Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Dah masuk hari ketiga puasa. Sekejap aje kan. Memang masa cukup cepat berlalu, tambahan lagi kalau masa tu diisi dengan perkara-perkara yang berfaedah. Jadi cepat-cepatlah kita sama-sama melaksanakankan pengisian yang bermakna di sepanjang bulan yang mulia ini. Salah satu daripada amalan yang mulia sepertimana sabda Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh At Tarmizi ialah menyediakan makan untuk orang yang berbuka puasa.
Dari Zaid bin Khalid Al-Juhanny radhiaAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Barangsiapa yang memberi makan untuk berbuka orang yang berpuasa, maka ia mendapat pahala seperti pahala orang yang berpuasa itu dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala orang yang berpuasa itu.” (HR At Turmudzy) .
Sumber: http://www.decrewz.com/11-amalan-bulan-puasa-amalan-sunat-dalam-bulan-ramadhan/
Nah, para ibu di luar sana, tak kiralah apa pun juadah yang kita sediakan setiap hari untuk keluarga kita buat berbuka puasa maka ganjarannya sama seperti orang yang berpuasa itu sendiri. Kan free gift aje tu kalau kita masak untuk anak-anak & keluarga? Ganjaran ini bukan saja untuk para ibu tapi untuk mereka yang berniaga makanan di bazaar atau dimana sahaja.Tetapi janganlah disebabkan terlalu leka dalam menyediakan juadah untuk berbuka atau untuk di jual, sampai amalan wajib dilupai pulak. Dari sepatutnya dapat ganjaran terus tak dapat apa-apa. Apa-apa pun niat juga penting...Nawaitu kena jaga ya..apa-apa pun yang kita lakukan semestinya kerana Allah. Bukan kerana nakkan pangkat dan nama. Kalau beroleh pujian dan keuntungan itu adalah bonus.
Cukuplah berleter ya...sahur kelmarin memang sengaja buat kari daging tu lebih sikit sebab nak buat roti jala untuk buka semalam. Emm, asyik cerita yang semalam je...maklumlah mana sempat hari ni punya cerita nak up-date hari ni kan. Kenalah dulukan yang wajib dahulu. Bila dah selesai yang wajib kena buat pulak yang sunat.belum lagi yang harus..baru lah boleh up-date blog hi hi.
KARI DAGING
Bahan:
600 g daging - potong kecil, direbus sampai empuk
600 g daging - potong kecil, direbus sampai empuk
3 sudu makan rempah kari
1
cawan santan
3 biji kentang dibelah 4
2 cawan air rebusan daging
2 cawan air rebusan daging
3 tangkai daun kari
1/2 minyak untuk menumis
rempah tumis - 4 sekawan (bunga cengkih, bunga lawang, biji pelaga dan kulit kayu manis)
garam dan gula secukup rasa
1 sudu besar cili kisar ~ jika suka pedas, lebihkan
Bahan Hiris
rempah tumis - 4 sekawan (bunga cengkih, bunga lawang, biji pelaga dan kulit kayu manis)
garam dan gula secukup rasa
1 sudu besar cili kisar ~ jika suka pedas, lebihkan
Bahan Hiris
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1inc halia
1 batang serai ~ dititik
Cara:
Daging dibasuh dan tuskan.
Panaskan minyak dan tumiskan rempah tumis dan daun kari hingga harum.
Masukkan bahan yg dihiris, masak hingga garing.
Masukkan kari daging dan masak hingga pecah minyak.
Kemudian masukkan daging dan air dan masak hingga daging empuk.
Masukkan kentang dan masak lagi hingga kentang empuk pula.
Akhir sekali masukkan garam,gula dan santan dan masak hingga kuah pekat ( kalau suka pekat ).
Roti jala ni memang salah satu menu wajib bulan puasa kat Meru ni. Kot mana pun mesti buat jugak sebab nak habiskan kari yang dibuat untuk sahur. Kaedah menjalanya saya intai di blog Ilham Dapur oleh Maz, resepinya dari Tulip My Resepi.
