.
Wassalam...
tq berkongsi resepi yg best ni ye
ReplyDeleteAlahai....nampak pun dah tahu mesti sedap ni.Dah lama terfikir nak buat kuih tako ni tapi sampai sekarang tak terbuat-buat.
ReplyDeleteuna preparazione particolarissima
ReplyDeleteรจ davvero bello conoscere i gusti e il saper fare proveniente da tutto il mondo
Thank you...It taste sweet and savory...very yummy..
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletedulu buat dengan kakak guna daun pandan.. best sedap lak tu..
ReplyDeletekalau guna daun pandan lebih wangi & sedap baunya...
Delete