Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Semalam dah berceloteh banyak sangat, jadi hari ni terus je ke menu iftar kami untuk semalam. Sebenarnya ada permintaan dari suami untuk buat sop macam Sop Kambing yang pernah saya buat dulu. Tapi sebab kali ni sop ni nak dimakan dengan bihun jadi saya kena alter sikit lah resepinya supaya rempahnya tak kuat dan kuahnya tak pekat sangat.
Bihun Sop Tulang Lembu
Bahan:
Tulang rusuk 400g
Ekor lembu 400g
Kulit kayu manis 1
Halia 2 cm
Bawang putih 3 bj - tumbuk halus *
Bawang merah 5 bj - tumbuk halus *
Bunga cengkih 4 *
Bunga lawang 1 *
Buah pelaga 3 *
Jintan putih 1 sudu teh - kisar halus *
Jintan manis 1 sudu teh - kisar halus *
Serbuk lada hitam - 1 sudu teh *
Celery 1 btg - potong ikut suka
Lobak 1 btg - potong ikut suka
Garam, gula secukup rasa
Bahan dimakan bersama:
Bihun - di rebus dalam air didih
Sawi 2 btg - potong dan celur dengan air panas
Fishball/fishcake Tahu goreng
Daun sop
Cili merah
Cara:
Rebus tulang bersama 1 kulit kayu manis dan 2 cm halia hingga daging kat tulang tu empuk. Tambah air kalau masih belum empuk. Kalau guna "pressure cooker" lagi cepat dan senang. Lagipun tak banyak guna air dan boleh kekalkan rasa daging pada air rebusan. Bila dah empuk ketepikan. Boleh terus renehkan dengan api perlahan sementara menyediakan bahan tumis.
Tumiskan bahan bertanda * hingga naik bau. Kemudian masukkan ke dalam sop tadi bak kata orang tumis darat. Perasakan garam dan gula. Masukkan celery dan lobak dan terus didihkan hingga sayur lembut. Boleh tambah ciliapi kalau nak pedas sikit.
Bolehlah di makan dengan bihun bersama sawi, tahu goreng dan fishball/fishcake bersama taburan daun sop & cili merah. Boleh juga perah sedikit jus limau untuk lebih segar.
Sengaja saya tinggalkan 3 biji keledek lebih dari buat Kuih Cek Mek Molek hari tu untuk buat kuih Keria. Memang ada plan nak buat kuih Keria ni. Resepi memang dah ada dalam simpanan tapi tak ada rekod tuan punya resepi. Biasalah dulu mana ambik pot benda-benda ni sebab niat nak rujuk untuk diri sendiri aje dalam hardcopy kan.
Resepinya sama macam yang biasa saya buat tapi dalam sira gula tu saya campurkan serbuk kulit kayu manis. Alah, macam yang orang biasa buat kat kuih donut tu. Bukan apa, banyak sangat makan benda manis bulan puasa ni. Jadi kalau ada serbuk kulit kayu manis tu tak adalah rasa "guilty" sangat kan hi hi. Serbuk kulit kayu manis ni pun ada banyak khasiatnya, antaranya untuk mengurangkan kadar kolestrol, membantu proses penghadaman, untuk sakit gigi, sakit perut dan berbagai lagi khasiat lain. Kalau nak tahu lebih lanjut tanya je makcik Google. Dia ada jawapannya.
Oleh kerana gulanya saya campur serbuk kulit kayu manis, maka saya namakan dia Kuih Keria Berempah. Amacam, boleh lah kan.
Kuih Keria Berempah
Bahan ( dapat 15 biji kuih):
500 gm keledek (saya guna keledek merah 3 bj dan ubi kentang 1 bj)
1 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung ubi kayu
Bahan untuk sira:
1/4 cawan gula untuk menyira dan sedikit air
1 sudu teh serbuk kulit kayu manis
1 sudu besar tepung gandum
Cara:
Keledek dikupas, dibelah dua dan direbus hingga
empuk.
Toskan keledek dan lecek hingga lumat
Campurkan sedikit-sedikit tepung gandum dan tepung ubi bersama
keledek dan uli hingga sebati.
Ambil sedikit adunan tepung, dibulat-bulatkan,
dijadikan seperti gelang dan buat lubang ditengahnya. Atau boleh juga jadikan doh seperti bentuk
sosage selebar 5 cm dan dipotong kecil selebar 2 cm untuk dapatkan saiz yang sekata. Kemudian
bulat-bulatkan dan buat lubang ditengah-tengah.
Panaskan minyak secukupnya dengan api yang sederhana
besar. Goreng kuih hingga masak dan kuning. Toskan minyaknya.
Terlebih dahulu campurkan sebati serbuk kulit kayu
manis dengan gula yang hendak disira.
Di dalam kuali berasingan, panaskan campuran gula & serbuk kayu manis bersama dengan
sedikit air. Kacau hingga likat dan kemudian masukkan kuih yang telah siap
digoreng tadi. Kacau rata-rata serta balik-balikkan hingga gula melekat dikuih. Bila dah rata
gula, tabur dengan tepung gandum bagi menjadikan gula yg disira tahan lama dan tak
mudah cair. Padamkan api dan bolehlah
diangkat.
Buat penghilang dahaga pulak, saya sediakan Sirap Limau Asamboi. Didihkan 1 cawan air bersama 1 cawan gula. Bila dah sejuk tambah air secukupnya dan campurkan Asam Boi dan limau Kasturi secukup rasa. Simpan dalam fridge. Bila berbuka, air ni pun dah dingin dan menyegarkan...
Okay...jumpa lagi esok Insyaallah...
No comments:
Post a Comment
Terimakasih atas komen yang segar