Roti Jala
Resipi : Tulip
myresipi
Bahan:
2 cawan air
5 sb susu tepung - saya tak letak
beberapa titik pewarna kuning - saya buat warna hijau
1 st garam
Sebiji telur - ini saya tambah
Dah makan yang pedas, nak pula yang manis. Tapi yang manis memang perlu sebagai dessert. Juadah paling simple dalam dunia...Buah Melaka. Satu lagi kegemaran Kiki. Sebab bila ngap, gulanya mencair dan menari-nari dalam mulut.
Cara:
1.Masukkan semua
bahan dalam blender. Blend hingga semua sebati.
2.Perap dalam 1/2
jam. Sediakan kuali & acuan roti jala untuk menjala di atas kuali leper. Saya tak perap pun. Boleh jala guna botol sos baru cantik macam dalam link di atas.
3.Jala dengan api perlahan lebih kurang seminit. Boleh dimakan dengan kari ayam/daging.
3.Jala dengan api perlahan lebih kurang seminit. Boleh dimakan dengan kari ayam/daging.
Dah makan yang pedas, nak pula yang manis. Tapi yang manis memang perlu sebagai dessert. Juadah paling simple dalam dunia...Buah Melaka. Satu lagi kegemaran Kiki. Sebab bila ngap, gulanya mencair dan menari-nari dalam mulut.
Buah Melaka
Bahan:
2 cawan tepung pulut
2 sudu besar tepung gandum
11/4 cawan air – tambah jika adunan keras (boleh blend air dengan daun pandan)
1 sudu kecil pewarna daun pandan
1 keping gula Melaka (dipotong kecil-kecil)
Kelapa parut yang putih (gaul sedikit garam halus, boleh kukus kelapa untuk tahan lama)

Gaul tepung pulut dan tepung gandum dengan air. Masukkan
pewarna daun pandan. Kalau nak lebih sedap, guna air daun pandan yang telah
dikisar.
Ambil adunan sebesar ibu jari dan gentel menjadi bulat
supaya senang nak anggarkan saiznya, kemudian leperkan.
Letakkan gula melaka dan gentel menjadi bulat.
Jerang air dalam periuk sehingga mendidih.
Masukkan kuih ke dalam periuk dan angkat apabila kuih-kuih
tersebut timbul. Sejat dan biarkan seketika.
Gaulkan kuih tadi dengan kelapa parut.
Siap untuk dimakan.
Jelly Lychee with De Coco
Bahan:
1 tin lychee
1 tin Nata de Coco
Gula pasir secukup rasa
1 peket
agar-agar serbuk ( saya tak guna habis sebab jus lychee tak banyak jadi tak boleh nak letak banyak air).
Ambil jus dari lychee dan nata dalam tin dan tambah air hingga 3 liter
Ambil jus dari lychee dan nata dalam tin dan tambah air hingga 3 liter
1 helai daun pandan di simpul
1/2 buku gula Melaka
1/2 buku gula Melaka
Cara:
Campurkan 2 liter air bersama gula dan daun pandan ke dalam periuk dan masak hingga aga-agar dan gula melarut
Ambil 1/3 bahagian dan masak bersama gula Melaka
Baki jeli yang putih pula di masukkan isi lychee & nata de coco dan masak hingga air mendidih
Tuangkan lapisan jely gula Melaka ke dalam bekas cawan
Tunggu ia mengeras sebentar.
Kemudian tuang pula campuran jelly lychee & nata de coco.
Simpan dalam peti ais untuk rasa yang lebih dingin.

Macam tu lah kami, cubit sini cubit sana. Sikit sini sikit sana, Alhamdulillah... tetap sempurna buka puasa. Amin...
hahaha celoteh dari dspur Meru...
ReplyDeleterajin ko..
terliuk gak nenguk menu tu..